Friday, April 22, 2011

MIMPI BARANG-BARANG PERHIASAN

1.  Anting-Anting
  • Mimpi melihat wanita memakai anting-anting yang biasa dipakai, ia bermakna kebaikan dan menunjukkan wanita tersebut tidak melanggar syarak.
  • Mimpi melihat lelaki memakai anting-anting, ia bermakna keburukan dan keingkaran.
2.  Batu Akik
  • Mimpi batu akik, bermakna kebaikan, iaitu akan mendapat kesenangan setelah menghadapi kesedihan, akan dimudahkan setelah menghadapi kesulitan dan akan menjadi kaya setelah menderita kemiskinan.
3.  Dirham
  • Mimpi mempunyai satu dirham, bermakna mempunyai anak lelaki.
  • Mimpi mengambil dirham, bermakna pemberian.
  • Mimpi orang memberi dirham, bermakna akan mendapat perkara yang sia-sia.
  • Mimpi menebar dirham, bermakna anda akan berkata bagus.
  • Mimpi menjaga dirham di almari, bermakna akan menjaga rahsia.
4.  Cincin
  • Mimpi melihat seorang lelaki memakai cincin perak, bermakna keluruhan dan akan mendapat pangkat.
  • Mimpi llaki memakai cincin besi atau emas, bermana akan mendapat perkara yang buruk.
  • Mimpi cincin yang terus melekat di jari anda, bermakna akan semakin kukuh kedudukan anda dan juga isteri akan menjadi isteri yang solehah.
  • Mimpi melepas cincin, ia bermakna akan terlepas kedudukan atau akan menceraikan isteri anda.
5.  Emas
  • Mimpi melihat lelaki memakai perhiasan emas, bermakna lelaki tersebut akan selalu gelisah hidupnya.
  • Mimpi emas di tangan wanita, ia bermakna akan mendapat keselesaan dan kegembiraan.
  • Mimpi mencairkan emas, ia bermakna ujian dan kehinaan akan menimpanya.
6.  Gambar
  • Mimpi melihat gambar, ia bermakna makan harta dengan cara yang tidak halal.
  • Mimpi gambar yang terdiri dari emas, bermakna akan terjadi fitnah dan pengkhianatan.
  • Mimpi menggambarkan dengan alat gambar (kamera), ia bermakna akan melakukan bid'ah.
7.  Gelang
  • Mimpi lelaki memakai gelang emas, ia bermakna lelaki tersebut selakukan dosa.
  • Mimpi lelaki memakai gelang pera, ia bermakna lelaki tersebut adalah orang soleh yang teguh pendiriannya, berilmu dan juga berharta.
  • Mimpi lelaki memakai gelang dari besi, ia bermakna lelaki tersebut akan selalu dalam keadaan sempit hidupnya.
  • Bagi perempuan mimpi memakai gelang emas, ia akan mendapat anak lelaki, tetapi jika memakai geang perak, ia akan mendapat anak perempuan.
8. Rantai
  • Mimpi melihat lelaki memakai rantai (selain emas) di lehernya, bermakna lelaki tersebut berpegang teguh kepada kumpulan jemaah Islam dengan ikhlas, jujur dan penuh dengan keyakinan.
  • Mimpi wanita memakai rantai, bermakna wanita tersebut hidupnya aan sejahtera di dunia dan akhirat.
9.  Mahkota
  • Mimpi mahkota jatuh dari kepala raja, bermakna aan lepas kekuasaan itu dari tangan raja.
  • Mimpi mahkota tetap berada di kepala raja, bermakna raja tersebut akan kekal berkuasa.
  • Jika orang bujang mimpi memakai mahkota, ia bermakna akan kahwin.
10. Mutiara
  • Mimpi mempunyai mutiara, ia bermakna akan bertamba kebaikannya dan juga akanbertambah harta kekayaannya.
11. Panji-Panji
  • Mimpi panji-panji yang bertuliskan "Ia ilaha Illallah" ia bermakna kebaikan dan kemuliaan akan diperolehi.
  • Tetapi mimpi panji-panji bertuliskan selain tersebut, ia bermakna kejahatan.
  • Mimpi panji-panji berwarna putih, bermakna akan terjadi kemesraan dan perdamaian antara mereka yang bergaduh.
  • Mimpi panji-panji berwarna hitam, bermakna peringatan agar berhati-hati.
12. Perhiasan
  • Mimpi melihat kaum yang mendekati perhiasan, bermakna kaum tersebut adalah kaum yang kufur dan banyak dosa, kecuali mendekati perhiasan tersebut untuk kebaikan.
  • Mimpi diberi perhiasan, bermakna akan diberi harta dan anak.
13. Perak
  • Mimpi memegang perak, bermana akan dapat hata dengan cara tiba-tiba dan akan mendapat isteri yang putih.
  • Mimpi maan minum dari cawan perak, bermakna akan mendapat kegembiraan dan akan mati husnul khatimah serta akan mendapat pertolongan dan kebahagiaan.
14. Permata
  • Mimpi permata, bermakna akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan juga kemuliaan.
  • Mimpi menjual permata, bermakna akan menyeb arkan ilmu syarak.
  • Mimpi mendapat permata yang banyak, ia bermakna keluhuran, kemuliaan dan bahagia dunia akhirat.
  • Mimpi memberi permata kepada isteri yag hamil bermakna akan melahirkan anak lelaki.

19 comments:

luffi said...

adik perempuan saya tanya, apa maksud kalau kite mimpi kite tengah mandi di pantai tertiba jew rantai dari leher kite terputos?

Unknown said...

Saya mimpi saya lari dalam keadaan cemas keluar dari semak samun, sehingga trjumpa seorang makcik dan anak perempuannya, dan saya terus peluk mkcik itu,krana saya rasa mkcik itu bersifat ibu saya, lalu saya cuba menceritakan ketakutan saya, tapi gagal menyampaikan cerita kerana saya sendiri tidak tahu apa yang membelengu diri saya, kemudian mkcik itu memberikan seutas rantai emas dan menyuruh saya meghafal BISMILLAHIRAHMANIRAHIM HAWLA WALA QUATAILLA BILLAH HIL ALIYIL AZIM. mkcik tu ckap, bacalah untuk perjalan seterusnya. Apakah mkna mimpi saya.

Ammar Harith said...

mimpi seperti itu bemakna mak cik saudari ingin menurunkan saka kepada saudari, saka yang boleh menjaga keselamatan diri, namun adalah syirik jika menerimanya, kerana yang menjaga kita adalah ALLAH bukan makhluk jin, meminta pertolongan jin menyebabkan golongan jin bertambah angkuh dan sombong, kerana kita tunduk kepadanya sedangkan dialah yang tunduk kepada kita bukan kita

Unknown said...

Benar tafsir mimpi ini seperti yg saya alami saat ini

Unknown said...

Saya mimpi kedatangan ibu muda berparas cantik, memakai perhiasan, apa Arti nya?

anis said...

Saya bermimpi Buruk pada waktu subuh , Tapi tidak mengingati APA yg saya takotkan , saya seperti sedang berlari Dan terjatuh di ats tanah Dan menjumpai berlian YG bnyk , apakah maksud Mimpi saya ??

Anonymous said...

Saya ada mimpi seorang lelaki kononnya tunang @ bakal tunang sya tk pasti, dia ade bagi cincin berwrna merah..pastu rantai brwarna kelabu. Apa agaknya maksud mimpi sya tuh?

Unknown said...

Saya ada bermimpi seseorang menunjukkan kelebihan gelang jade..dan memberitahu saya bahawa gelang tersebut dapat membantu saya.apa maksud mimpi ni?

Unknown said...

Sy mimpi suami sy pakai 2 cincin
1 cincin intan dan 1 lagi x pasti.. dan danmi sy tunjukkan kpd sy seutas rantai permata zamrud berwarna putih ..apa maksud tu.. boleh terangkan ..sy sgt gelisah

Abamhensem02 said...

Puan dlm mimpi tu ada nmpk atau minum madu lebah x.? jgn2..

DEN_mega_trader said...

Saya bermimpi dikejar harimau kerana mengutip batu berwarna warni seperti permata "june moonstone", akhirnya saya mengembalikan sebilangan kerana takut ..kemudian saya terjaga, kebingungan.

Unknown said...

Sya mimpi sya pakai gelang besar, Dan, gelang ITU patah 2,tetapi dlm masa yg sma, gelang tersebut sya nak sambung kembali. APA ertinya mimpi tersebut?

Shafiza Azura said...

Saya mimpi seorang lelaki membawa saya dan seorang lagi wanuta untuk dibelikan gelang dan cincin emas .Apa maksudnya?

Inna said...

Assalamualaikum,Saya bermimpi memakai gelang jade di tangan kanan.. Apakah maksudnya? Terima kasih

Inna said...

Asslamualaikum, Saya bermimpi memakai gelang jed di tangan kanan.. apa maknanya? Terima kasih

Unknown said...

Assalamualikum tuan dye nk tanye,adik sye Ade bermimpikan terima gelang emas Dan lapas pads tu gelang emas tu bertukar menjadi buruk Dan hitam apakan maksud Nye yeaa

rauna fzz said...

sy bermipi mak sy dan sy pergi ke majlis kahwin saudara lepastu mak sy bagi semua brg2 mas dia kat sy utk dijaga..sy letak dlm kocek..lepastu sy kelua naik moto x pakai helmet dlm kocek sy penuh mas cin rantai semua penuh kembung poket...lepas sy menunggang motor ade roblok polia dihadapan disebabkan pkp..tibe2 dieorg hadang dan mengejar utk menangkap sy lalu sy diberkas tetapi dieorg semua berpusu pusu mendekati sy seolah olah mas dlm poket tu dia nak curi..mase dlm penangkapan sy sy sempat melarikan diri lalu sy dikejar sampaila sy memanggil mak sy dirumah makcik sy utk sy memulangkan brg2 kemas tu..tapi yg pelik nye yg kejar sy ade salah sorang kwn sy yg sy kenal..kwn baik sy mase kecik

Unknown said...

Assalamualaikum... Sy bmimpi,de seorg lelaki mberikan sy gelang bulat2 wrne hitam,sy tnye untuk pe n knp bg sy,lelaki tu ckp ambk lah,sy tadahkn tgn,lelaki tu nk letak at telapak tgn sy,trus tsdar... Apakah mksdnye?? Mga djaohkn dari pkre yg xbaik,smga dberikn kbaikan,insha Allah,aamiinn...

Unknown said...

Saya mimpi emas . Adik saya 11tahun jumpa emas ibu, tak pasti gelang atau rantai. Saya pun ambil dan sambung pada rantai emas saya, lepas tu saya bagi balik pada adik. ????

Post a Comment