Saturday, May 14, 2011

Di Kelilingi Lembaga Hitam

Sehingga jam 12.00 malampun orang masih ramai menunggu giliran di rumah Haji Tusip.  Bukan orang melayu sahaja, malah orang cina dan india pun datang ke situ.  Mereka sanggup datang dari Kedah, Johor, Selangor atau serata negeri Perak ke Pekan Terong, menyusur jalan ke Bukit Gantang mencari rumah Haji Tusip.
Sengaja Bahadur mengajak saya ke rumah Haji Tusip pada malam Selasa kerana Haji Tusip hanya menetapkan malam  selasa sahaja bagi mengubati penyakit yang dianiaya dengan ilmu hitam.
Sebelum itu , Bahadur sudah mengalami kejadian aneh pada dirinya dan keluarganya.  Setiap malam dia akan diserang demam tidak menentu.  Puas dia mendapatkan rawatan di klinik, tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.  Kesan darah tinggi atau gout tidak ada.  Malah tubuh badannya tetap sihat.
Isterinya, Masriah, juga diganggu sakit kaki berdenyut-denyut hingga tidak boleh berjejak.  Setelah dirawat di klinik, doktor sahkan Masriah tidak diganggu apa-apa penyakit.  Kebetulan Bahadur diberitahu oleh Lahamin, kawan pejabatnya, mengenai Haji Tusip di Pekan Terong itu.
'Cuba dulu Bahadur, manalah tahu kalau serasi pula, ' ujar Lahamin semacam menasihatkan kawannya.
'Kau percaya aku dianayai orang?' soal Bahadur, tidak yakin dengan cakap Lahamin itu.  'Aku bukan ada musuh, tak kan orang nak anaiya aku,' jelasnya, masih merasakan penyakit ini perlu dirawat di hospital juga.
Lahamin tidak lah mendesak sangat.  Dia sekadar memberi pandangan.  Kalau Bahadur yakin penyakitnya tidak ada kena mengena dengan dianiaya orang, diapun tidak peduli.  Biarlah Bahadur dengan keyakinannya!
Tetapi Masriah mendesak suaminya, Bahadur.  Kalau suaminya tidak yakin dengan pengubatan demikian, dia sendiri sanggup ke Pekan Terong.  Masriah tidak tahan lagi menanggung kebimbangan hampir setahun.
'Kalau abang tida mahu pergi, biar saya saja pergi...,' gerutu Masriah, geram dengan sikap suaminya.  Kalau mahu dikatakan tidak yakin dengan pengubatan tradisional, dia pula yang bertanyakan pada Lahamin mengenai bomoh.
'Kita cuba dulu ubat klinik, 'jelas Bahadur, berdalih.
'Berapa lama?' soal Masriah, merungut marah.
Terduduk Bahadur.  Dia sendiri tidak dapat menduga, berapa lama mereka perlu bersabar.  Dia sendiri merasakan penyakit demam malamnya semakin galak.  Kadangkala sehingga ke subuh dia merasa tubuhnya seram sejuk tidak menentu.
'Kalau abang tidak mahu berubat ke Perak, biar saya saja ke sana.'  Masriah membuat keputusan yang nekad.
Mahu tidak mahu Bahadur mengalah juga.  Biarlah dicuba berubat dengan Haji Tusip di Pekan Terong itu.  Setidak-tidaknya menemui Haji Tusip itu sebagai satu ikhtiar juga.
Lahamin menunjukkan jalan kepadanya - membelok ke Jalan Bukit Gantang, setelah melepasi Pekan Terong.
Memang ramai orang menunggu giliran apabila Bahadur mula-mula sampai di rumah Haji Tusip.  Hinggakan untuk meletakkan keretapun berasak-asak di sepanjang lorong masuk ke rumahnya.
Ketika sampai, Bahadur dapat nombor 41.  Jenuh juga mahu menunggu giliran.  Puas lah dia berlegar-lgar di halaman rumah Haji Tusip sementara menunggu giliran.  Sementara Masriah pula duduk di bangku panjang di kaki lima rumah, memerhatikan pintu bilik tempat Haji Tusip mengubati pesakitnya
'Sakit apa?' Masriah bertanya pada seorang perempuan separuh umur.
'Mak ajipun tak tahu,'jelas perempuan itu memperkenalkan dirinya dengan panggilan mak aji sahaja.
'Maji aji ini berniaga.  Kadangkala susah nak berniaga kalau dah kena sakit, '  ujarnya dalam keadaan rusuh.
'Mak aji dari mana?' sial Masriah ramah.
'Dari Taiping,' katanya, mengeluh pendek. 'Anak ini dari mana pula?' dia pula bertanya.
'Dari Kuala Lumpur..,' beritahu Masriah, perlahan.
'Hai.., jauhnya! anak ni sakit apa?' dia mengangkat kepala memerhati Haji Tusip melenggok-lenggok merenung geluk air.
'Susah nak cakap?' ujar Masriah, menghela nafas. 'Nak kata tak sakit, memang sakit. Nak kata sakit pula, macam tak sakit.'  Tersenggih-sengih dia menatap muka mak aji di sebelahnya.
Apabila giliran mak aji dipanggil masuk, Masriah juga bangun menjengah di muka pintu.  Haji Tusip duduk di satu penjuru degan pembantunya tidak jauh darinya.  Sementara seorang pembantu perempuan yang duduk di hadapannya akan membungkus barang-barang bekalan ubatnya seperti limau, kemenyan atau beras kunyit.
Dua, tiga orang pesakit dipanggil masuk ke situ.  Haji Tusip mengambil masa hingga 15 minit untuk melayani setiap orang pesakitnya.
Ketika mak aji keluar, Masriah melihat dia menggeleng-geleng kepala.  Beberapa kali dia beristifghar sambil mengurut-ngurut dada.  Tidak sampai hati pula Masriah mahu bertanya.
Cepat-cepat pula mak aji meninggalkan rumah Haji Tusip selepas mendapat rawatan.  Orang ramai yang menunggu giliran juga semakin beransur kurang.  Masing-masing terus meninggalkan rumah setelah dirawat oleh Haji Tusip.
Semasa Masriah dan suaminya Bahadur dpanggil masuk, jam sudah hampir 11.30 malam.  Haji Tusip mnggengam erat hulu kerisnya dengan menikam hujung keris itu ke dalam geluk air.
'Hah..., ada tiga barang awak ni....!' beritahu Haji Tusip, tidak perlu mendengar penjelasan Bahadur.  'Ditanam satu di depan rumah, satu di pejabat dan satu lagi mengikut kemana awak pergi,' katanya sambil mengetuk-ngetuk telunjuk ke bibir geluk.
'Macam mana nak tanam di pejabat?'  Bahadur cuba mempertikaikan penjelasan Haji Tusip.
'Kenapa?' Haji Tusip mengangkat muka, menatap muka Bahadur.
'Pejabat tu di bangunan tinggi, tak ada tempat untuk menanam apa-apa....,' beritahunya semacam meragui mengenai ada barang ditanam orang di pejabatnya.
'Benda tu ditanam di kubur.  Hanya dimakrifatkan sahaja tanam di pejabat awak,' ujar Haji Tusip, tersengih-sengih.
Kemudian, dia meletakkan hujung keris itu ke tapak tangan Bahadur.  Dia hanya menyeru seketika dengan doa yang kurang jelas didengar.  apabila Haji Tusip menghembus ke hulu keris, tiba-tiba tiga bungkusan kain putih sebesar dua jari jatuh di tapak tangan Bahadur. 
Kain putih pembungkus itu sudah hampir reput.  apabila Haji Tusip membelek-belek bungkusan berkenaan, Bahadur dapat melihat duri ikan pari yang dililit rambut terletak di situ.  Haji Tusip sekadar menguis-nguis bungkusan tersebut dengan hujung kerisnya.
Mereka dibekalkan Haji Tusip dengan tiga biji limau untuk mandi berlangir, dan beras kunyit yang sudah didoakan dengan Ayatul Kursi sebanyak tiga ratus tiga belas kali.  Beras kunyit itu digaul dengan garam kasar sebelum ditaburkan di sekeliling rumah.
Selepas menemui Haji Tusip ini, Bahadur tidak lagi diganggu demam malam.  Tumit Masriah yang sakit sengal-sengal juga tidak terasa lagi.
Selepas itu, disebabkan Bahadur mahu menemui Haji Tusip, teringin juga saya untuk ke Pekan Terong itu.  Memang saya tidak mempunyai kenalan di sana, tetapi dalam perjalanan itu, saya bercadang singgah dulu di rumah Uda Jali di Kota Setia.
Bagaimanapun, saya tidak ke rumah Uda Jali.  Ketika sampai di Lekir, lantas saya mengajak Bahadur singgah di rumah Haji Sepawi.
'Haji Tusip tu guru saya,' beritahu haji Sepawi apabila saya terangkan tujuan mahu ke pekan Terong. 'Buat apa ustaz nak ke sana?'  Dia semacam hairan kerana saya mahu menemui Haji Tusip.
'Ustaz ni sakit, nak berubat...,' lantas Bahadur menyahut.
'Eh..., tak kan ustaz pun nak berubat!' Haji Sepawi tidak percaya langsung kalau dikatakan saya mahu berubat.
Saya tidak menyahut.  Hanya tersengih-sengih sahaja mengerling Haji Sepawi.
'Ustaz boleh ubat sendiri, tak kan nak jumpa Haji  Tusip tu,' kata haji Sepawi, masih kelihatan hairan.
Terkejut juga Bahadur.  Dia sendiri semacam tidak percaya dengan penjelasan Haji Sepawi ............bersambunggggggggggg 

Wednesday, May 4, 2011

Mood Hari Ni

Hari ni mood nak menaip citer seram lak...haha sila lah baca yer kalau singgah, tersinggah ke hehe...jangan takut la...amik dari buku-buku lama.  Seelok-eloknya baca tengah malam baru best...terasa keseramannya.

Sunday, May 1, 2011

Mengapakah Tiket Keretapi DiBeli?

Penumpang keretapi naik dan turun di tempat yang berlainan.  Biasanya, kamu bayar tambang yang lebih jikan jalan lebih jauh.  Tiket kamu menunjukkan stesen asal kamu serta tempat kamu ingin turun.

  • Mesin Tiket
Mesin kawalan tiket secara automatik akan menebuk tiket kamu apabila anda menaki keretapi.  Kami memasukkan tiket di sebelah luar dan mesin itu akan mengeluarkan tiket di sebelah lagi selepas ditebuk.

  • Semakan Tiket
Konduktor akan berjalan di sepanjang keretapi untuk memeriksa tiket.  Jadi jangan hilangkannya.

Jualan tiket salah satu sumber kewangan keretapi, jadi ini sangat penting baginya.  Ada banyak jenis tiket, berdasarkan kelas gerabak, kekerapan penggunaan, kelajuan keretapi dll.  Tiket musiman mungkin laku cuma satu hari ataupun selama berbulan-bulan Stesen keretapi moden semakin banyak menguruskan tiket dengan mesin, seperti palang putar.  Jika tanda tebukan digunakan, tanda setiap stesen adalah berlainan.  Maka pemungut tiket akan menyedari sekiranya tiada tebukan tidak sepadan dengan stesen asal tiket itu.  Ini satu cara memastikan bahawa penumpang tidak menaiki keretapi tanpa membayar tambang yang sepatutnya.

Mengapakah Keretapi "Peluru" Bermuncung Bulat?

Muncung itu bulat supaya angin berlalu dengan licin.  Ini melajukan keretapi.  Di dalam muncung ada satu penyambung.  Keretapi yang rosak boleh disangkutkan kepada keretapi yang lain menggunakan penyambung ini dan ditarik ke bengkel untuk diperbaiki.

Gerabak keretapi peluru diangkut di atas gerabak rata biasa dari kilang ke landasan khas keretapi peluru.  Landasan ini lebih lebar daripada landasan yang biasa.  Landasan yang lebar membolehkan keretapi peluru berjalan lebih laju daripada keretapi biasa.

Semua keretapi ada penyambungnya, tetapi keretapi yang biasa tidak bermuncung kerana rintangan angin tidak begitu penting.  Keretapi peluru yang berjalan selaju 210 km. sejam itu pula akan menghadapi heretan angin yang kuat.  Keretapi dilambatkan dan membazir tenaganya.  Muncung bulatnya dapat melicinkan kepala keretapi dan mengurangkan heretan.  Muncung inilah yang memberi keretapi peluru namanya yang terkenal itu.  Penyambung bertindak seperti dua tangan yang berkait.