Tuesday, January 24, 2012

MIMPI BERBAGAI JENIS PEKERJAAN DAN KEADAAN

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1.  Perhimpunan
  • Mimpi melihat perhimpunan semacam demonstrasi ia bermakna kehidupan anda akan selalu dibayangi dengan kengerian.
  • Selain itu juga bermakna anda akan selalu menghadapi aktiviti yang mencabar.
2.  Mimpi Belanja
  • Mimpi belanja ke kedai, ia bermakna akan terjadi kebahagiaan.
3.  Bergaduh
  • Mimpi orang bergaduh, bermakna anda akan mendapat keuntungan dalam perniagaan.
  • Apabila mimpi anak muda bergaduh, bermakna rumah tangga anda akan banyak selisih faham.
  • Mimpi melihat haiwan bergaduh, bermakna mertua atau saudara ipar akan berpandangan negatif terhadap anda.
  • Mimpi anda bertinju, bermakna anda akan mengalami kesulitan dalam berniaga.
4.  Gantung
  • Mimpi diikat atau digantung dan diikat tangan, ia bermakna akan terhindar dari segala kesalahan.
  • Mimpi tangan diikat dan leher digantung, ia bermakna akan terselamat dari hukuman.
  • Mimpi melihat orang digantung ia bermakna akan mendapat kurnia dari Tuhan.
5.  Jatuh
  • Mimpi terjatuh, bermakna peringatan agar berhati-hati.
  • Jika jatuh dari tempat yang lebih tinggi, bermakna akan gagal dalam berniaga.
  • Mimpi jatuh dari jambatan, ia bermakna aakan sakit .
  • Mimpi jatuh dari tangga atau dari atap rumah, ia bermakna kesempatan kerja anda akan diambil alih orang lain.
6.  Fitnah
  • Mimpi difitnah, ia bermakna anda akan mendapat pujian dalam segala hal.
7.  Hukuman
  • Mimpi mendapat hukuman mati, ia bermakna anda akan panjang umur.
  • Mimpi orang lain dihukum mati, ia bermakna peringatan agar waspada dan hati-hati terhadap segala pekerjaan.
8.  Berjalan
  • Mimpi berjalan dengan kaki tanpa kasut, ia bermakna anda akan mengganti pekerjaan lain.
9.  Kekayaan
  • Mimpi harta kekayaan yang tidak dapat dihitung, ia bermakna anda mesti bijak dalam membelanjakan wang.
  • Mimpi sangat inginkan harta kekayaan, bermakna anda harus berhati-hati dalam mencari rezeki.
10. Kekerasan
  • Mimpi kekerasan, bermakna  anda akan menghadap ketenangan dalam kehidupan.
11. Kemiskinan
  • Mimpi dalam keadaan miskin, bermakna anda akan berpuas hati dengan hidup sederhana.
12. Ketawa
  • Mimpi ketawa, bermakna anda akan mendapat rezeki yang mesti dipelihara betul-betul.
  • Apabila anda mimpi mentertawakan orang lain, bermakna simpanan anda akan bertambah.
13. Malas
  • Mimpi bermalas-malasan, bermakna apa yang anda kerjakan akan mendapat perhatian orang ramai.
14. Makan
  • Mimpi makan daging gajah, bermakna akan murah rezeki.
  • Mimpi makan sayur yang dimasak, ia bermakna akan mendapat rezeki yang halal.
  • Mimpi makan apa saja, bermakna pekerjaan anda akan berhasil.
  • Mimpi memberi makan pada bayi, bermakna akan mendapat anak yang akan membawa kebahagiaan.
  • Mimpi memberi makan orang tua, bermakna syarikat  anda akan mengalami kemajuan.