Monday, September 15, 2014

MIMPI SUASANA, SIFAT ATAU SIKAP

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer

1. BAKHIL
  • Bakhil (kedekut)  ialah sifat yang amat tercela dan ia adalah perbuatan yahudi mimpi seseorang yang bakhil bermakna mereka adalah orang yang tercela.

2. BERSIKAP TEGAS
  • Mimpi bersikap tegas bermakna kekuatan, kedudukan, kekuasaan, mendapat pertolongan  dan teguh dalam pendirian.

3. PANGKAT YANG TINGGI
  • Mimpi mempunyai kedudukan yang tinggi bermakna akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

4. CINTA
  • Mimpi mencintai kedua orang tua dan seluruh keluarga bermakna akan melakukan perbuatan yang baik.
  • Mimpi mencintai wanita bermakna akan melakukan perbuatan yang jelik.

5. HASAD
  • Mimpi melihat seseorang yang berlaku hasad bermakna orang tersebut jahat dan menyesatkan.  Sedangkan orang yang dihasut akan mendapat nikmat.  Oleh itu sekiranya mimpi orang yang bersikap hasad makan cepat-cepatlah berlindung kepada allah dari kejahatan orabng yang berlaku hasad.

6. MAJLIS PENGANTIN
  • Mimpi majlis yang penuh dengan aktiviti maksiat bermakna akan terjadi keburukan.
  • Mimpi mengikuti majis pengantin yang sesuai dengan dasar-dasar islam maka ia bermakna kebaikan

7. MUKA MASAM
  • Mimpi melihat orang yang bermuka masa  bermakna kesesatan dan tipu daya serta orang tersebut adalah orang yang fasik.

8. SEJUK
  • Mimpi rasa sejuk yang turun dari langit bermakna rahmat turun.
  • Berjalan dengan rasa sejuk bermakna kefakiran kerana kesejukan dari langit menyucikan bumi dari dosa-dosa hamba.

9. SOMBONG
  • Mimpi seseorang yang bersifat sombong bermakna penyakit dan kehinaan.
  • Siapa yang bersifat sombong maka allah akan menghinanya.

 10. SABAR
  • Mimpi bersikap sabar bermakna akan mendapat husnul katimah setelah berumur panjang atau penuh dengan kebaikan dan amal soleh.

11. RENDAH DIRI
  • Mimpi rendah diri bermakna akan dicintai allah.
  • Mimpi rendah diri juga bermakna akan diangkat darjatnya dan mengalahkan orang yang sombong dan jahat.

MIMPI BENDA-BENDA DI ATAS BUMI

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer

1. AIR
  • Air bermakna ilmu, kesucian dan kebersihan
  • Mimpi mandi bermakna akan disucikan dosanya akan disembuhkan sakitnya
  • Mimpi melihat air melimpah bermakna akan berubah kehidupannya
  • Mimpi melihat air masuk tempat yang bukan tempat semestinya bermakna akan terjadi kemaksiatan
  • Mimpi air masuk dalam bilik yang ada orang sakit dan tidak sempat meminumnya bermakna akan terjadi kematian

2.  SALJI
  • Mimpi air salji disaat diperlukan bermakna kebaikan, disucikan dosanya dan kotorannya
  • Mimpi salji turun pada musim sejuk bermakna akan terkena penyakit atau terkena ujian
  • Mimpi bermain salji bermakna harta kekayaannya disimpan didalamnya

3. AIR ZAM-ZAM
  • Mimpi minum air zam-zam bermakna akan sembuh dari penyakit atau apabila ada niat haji, maka akan segera naik haji
  • Mimpi air zam-zam juga bermakna akan mendapat kebaikan dan kebahagiaan

4. BATU
  • Mimpi terkena batu bermakna akan mendapat seksaan dan mimpi dapat mengelak dari lemparan batu bermakna akan mednapat keselamatan
  • Mimpi melihat batu Hajar Aswad bermakna akan taubat

5. HUTAN
  • Mimpi hutan bermakna akan mengalami ketakutan atau akan menjadi orang yang berjiwa penakut atau pengecut

6. SUNGAI IFRAT
  •  Mimpi melihat sungai ifrat (furat) bermakna akan mendapat kebaikan, mendapat pangkat, keluhuran dan diberkati hartanya serta anaknya

7. SUMBER AIR (MATA AIR)
  •  Mimpi melihat mata air bermakna akan mendapat rahmat dan rezekI

8. GEMPA
  •  Mimpi gempa bermakna peringatan agar berhati-hati dan selalu ingat kepada Allah

9. GELOMBANG
  •  Mimpi gelombang bermakna akan mendapat fitnah
  •  Mimpi terselamat dari gelombang bermakna akan mendapat kebaikan

10. GUNUNG
  • Mimpi mendaki gunung bermakna kebaikan, tetapi mimpi turun gunung bermakna keburukan
  • Gunung berjalan bermakna kaum yg tinggal di sekitar gunung tersebut akan menerima musibah
  • Gunung menghijau bermakna kegembiraan

11. GUA
  •  Mimpi gua bermakna akan mendapat keselamatan, rahmat dan pertolongan Allah

12. JALAN
  • Mimpi berjalan di jalan lurus dan terang bermakna akan berjalan di jalan yang benar dan tergolong makhluk yang diredhai Allah serta kehidupan akan penuh dengan kebaikan dan keimanan
  • Berjalan di jalan berliku-liku bermakna peringatan agar segera bertaubat
  • Berjalan di jalan yang tidak diketahui bermakna dalam kehidupan anda tersesat

13. JAMBATAN
  • Mimpi jambatan yang lurus, cantik dan kuat bermakna akan beruntung di dunia dan akhirat
  • Jambatan yang kotor, berliku-liku atau rosak, maka banyaklah membaca istighfar serta selalu mengharap rahmat Allah

14. JURANG
  • Turun ke dalam jurang yang penuh dengan buah-buahan, air dan kebun bermakna akan mendapat rezeki yang banyak
  • Turun ke dalam jurang tandus dan tidak ada pokok berbuah bermakna akan datang ke Mekah
  • Turun ke dalam jurang penuh duri bermakna peringatan agar segera bertaubat

15.  KEBUN YANG DIPAGAR
  • Melihat kebun dipagar bermakna akan mendapat kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan
  • Duduk di dalam kebun berpagar bermakna menjadi orang soleh
  • Kebun rosak bermakna akan terjadi kerosakan dan kerugian

16. LADANG
  • Mimpi ladang yang siap dipagar bermakna akan melahirkan anak.
  • Mimpi memajukan dan mengusahakan ladang tetapi tidak berhasil bermakna akan membujang.
  • Mimpi tanaman ladang menghijau bermakna akan beramal soleh.
  • Mimpi ladang dalam keadaaan baik dan luas bermakna akan mendapat kesihatan, kedudukan dan umur yang panjang.
  • Mimpi ladang terbakar bermakna tidak baik.

17. PASAR
  • Mimpi anda di dalam pasar sedang mendapat keuntungan bermakna mendapat keuntungan dalam hidup tetapi jika dalam pasar anda mendapat kerugian , maka bermakna anda akan rugi.

18. PASIR (Debu Pasir)
  • Mimpi melihat pasir yabng lembut suci bermakna memperolehi kebaikan dalam segala hal.

19. PASIR (Batu Kecil)
  • Mimpi mengumpulkan batu-batu kecil bermakna anda akan mengumpulkan rezeki.
  • Mimpi membaling batu kecil bermakna akan naik haji.
  •  Mimpi wanita membaling batu bermakna wanita tersebut tukang memfitnah.
  • Mimpi dibaling batu kecil dari masjid bermakna anda akan mendapat ilmu atau memperolehi pangkat.
  • Mimpi berjalan atas batu kecil bermakna akan terjadi fitnah atau kemudaratan.
  • Mimpi bertasbih dengan batu kecil akan mati syahid.

20. TANAH
  • Mimpi tanah yang menghijau dan banyak buah bermakna isteri anda yang solehah dan ramai anak.
  • Mimpi tanah yang gersang bermakna isteri anda isteri yang jelik.  Oleh itu anda wajib membetulkannya sehingga menjadi baik.

21. TANAH TINGGI
  • Mimpi melihat atau berdiam di atas tanah tinggi bermakna akan mendapat kebaikan, kemasyhuran, kemuliaan dari allah.

22. TANAH LIAT
  • Mimpi tanah liat yang belum diubahsuai bermakna akan mendapat keturunan yang baik

23. TANAH LUMPUR
  • Mimpi terkena tanah lumpur kemudian mandi bermakna akan bertaubat.
  • Mimpi ditangan anda ada tanah lumpur kering bermakna akan berkahwin dengan isteri yang solehah.
  • Mimpi wajahnya atau kakinya penuh dengan tanah lumpur bermakna kesesatan atau kemaksiatan.
  • Mimpi terlepas dari kolam tanah lumpur bermakna anda akan terselamat dan memperolehi rahmat dari allah.

24.  TELUK
  • Mimpi teluk bermakna akan berpergian.
  • Mimpi teluk yang dikelilingi laut bermakna akan mendapat ilmu.
  • Mimpi tenggelam dalam teluk bermakna akan difitnah.

25. TEBING
  • Mimpi berada di tebing bermakna akan merasa aman dan akan tercapai cita-citanya.
  • Mimpi berada di tebing yang teramat sejuk bermakna akan menghadapi ujian.

26. TEMPAT BERTEDUH
  • Mimpi melihat tempat berteduh bermakna akan dipimpin pemimpin yang adil.
  • Mimpi tempat berteduh juga bermakna kegembiraan atau akan turun rahmat.

27. TELAGA
  • Mimpi telaga bermakna akan mendapat kenikmatan dan keredhaan allah.
  • Mimpi telaga juga bermakna akan ditolong allah dari gangguan musuh.