Darah A
1. Selalunya mereka dari golongan darah A bersikap keras kepala, serius dan sabar
2. Mempunyai karakter yg tegas
3. Berfikir masak2 sebelum melakukan sesuatu dan mengerjakan segalanya dgn bersungguh-sungguh dan konsisten
4. Selalu menunjukkan keberanian dan keyakinan walaupun sebenarnya didalam mereka berasa gugup dan takut
5. Tidak boleh bergaul dgn orang yg tidak sependapat dgn dirinya
Darah B
1. Golongan darah B mempunyai banyak kegemaran dan hobi
2. Bijak memilih mana yg lebih penting dari banyak hal yg di kerjakannya
3. Mereka ingin menjadi nombor satu dalam berbagai hal dan selalunya mereka suka meninggalkan sesuatu jika terfokus dgn kesibukan yang lain
4. Mereka dilihat cemerlang, riang dan bersemangat dari luar, namun ia sebenarnya berbeza dgn di dalam hatinya
5. Tidak suka bergaul dgn orang ramai
Darah O
1. Golongan darah O, mereka selalunya menerima dan melaksakan sesuatu dgn tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, tenang dan tiada masalah sama sekali
2. Bersikap pemurah, dan tidak segan-segan mengeluarkan duit untuk orang lain
3. Selalunya di sayangi oleh semua orang tapi mereka keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri tentang berbagai hal
4. Mudah di pengaruhi oleh orang lain dan oleh apa yg mereka lihat dari TV
5. Sering tergelincir dan membuat kesalahan yg besar kerana kurang berhati-hati
Darah AB
1. Mereka dari golongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut
2. Selalu menjaga perasaan orang lain
3. Tegas dgn diri mereka sendiri juga dengan orang-orang yang dekat dengannya
4. Selalu menjadi orang yg sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam
5. Mempunyai ramai teman, namun suka menghabiskan masa sendirian
0 comments:
Post a Comment