Showing posts with label Diari Harian. Show all posts
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Rumahku dimasuki pencuri

Sakit betul hati ku bila melihat keadaan rumah ku bersepah terabur dibuat si pencuri.  Habis 4 tabung duit syiling ku yang bertahun ku simpan disapunya bersama-sama jam tangan, handphone, kamera digital, duit tunai dan macam-macam lagila kira joli katak betul la pencuri lahanat tu.   Dah la badan letih baru balik..........

Report polis telah dibuat, cap jari dijumpai tapi sampai sekarang belum ada apa-apa khabar berita.  Puas la pencuri tu  melantak duit hasil curian. Ish tak sakit perot ke makan duit hasil curi tu yer. 

Sekarang aku lebih berhati-hati lebih-lebih lagi kalau nak kemana-mana jangan beritahu kepada orang yang kurang kita tahu hati budinya atau pun jenis mulut tempayan dok cerita sana-sini kat orang lain terdengar dek geng pecah rumah tu habis la santai jer dia dok mencuri di rumah kita kira macam shopping la gelagatnya tak perlu nak cepat kelam kabut sebab mereka tahu kita tidak ada masa tu.  Melihat pada keadaan dorang mencuri di rumahku memang macam tu ler. Banyak masa yang dorang ambil boleh memilih-milih lagi tu apa yang nak disapunyer barang berharga tetapi kecil.  Kalau boleh semasa ketiadaan kita tu pasanglah lampu luar rumah kalau ada radio pon pasang jer janganlah kedekut sangat nak bayar bil elektrik kalau nak dibandingkan dengan kehilangan dimasuki pencuri.  Tensen dan trauma pon ada.  Aku harap pencuri ni dapat balasan la tak di dunia................. di akhirat. 

Wednesday, May 4, 2011

Mood Hari Ni

Hari ni mood nak menaip citer seram lak...haha sila lah baca yer kalau singgah, tersinggah ke hehe...jangan takut la...amik dari buku-buku lama.  Seelok-eloknya baca tengah malam baru best...terasa keseramannya.

Friday, April 15, 2011

Bosan

Kenapalah hati aku susah nak gembira, riang cam orang lain. Peliklah bermacam cara aku lakukan untuk buat yang terbaik untuk diriku juga orang di kelilingku tapi apa yang aku dapat. hmmm entah la. macam orang cakap buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, aku rasa aku tak pernah nak buat jahat kat orang pun, orang buat jahat kat aku berlambaklah tak terkira. Berkorban seperti lilin menerangi orang lain apa yang lilin dapat last-last cair huhu. Tapi apa nak ku kata aku bosannnnnn.

Thursday, April 7, 2011

Bank Rakyat

Hello semua, u all semua dah tau ke pasal Bank Rakyat yang dah tambah pelaburan saham sebanyak RM500 seorang.. 500 je tau, takleh lebih.

Pagi tadi baru je siap buat tambahan saham tu, huhu lega rasenye akhirnya dapat gak buat selepas menempuh pelbagai rintangan huhu.Takde lah rintangan besor mane pon sebenarnya..emm meh nak stori sikit...

Start pagi semalam dalam kol 9 pagi aku terjah ke bank rakyat tapi punyelah ramai orang dah ada kat sane..ish ish..awal sungguh dorang mari. Takpe tak kesah, pastu g ambik nombor giliran, duduk-duduk tunggu sampai nombor dipanggil. Tunggu punye tunggu nombor aku pon dipanggil tapi... orang bank tu kata kena buka akaun dulu kalo nak tambah saham. Em..pegi la ambik borang buka akaun, isi jap pastu teros balik umah sebab tengok dah berpusu-pusu orang masuk bank tu.

Kat umah aku isilah borang buka akaun tu, dah siap semua tu aku g lah semula ke bank, dalam kol 1.30 petang. Ingat petang takde orang rupenye makin ramai macam rombongan cik kiah, cik mun dan cik gayah ehh tak dilupakan rombongan pak mustapir. Sungguh meriah suasana dalam bank macam kat funfair pulak, hahaha. Sejam menunggu dengan sabar masih tak dipanggil lagi, 2 jam, 3 jam masih tak dipanggil lagi...woaahh! apsal lame sangat ni?? bosan tahab gaban dah ni.. ok ok nasib baik nombor aku dah dipanggil sejuk sikit hati ni, lepas dah bagi semua borang tu dan dah scan cap jari die pon suruh duduk. Lame tu...die panggil die kata sempat buka akaun je, yang tambah saham tu tak sempat buat sebab ada masalah dengan line die...sob sob penatnya menunggu berejam-rejam tapi tak setel pon keje. Nak buek camano kan, dah nasib..

Masih tak putus asa lagi.. pagi tadi terjah bank kol 8.50, tu pon dah ramai yang tunggu depan bank..hahaha kelakar plak rase masa tunggu reramai tu. Pintu grill bank pon dibuka slow motion, dorang yang kat depan sekali tu dah tak sabar sampai dok tunduk dan bongkokkan badan ala-ala gimnastik je nak cecahkan badan masuk dalam bank. Ok dah masuk tu aku pon dengan laju mintak nombor giliran, duduk tunggu sampailah turn aku.. yeahhh lega sekali Alhamdulillah berjaya juga buat semua urusan tu. yang datang pagi tadi banyak muka-muka semalam je, yelah urusan tergendala kan semalam..ngeh3.

Ok; ni antara perkara yang u all perlu buat untuk tambah pelaburan saham tu

Untuk yang belum ada akaun:
- Mula2 kena isi borang buka akaun dan jangan lupa fotostat satu salinan kad pengenalan
- Pastu isilah borang tambahan saham dan fotostat 1 salinan kad pengenalan lagi
- Sediakan duit tunai RM 525.00 (RM 500 untuk saham, RM 20 untuk buku dan RM 5 untuk proses)

Untuk yang dah ada akaun;
- Isi borang tambahan saham dan fotostat 1 salinan kad pengenalan
- Isi borang maklumat pelanggan (individu)
- Sediakan duit tunai RM 505.00 (RM 500 untuk saham dan RM 5 untuk proses)

Itu saje, senang je sebenarnya kalau dah siap isi borang awal-awal dan fotostat ic sekali. Datang bank itu untuk tunggu turn je lah. Ok la selamat melabur di bank rakyat.. Kami mesti pilih~

Monday, March 28, 2011

Dihentam Hujan

Hari ni sy dihentam hujan ketika selesai bayar utang keta huhu, habes lencun bajuku.. dah la mase dalam bank tu lame gile mamat gedabak dok wat urusan cash deposit huhu satu plastik sampah duit die nak masukkan, ape kata bawak balik umah je mesin tu... err nyampah btol la, agak-agak la nak wat urusan tu..nak pakai sorang je.. GRRR!! geram ni.

Lepas tu g soping jap kat kedai, ujan masih lebat susah nak keluar keta..last-last terjon jugak depan pintu kedai. Hampir setengah jam dalam kedai baru la g bayar..huhu tak sangka 200 terbang sekelip mata sobsob ;(. Sekali lagi sy dihentam hujan ketika menyorong troli, dasyat btol la harini.. pandai btol hujan pilih masa. nasib baik tak demam, ehek. k byeee


Saturday, March 26, 2011

NASI LEMAK

Pagi tadi saya nak masak nasi lemak tapi telur, cili boh dan ikan bilis takde, huhu..lepas siap masak nasi saya pon menuju ke kedai nak beli barang-barang yg takde tu.. perut dah lapar ni emm sabar dulu. Sampai kedai dok beli bende lain dulu.. beli udang, ikan, mee kuning dan macam-macam lagi..hehe yela alang-alang kat kedai borong la apa yg patut.

Lepas dah puas soping g la bayar.. lepas bayar bukan balik umah terus, singgah petronas nak cucuk duit kat atm maybank ahah, lepas tu (banyaknye lepas tu).. lepas tu singgah bsn nak bayar utang tapi mesin wat hal la plak..ey macam-macam la..lepas tu balik rumah dan sambung masak memasak. ting ting beberapa minit lepas tu nasi lemak pon siap. semua makan dengan berselera, sedap la tu hehehe


tambahan lauk : ikan goreng..sedapnyee


Iklan Nuffnang

Hye semua, siape-siape yg singgah blog ni boleh mintak tolong sikit tak? tolong klik iklan nuffnang saya.. nanti saya klik balik kat blog kamu kamu semua. thanks in advance (^.^).  Em dah 2 tahun buat blog tapi duit dalam nuffnang ade 1 angka je, jangan la gelak (hehehe). em nak wat camne kan takde orang nak klik, please help me.. nak menabung dengan nuffnang ni. jom la kita saling mengelik

Hello! Myspace Comments

Hello! Im Back

Hi semua! Setelah setahun 3 bulan menyepi dari dunia blogging, hari ini saya muncul kembali jeng3. Sebelum ni agak malas nak update blog ni dan sibuk sikit dengan urusan peribadi.  Lepas ni nak aktif update blog ni dan share apa-apa sahaja cite yg menarik kt sini. Jom berblogging secara sihat hehe

Good Day Myspace Comments

Monday, October 12, 2009

Kereta aku


Tadi aku pergi ambil kereta di workshop, emm terbang rm380 arini . Kereta aku kemek kat bonet akibat perbuatan drebar tak bertauliah kui3. Kalau la dia bawak kereta aku dgn hati2 , takkan jadinya excident2 camni. Sedih gak rasanya bila mengenang balik kereta aku ni, dah naik lemau bonet tu asek kemek kena langgar.

Sampai umah dah nak gelap, duduk dalam umah je..makan2, tgk tv, rehat2. Pastu main internet, update sikit blog aku nih. Ok la, nak mencari bahan untuk mengupdate lagi blog aku yg hitam menawan ni. hehe.. byeee


Thursday, September 17, 2009

Buat Biskut Mazola


Hari ini aku agak sibuk membuat kerja rumah sambil membuat biskut mazola untuk santapan raya nanti. Disini disertakan resepi biskut mazola yang ku buat.
500 gram kacang tanah

Gula halus (1 cawan)
Tepong gandum (500 gm)
Telor (1 biji)

1/2 botol minyak mazolaCaranya:
Gaul tepong gandum, kacang tanah, gula sebatikan
masukkan telor kacau lagi dan akhir sekali masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit.
Terap biskut mengikut kesukaan dan bakar dalam api yang sederhana.



TRY LA DI RUMAH..


Wednesday, September 16, 2009

16hb September

Hari ini aku pergi ke pejabat pnb untuk membuka akaun asw2020, akhirnya dapat juga menunaikan hajatku untuk menyimpan di akaun tersebut. Selepas memasukkan sejumlah wang dan menyelesaikan urusan di pnb saya pun pergi shopping ke mydin untuk membeli sedikit barang-barang yang diperlukan. Berpusu-pusu orang ramai membeli barangan di mydin untuk kelengkapan menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.
Disini saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua musliman dan muslimat.

Monday, September 14, 2009

hari ini..

Hari ni membosankan kerna terpaksa mengeluarkan wang yg byk utk memenuhi kehendak seseorang =( Berbagai cara dilakukan utk mengagalkan urusan ini tetapi tidak berjaya...

Tak mengapa kerna lain kali sy takkan bg peluang lg.. enough for this year !

sekian..

Friday, September 11, 2009

Bulan Puasa

Hari ini aku ke pasar ramadan membeli juadah makanan yang banyak dijual. Aku memilih makanan seperti murtabak, popia pedas dan lain-lain. Ramai orang di pasar ramadan membeli-belah. Takut jugak rasanya maklumlah ini kan musin H1N1. Mereka ni bukan nye nak memakai mask dan perkara ini amat menakutkan juga manalah tahu terjangkit ketika sedang membeli juadah tersebut.


Balik ke rumah aku pun berehat sambil menunggu masa berbuka puasa. Tak sabar rasanya nak merasa juadah yang dibeli tadi.