Monday, August 8, 2011

Rumahku dimasuki pencuri

Sakit betul hati ku bila melihat keadaan rumah ku bersepah terabur dibuat si pencuri.  Habis 4 tabung duit syiling ku yang bertahun ku simpan disapunya bersama-sama jam tangan, handphone, kamera digital, duit tunai dan macam-macam lagila kira joli katak betul la pencuri lahanat tu.   Dah la badan letih baru balik..........

Report polis telah dibuat, cap jari dijumpai tapi sampai sekarang belum ada apa-apa khabar berita.  Puas la pencuri tu  melantak duit hasil curian. Ish tak sakit perot ke makan duit hasil curi tu yer. 

Sekarang aku lebih berhati-hati lebih-lebih lagi kalau nak kemana-mana jangan beritahu kepada orang yang kurang kita tahu hati budinya atau pun jenis mulut tempayan dok cerita sana-sini kat orang lain terdengar dek geng pecah rumah tu habis la santai jer dia dok mencuri di rumah kita kira macam shopping la gelagatnya tak perlu nak cepat kelam kabut sebab mereka tahu kita tidak ada masa tu.  Melihat pada keadaan dorang mencuri di rumahku memang macam tu ler. Banyak masa yang dorang ambil boleh memilih-milih lagi tu apa yang nak disapunyer barang berharga tetapi kecil.  Kalau boleh semasa ketiadaan kita tu pasanglah lampu luar rumah kalau ada radio pon pasang jer janganlah kedekut sangat nak bayar bil elektrik kalau nak dibandingkan dengan kehilangan dimasuki pencuri.  Tensen dan trauma pon ada.  Aku harap pencuri ni dapat balasan la tak di dunia................. di akhirat. 

0 comments:

Post a Comment