SINOPSIS
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens MediaCetakan Pertama: Julai '06
Jumlah Halaman:505
Harga : RM21.50
Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.
DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik.
Dihatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuaan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukan cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
0 comments:
Post a Comment