SINOPSIS
Penulis: Eyman Hykal
Penerbit: Alaf 21 Sdn BhdCetakan Pertama: 2005
Jumlah Halaman:433
Harga : RM17.00
Tujuh belas tahun yang lalu hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.
Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab,
'Susah hidupnya dirantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah mati.
Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali kepangkuan untuk membina semula penghidupan mereka.
0 comments:
Post a Comment