Thursday, April 7, 2011

Bank Rakyat

Hello semua, u all semua dah tau ke pasal Bank Rakyat yang dah tambah pelaburan saham sebanyak RM500 seorang.. 500 je tau, takleh lebih.

Pagi tadi baru je siap buat tambahan saham tu, huhu lega rasenye akhirnya dapat gak buat selepas menempuh pelbagai rintangan huhu.Takde lah rintangan besor mane pon sebenarnya..emm meh nak stori sikit...

Start pagi semalam dalam kol 9 pagi aku terjah ke bank rakyat tapi punyelah ramai orang dah ada kat sane..ish ish..awal sungguh dorang mari. Takpe tak kesah, pastu g ambik nombor giliran, duduk-duduk tunggu sampai nombor dipanggil. Tunggu punye tunggu nombor aku pon dipanggil tapi... orang bank tu kata kena buka akaun dulu kalo nak tambah saham. Em..pegi la ambik borang buka akaun, isi jap pastu teros balik umah sebab tengok dah berpusu-pusu orang masuk bank tu.

Kat umah aku isilah borang buka akaun tu, dah siap semua tu aku g lah semula ke bank, dalam kol 1.30 petang. Ingat petang takde orang rupenye makin ramai macam rombongan cik kiah, cik mun dan cik gayah ehh tak dilupakan rombongan pak mustapir. Sungguh meriah suasana dalam bank macam kat funfair pulak, hahaha. Sejam menunggu dengan sabar masih tak dipanggil lagi, 2 jam, 3 jam masih tak dipanggil lagi...woaahh! apsal lame sangat ni?? bosan tahab gaban dah ni.. ok ok nasib baik nombor aku dah dipanggil sejuk sikit hati ni, lepas dah bagi semua borang tu dan dah scan cap jari die pon suruh duduk. Lame tu...die panggil die kata sempat buka akaun je, yang tambah saham tu tak sempat buat sebab ada masalah dengan line die...sob sob penatnya menunggu berejam-rejam tapi tak setel pon keje. Nak buek camano kan, dah nasib..

Masih tak putus asa lagi.. pagi tadi terjah bank kol 8.50, tu pon dah ramai yang tunggu depan bank..hahaha kelakar plak rase masa tunggu reramai tu. Pintu grill bank pon dibuka slow motion, dorang yang kat depan sekali tu dah tak sabar sampai dok tunduk dan bongkokkan badan ala-ala gimnastik je nak cecahkan badan masuk dalam bank. Ok dah masuk tu aku pon dengan laju mintak nombor giliran, duduk tunggu sampailah turn aku.. yeahhh lega sekali Alhamdulillah berjaya juga buat semua urusan tu. yang datang pagi tadi banyak muka-muka semalam je, yelah urusan tergendala kan semalam..ngeh3.

Ok; ni antara perkara yang u all perlu buat untuk tambah pelaburan saham tu

Untuk yang belum ada akaun:
- Mula2 kena isi borang buka akaun dan jangan lupa fotostat satu salinan kad pengenalan
- Pastu isilah borang tambahan saham dan fotostat 1 salinan kad pengenalan lagi
- Sediakan duit tunai RM 525.00 (RM 500 untuk saham, RM 20 untuk buku dan RM 5 untuk proses)

Untuk yang dah ada akaun;
- Isi borang tambahan saham dan fotostat 1 salinan kad pengenalan
- Isi borang maklumat pelanggan (individu)
- Sediakan duit tunai RM 505.00 (RM 500 untuk saham dan RM 5 untuk proses)

Itu saje, senang je sebenarnya kalau dah siap isi borang awal-awal dan fotostat ic sekali. Datang bank itu untuk tunggu turn je lah. Ok la selamat melabur di bank rakyat.. Kami mesti pilih~

0 comments:

Post a Comment