Tuesday, October 27, 2015

DURI

SINOPSIS


Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Media
Cetakan Pertama: Julai '06

Jumlah Halaman:505
Harga : RM21.50

 
Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam.  Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik.

Dihatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar.  Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuaan buku dengan ruas sahaja.  Hidupnya penuh kepura-puraan.  Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya?  Mampukan cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?

Ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

DEMI KASIH.........DEMI SAYANG

SINOPSIS


Penulis: Liza Mior Rashdi
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama: 2004

Jumlah Halaman: 411
Harga : RM20.90


Aku tidak ingin menangis kesal, meratap kesilapan yang bukan aku sengajakan.  Perempuan yang menjadi jalang ini juga tidak rela menjadi sundal jantan-jantan mata keranjang.  Aku juga tidak ingin bercerita mengapa begini kesudahannya.... Kesudahan yang ingin aku tamatkan dengan sebuah kematian.  Kerana kepercayaan dan harapan telah hilang bersama dendam yang terbakar hangus.  Lalu apa lagi yang tinggal? lantaran abunya juga telah aku hanyutkan ...lalu terapung-apung di laut nestapa.

DIARI BONDA

SINOPSIS


Penulis: Rohani Din
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama:1999

Jumlah Halaman:554
Harga : RM24.90


Dosa Apakah................ sehingga begini berat dugaan yang kau berikan padaku?

Tuhan ...... sesungguhnya aku tidak bersendirian berdepan  dengan kemelut ini.  Aku ingin menjadi ibu dan isteri yang tabah namun ada waktunya ketabahan ku berada dipenghujungnya.  Kemampuanku terbatas.  Ti.............merenungmu hati ibu tersentuh pilu.  Doa ibu tidak putus Ti....... keinginan melihat mu ceria seperti dahulu jua tidak pernah lumpuh.

DEKAT DI HATI

SINOPSIS

Penulis: Eyman Hykal
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2005

Jumlah Halaman:433
Harga : RM17.00


Tujuh belas tahun yang lalu hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara maranya.  Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar.  Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah.  Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan.  Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.  

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti.  Malangnya harapan tidak semudah yang dilafazkan.  Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab,

'Susah hidupnya dirantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak.  Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri.  Manakala Izatti sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah mati.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas.  Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga.  Dan dia mahu Noraini kembali kepangkuan untuk membina semula penghidupan mereka.

Sunday, October 25, 2015

DENDAM SEMALAM

SINOPSIS






Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2005

Jumlah Halaman:348
Harga : RM15.00


Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri.  Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri.  Ternyata keraana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya.  Namun, siapa menyangka.... roh Hartina mula menggangu.  Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman.  Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.

Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman.  Meski diusir, namun dia tetap 'hadir' dalam kehidupan Fakar seperti sediakala.  Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan.  Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian  hangat membahang diri.

Namun, terubatkah kecewa Hartina... terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar?  dan siapakah Hartina sebenarnya?  DENDAM SEMALAM... penuh saspens dan mendebarkan!

CINCIN PERMATA BIRU

SINOPSIS

Penulis: Mior Shariman Hassan
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 1994
 
Cetakan Kedua: 1995
Jumlah Halaman: 492
Harga : RM19.90


Apakah benar cincin itu membawa tuah? Atau ia membentung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi.  Atau sekadar.... cincin permata biru penghias jari...............

CINTA DAN DENDAM

SINOPSIS



Penulis: Ardy Amin
Penerbit: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 1996

Jumlah Halaman: 252

Dia meninggalkan tanah air dengan berbekalkan sebuah cinta yang sarat.  jauh dari tanah kelahiran, ramai lelaki yang memburunya.  Ternyata hampa, tidak semudah itu impian yang diharap akan mencapai puncak.

Akhirnya dia kembali..... mengharap sebuah cinta yang tak pasti.  Kenapa? dia melihat bagaimana Datin memeluk dan mencium lelaki itu... bunyi senapang bergema memecah kesunyian malam.... dia  melihat darah merah, dia nampak kereta mewah...... semuanya merah dan terus merah.