Sunday, October 25, 2015

CINTA DAN DENDAM

SINOPSIS



Penulis: Ardy Amin
Penerbit: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 1996

Jumlah Halaman: 252

Dia meninggalkan tanah air dengan berbekalkan sebuah cinta yang sarat.  jauh dari tanah kelahiran, ramai lelaki yang memburunya.  Ternyata hampa, tidak semudah itu impian yang diharap akan mencapai puncak.

Akhirnya dia kembali..... mengharap sebuah cinta yang tak pasti.  Kenapa? dia melihat bagaimana Datin memeluk dan mencium lelaki itu... bunyi senapang bergema memecah kesunyian malam.... dia  melihat darah merah, dia nampak kereta mewah...... semuanya merah dan terus merah.

CINDERELLA

SINOPSIS

Penulis:Siti Rohayah Attan
Penerbit: Kuasatek Pictures Sdn. Bhd.
Tahun Pertama Terbit: 1998
Jumlah Halaman: 306



Dia tidak menginginkan kemewahan.  Tidak juga mencintai kemewahan tetapi itu yang dilimpahkan kepadanya.  Dia sekadar ingin menjadi Cinderella yang kaya dengan cinta dan kasih sayang.  namun, cinta dan kasih sayang itu tidak selalunya mudah.  Kerana itu, dia mengejarnya dengan lelehan airmata, kesayuan dan akhirnya dia menemui titik henti yang melelehkan tetapi membahagiakan.  Nurulhuda adalah cahaya petunjuk, Cinderella Melayu yang berwarna putih...............



BISIKAN RINDU

SINOPSIS

     
Penulis: Mimie Afinie 
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Jumlah Halaman: 436

Harga : RM16.00

Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik.  Tapi jika dihati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak untuk apa sebuah percintaan?

Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina hatinya tetap milik Ikhwan.  Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu.  Sehari tidak berjumpa ibarat setahun lamanya.  Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.

Akhirnya Dina mengalah.  Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat  dicintai.  Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segala-galanya.

Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali.  Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga!  Tiada kata maaf, tiada kata pelukan mesra.  Yang ada hanya tangisan...Gembira atau duka?.




AURA KASIH

SINOPSIS

     
Penulis: Roslaila Jaafar
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Jumlah Halaman: 284

Harga : RM11.00



Pandang pertama mengundang cinta dihatinya.  Guru baru itu kacak, sasa dan cukup bergaya.  Sejak itu, Mira tidak pernah ponteng sekolah.  Malah dia terpaksa bersaing dengan Marina untuk memenangi hati cikgu Suhaimi.  Tapi haruskah dia merampas lelaki itu dari isterinya yang  solehah kerana tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi!  antara mereka bertiga siapakah yang harus berundur?.

AIR MATA KASIH

SINOPSIS


      
 Penulis: Norhayati Berahim
 Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
 Jumlah Halaman: 387
 Harga : RM15.00

     Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fahrulrazi.  Kerana tingkah seorang perempuan dia menyimpan dendam pada perempuan.  Baginya, perempuan sering mendatangkan bencana.  Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya.  Dan dia sendiri amat memusuhi  anak perempuan dalam keluarganya Farah Diba, sedangkan  gadis itu tidak bersalah.  Malah dia cuba menafikan kewujudan  gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

      Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya.  Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu.  Sebagai mangsa sebuah dendam , dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

      TUHAN menurunkan 'petunjuk' bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia.  FAS Holdings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara.  Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu.  Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat.  Namun usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali!

                                         Di manakah Farah Diba selepas ini?
                                      adakah dendam itu terus menjadi hitam?
                               Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!



     

Saturday, October 24, 2015

ADAM

SINOPSIS

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA................

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia.  Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.

      Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk.  Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C.  Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan.

      Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

      Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis di Raja malaysia, survival adalah mainan hidupnya.  siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House!

      Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu....

BIARKAN SAJA

SINOPSIS



Penulis: Annur Puteri
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2009

Jumlah Halaman: 608
Harga : RM28.90


Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri.  Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya.  Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya.

          Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela.  Rela dalam terpaksa.  Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum.  Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam.  Siapa menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.