Saturday, October 1, 2011

MIMPI PERKARA GHAIB

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1. DOA
  • MIMPI BERDOA IA BERMAKNA KHABAR GEMBIRA IAITU AKAN TURUN PERTOLONGAN, KESENANGAN DAN HILANGNYA RASA SUSAH.
2. DOSA
  • MIMPI MELAKUKAN DOSA BERMAKNA AKAN BERSEDIH ATAU AKAN BERHUTANG.
  • MIMPI BERTAUBAT DARI SEGALA DOSA SEHINGGA SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPUNYAI DOSA, IA BERMAKNA KEBAIKAN.
3. DAJJAL
  • MIMPI BERTEMU DAJJAL, IA BERMAKNA KEBURUKAN, KEJAHATAN DAN KEBATILAN AKAN TERJADI.
  • MIMPI DAJJAL JUGA BERMAKNA AKAN DIPIMPIN PEMIMPIN JAHAT DAN PEMIMPIN TERSEBUT AKAN MELAKSANAKAN PENTADBIRAN YANG BATIL JUGA AKAN MENEGAKKAN HUKUM-HUKUM DAJJAL, PEMIMPIN TERSEBUT JUGA AKAN BERLAKU ZALIM MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM.
  • MIMPI MENGIKUTI DAJJAL, BERMAKNA AKAN JAUH DARI IBARAH.
  • MIMPI DAPAT MEMBUNUH DAJJAL, BERMAKNA KEBAIKAN DAN AKAN MENDAPAT KUASA.
4. JAMPI-JAMPI
  • MIMPI JAMPI-JAMPI YANG DIAJARKAN OLEH NABI, BERMAKNA ANDA AKAN MENDAPAT UBAT, MENDAPAT RAHMAT DAN TERCAPAINYA CITA-CITA.
5. JENAZAH
  • MIMPI MELIHAT JENAZAH, MAKA PENAFSIRANNYA MENGIKUT KEADAAN.  APABILA MIMPI JENAZAH, KEMUDIANNYA ORANG YANG DATANG TAKZIAH ITU BERGEMBIRA, BERMAKNA JENAZAH TERSEBUT ADALAH JENAZAH ORANG YANG JAHAT.
  • MIMPI JENAZAH TERBANG DI ANGKASA, BERMAKNA MATI SYAHID.
  • MIMPI JENAZAH DI TENGAH-TENGAH PEKAN, BERMAKNA AKAN TERJADI KEROSAKAN.
  • MIMPI MENANAM JENAZAH, BERMAKNA ANDA AKAN MELAKUKAN PERBUATAN BAIK.
  • MIMPI IKUT SOLAT JENAZAH, BERMAKNA ANDA ADALAH ORANG YANG AHLI IBADAH DAN ISTIQAMAH DALAM PERKARA YANG HAK.
  • MIMPI MELIHAT KUBUR ORANG MUSLIM, BERMAKNA AKAN MERASA AMAN  DAN TENTERAM.
6. JIN
  • MIMPI BERTEMU JIN YANG MENAMPAKKAN WAJAH YANG BAIK, BERMAKNA JIN TERSEBUT ADALAH JIN ISLAM YANG MENGHARAPKAN KEBAIKAN.
  • MIMPI JIN MENAMPAKKAN WAJAH YANG BURUK DAN MENAKUTKAN, BERMAKNA AKAN TERJADI KERUGIAN DAN BENCANA.
7. JIN IFRIT
  • MIMPI BERTEMU JIN IFRIT PENAFSIRANNYA MENGIKUT KEADAAN.  JIKA MIMPI JIN IFRIT DENGAN MENAMPAKKAN WAJAH YANG BAGUS DAN BERSIKAP RAMAH, BERMAKNA ANDA AKAN MENDAPAT KEKUATAN, PERTOLONGAN ATAU ANDA AKAN MENJADI MAJIKAN.
  • TETAPI JIKA MIMPI BERTEMU JIN IFRIT TIDAK MENAMPAKKAN WAJAH YANG JELAS, BERMAKNA ANDA AKAN TERKENA TIPU DAYA.  OLEH ITU BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA ALLAH DAN JANGAN DALAM KEADAAN BIMBANG.
8. SIHIR
  • ANDA MIMPI BERTEMU TUKANG SIHIR YANG SEDANG MEMPRAKTIKKAN SIHIRNYA, BERMAKNA ANDA AKAN TERKENA FITNAH.  OLEH ITU BACALAH ISTIGHFAR SEBANYAK-BANYAKNYA.
9. SYURGA
  • MIMPI MELIHAT SYURGA, BERMAKNA AKAN MENDAPAT KESENANGAN.
  • MIMPI MELIHAT SYURGA, MEREKA TERGOLONG ORANG-ORANG YANG SOLEH
  • MIMPI MASUK KE DALAM SYURGA, BERMAKNA AKAN MENDAPAT KEMULIAAN.
  • MIMPI MASUK PINTU SYURGA, BERMAKNA BERMULA TENTANG KEBAIKAN DAN KEGEMBIRAAN KERANA TELAH MENDAPAT REDHA DARI KEDUA ORANG TUA.
  • MIMPI DIPANGGIL MASUK SYURGA, TETAPI TIDAK DAPAT MASUK, BERMAKNA HARUS SUNGGUH-SUNGGUH MEMENUHI JANJI ALLAH DAN JUGA MELAKSANAKAN KEWAJIPAN DI DALAM ISLAM.
  • MIMPI SYURGA PADA UMUMNYA, BERMAKNA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.
  • MIMPI BERPALING DARI SYURGA DAN PINTUNYA TERKUNCI DARI PANDANGANNYA, MAKA SEHARUSNYA MOHON KEPADA ALLAH AGAR DAPAT MASUK BERSAMA-SAMA ORANG -ORANG YANG BERSIH.
10. MALAIKAT RIDUAN
  • ANDA MIMPI BERTEMU MALAIKAT RIDUAN, BERMAKNA ANDA AKAN MENDAPAT KESENANGAN SELAIN ITU ANDA TERGOLONG ORANG-ORANG YANG SOLEH.
11. MALAIKAT ZABANIYAH
  • MIMPI BERTEMU MALAIKAT ZABANIYAH, BERMAKNA PERINGATAN DAN ANCAMAN.  OLEH ITU BANYAKLAH BERDOA DAN BERTAUBAT KEPADA ALLAH.
12. MAYAT
  • MIMPI MAYAT KADANG-KADANG BAIK JUGA KADANG-KADANG BURUK.  MIMPI DIPELUK MAYAT, BERMAKNA ANDA BERUMUR PANJANG.
  • MIMPI MAYAT YANG MEMUKULI DIRINYA SENDIRI ATAU PUCAT MUKANYA, BERMAKNA MAYAT TERSEBUT MELANGGAR HAK-HAK ALLAH ATAU BERMAKNA ANDA YANG BERKIANAT TERHADAP WASIAT MAYAT.
  • MIMPI MELIHAT MAYAT TERSEBYUM, BERMAKNA ANDA AKAN MENDAPAT KEBAIKAN.
  • MIMPI MENGAMBIL MAYAT, BERMAKNA KEBAIKAN TETAPI MIMPI DIBERI MAYAT BERMAKNA AKAN BERLAKU KEBURUKAN.
  • MIMPI MAYAT BERPAKAIAN HIJAU, BERMAKNA MAYAT ITU MATI SYAHID ATAU MEREKA ADALAH ORANG YANG SOLEH.
  • MIMPI MELIHAT MAYAT YANG SUSAH ATAU DILILIT ULAR, KALA ATAU API ATAU DALAM KEADAAN GELAP, BERMAKNA MAYAT TERSEBUT MATI DALAM KEADAAN KAFIR.  OLEH ITU KITA MOHON KEPADA ALLAH AGAR KELAK MATI BERSAMA ORANG-ORANG YANG BAIK.
13. NERAKA JAHANAM
  • MIMPI NERAKA, BERMAKNA MEMBERI PERINGATAN ATAU TERGOLONG ORANG YANG FASIK.
  • MIMPI MELIHAT NERAKA JAHANAM, BERMAKNA AKAN MENDAPAT KESEDIHAN.
  • MIMPI MAKAN BUAH NERAKA JAHANAM, BERMAKNA SELALU MAKAN BARANG HARAM.
  • MIMPI AIR NERAKA JAHANAM, BERMAKNA AKAN BELAJAR ILMU YANG BATIL DAN SESAT.
  • MIMPI KELUAR DARI NERAKA, BERMAKNA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN TAUBATNYA DITERIMA.
  • MIMPI JALAN-JALAN DI TEPI NERAKA DAN TIDAK SAMPAI MASUK, BERMAKNA KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN AKAN DIPEROLEHINYA.
14. NERAKA WAIL
  • MIMPI NERAKA WAIL, BERMAKNA SEBAGAI PERINGATAN DAN CEPATLAH BERTAUBAT KEPADA ALLAH

Friday, September 2, 2011

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia



 
                                     Noramfaizul Mohd. Nor


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.
Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.
Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.
Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Bernama

Saturday, August 20, 2011

BURNING BRIGHT



Semalam baru lepas menonton citer burning bright, best tau...citer pasal seorang ayah tiri yang membeli seekor harimau dan diletakkan kat dalam rumah untuk membaham anak-anak tirinya huhu. citernya sangat suspen dan pelakon nyer pandai menghayati watak...citer ni saya bagi 8 bintang.


Comel kan? comel sangat.. tapi ganassss !




LAGU RAYA





LAYANZ

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT SEMPERIT





Bahan-Bahan
150 gm mentega/planta
120 gm tepung gandum    )
80 gm tepung kastard       ) diayak
50 gm tepung jagung        )
80 gm gula aising
1 biji kuning telur
sedikit ceri merah/hijau

Cara membuatnya
  • Pukul mentega/planta dan gula aising hingga berkrim
  • Masukkan kuning telur dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan telur dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan tepung yang diayak dan uli hingga adunan lembut. Canaikan adunan dan terapkan. Susun dalam dulang pembakar  yang telah digris.  Bubuhkan ceri.
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.

Cara sesuai tanam bayam

TERDAPAT beberapa jenis bayam di negara kita. Antaranya ialah bayam hijau (Amaranthus spp.), bayam merah (Amaranthus gangeticus) dan bayam tricolor (Amaranthus tricolor). Semua bayam ini tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan berasal dari Amerika.
Bayam spinach (Spinacia oleraceae) pula mengandungi gen,fizikal dan rasa yang berbeza walaupun berasal dari keluarga yang sama.
Bayam spinach tidak sesuai ditanam di negara beriklim tropika seperti Malaysia kerana ia cepat berbunga dan tidak banyak daun.
Bayam kaya dengan vitamin A, C dan E, fosforus, zat besi, kalium, magnesium, beta karoten dan zink.
Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.
Bayam juga dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Penanaman
*Bayam sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai pH di antara 5.5 dan 6.5 adalah yang paling sesuai.
*Sediakan batas berukuran satu meter (lebar) dan panjang bergantung pada kawasan.
Tanah digembur bersama kompos dan bahan organik. Sebanyak empat alur boleh dibuat dengan jarak tanaman 20 sentimeter (sm) antara alur.
*Bayam ditanam terus menggunakan biji benih. Disebabkan biji benih terlalu kecil, gaulkan biji benih dengan pasir untuk menjarakkan biji benih semasa menabur benih di dalam alur batas.
*Tutup batas yang terdedah dengan jerami padi atau daun kering sebagai sungkupan untuk kekalkan kelembapan tanah dan mengawal rumpai.
*Selepas tiga atau empat hari, benih akan bercambah dan anak pokok akan mula kelihatan.
Penjarangan
*Penjarangan perlu dibuat selepas seminggu biji benih bercambah. Anak benih yang tumbuh terlalu rapat perlu dibuang atau dipindahkan ke alur yang tiada anak benih.
nAktiviti perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mengelakkan kecederaan akar anak benih yang terlalu lembut.
*Penjarangan penting bagi mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya matahari dan nutrien antara pokok. Jika anak pokok terlalu banyak, pokok yang tumbuh akan bersaiz kecil dan kurang daun.

Pengairan
*Bayam perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan dengan air bersih tanpa klorin.
*Pengairan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu siram manual atau dengan sistem pengairan renjis bergantung kepada kemampuan petani.
Pembajaan
*Pembajaan menggunakan baja organik (yang dibeli atau buatan sendiri). Baja organik berproses diberi mengikut kadar yang disyorkan, biasanya antara 30g dan 50g sepokok dan ditabur pada minggu kedua selepas menanam.
Jika baja organik buatan sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali.
*Sebelum membaja rumpai yang tumbuh dibuang terlebih dahulu dan tanah digembur.
*Baja organik boleh ditabur di antara alur tanaman.
Kawalan rumpai
*Rumpai adalah musuh utama tanaman. Ia akan bersaing untuk mendapatkan ruang, cahaya matahari dan juga makanan. Selain itu, rumpai boleh menjadi perumah kepada serangga perosak.
*Rumpai perlu dikawal setiap seminggu sekali. Jangan biarkan rumpai hingga ia berbunga.
*Ia boleh dilakukan sama ada merumpai secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.
Kawalan perosak dan penyakit
*Ulat ratus sering memakan daun muda bayam. Amalkan menyembur racun organik daripada campuran cili padi, bawang putih, daun naem, daun kesum, serai wangi, kemangi, air dan sabun. Sembur setiap hari bagi serangan kritikal, dan dua atau tiga hari sekali bagi serangan biasa.
*Penyakit hawar melecuh pula sering ditemui pada bayam jenis berdaun bulat, tetapi bayam berdaun bujur lebih toleran dengan penyakit ini. Amalkan tanaman bergilir sebagai kawalan.

Anwar akhirnya beri keterangan bela diri Isnin depan

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin depan, setelah dua kali berjaya menangguhkan perbicaraan peringkat pembelaan sejak 8 Ogos lalu.
Pihak pembelaan dan pasukan pendakwaan mengesahkan bahawa Anwar akan memberi keterangan pada 22 Ogos ini, setelah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal berbuat demikian pada hari ini memandangkan enam saksi masih belum dapat ditemu bual oleh mereka.
Hakim Datuk Mohamd Zabidin Mohd. Diah membenarkan tarikh tersebut ditetapkan untuk Anwar membela diri tanpa mengambil kira sama ada keenam-enam saksi itu telah berjaya ditemu bual atau sebaliknya.
Enam saksi yang masih belum ditemu bual ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; ibu kepada bekas tunang pengadu, Sharehah Md. Salim; jururawat di Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh; dan bekas pengawal peribadi tertuduh, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi.
Turut tersenarai ialah dua bekas pembantu rumah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai saksi tempat kejadian, Fitria Dipan dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Suliati. Kedua-duanya dipercayai telah pulang ke negara asal mereka, Indonesia.
Sharehah bagaimanapun ditemu bual pada hari ini selepas prosiding mahkamah berakhir. Musa pula berada di luar negara dan dijangka pulang dalam minggu ini.
Anwar sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada 8 Ogos lalu tetapi ditunda ke hari ini setelah mahkamah membenarkan permohonannya untuk menemu bual saksi-saksi terlebih dahulu.
Terdahulu, peguam Sankara Nair yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah, pihaknya telah menemu bual 19 saksi yang berpotensi, manakala enam lagi masih belum dapat ditemu bual.
Nair juga memberitahu bahawa pihaknya telah membayangkan senarai saksi-saksi yang akan dipanggil kepada pihak pendakwaan.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan pula menyatakan, pihaknya akan cuba menyediakan keenam-enam saksi terbabit dalam minggu ini dan mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju peringkat pembelaan akan dimulakan pada Isnin depan.
Sebelum prosiding hari ini bermula juga, terdapat kain pemidang 'Selamatkan Malaysia daripada peliwat 2.0' digantung di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini selama beberapa minit sebelum diturunkan.
Kain pemidang itu dipercayai dipasang oleh sekumpulan ahli Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang memakai kemeja-T warna kuning dan turut mengadakan demonstrasi secara aman sambil melaungkan reformasi dan keadilan kepada Saiful.
Sehingga Jumaat lalu, sebanyak 19 saksi daripada sejumlah 25 saksi yang disenaraikan, telah hadir untuk ditemu bual oleh barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam Karpal Singh.
Antara mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Polis Melaka, Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid dan pemilik kondominium terbabit, Hasanuddin Abd. Hamid.
Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-Utusan