Saturday, October 24, 2015

BIARKAN SAJA

SINOPSIS



Penulis: Annur Puteri
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2009

Jumlah Halaman: 608
Harga : RM28.90


Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri.  Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya.  Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya.

          Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela.  Rela dalam terpaksa.  Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum.  Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam.  Siapa menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.

Thursday, July 16, 2015

Menu Berbuka Puasa


Hai semua ^.^  nak share sikit menu berbuka puasa kat sini. Ini lah dia antara menu berbuka puasa yg sempat di snap. Yang lain2 lupa nak snap


Rendang ayam + Ikan goreng + sayur + asam rebus
 Tomyam + sayur taugeh + telur dadar + ikan goreng + daging goreng + air bandung
 Kari daging + pajeri nenas + ikan goreng + sayur campur + murtabak + putih telur + 2 ketul hotdog
 Nasi lemak-> sambal sotong + ayam masak merah + telur rebus + ikan bilis + ikan goreng + telur rebus
 Tomyam + sambal udang + ayam goreng
 Asam rebus ikan + sambal belacan + sayur kacang panjang + ikan goreng + daging masak merah
 Sambal udang petai + telur dadar + sayur taugeh + ayam masak nasi ayam + ikan goreng + ikan stim
 Patin masak tempoyak + sambal tempe + tomyam + ayam goreng + ikan goreng + sayur taugeh + buah-buahan
 Asam rebus ikan + sambal teloq + ayam goreng + sambal belacan kelmarin kikiki + buah tembikan, nenas + beger mcdonald nyum2
 Kari ikan + ayam goreng + ikan goreng + telur masin + sambal belacan baru + sayur kacang buncis + buah tembikai

ok itu ajer yg sempat di snap..kihkih


Monday, September 15, 2014

MIMPI SUASANA, SIFAT ATAU SIKAP

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer

1. BAKHIL
  • Bakhil (kedekut)  ialah sifat yang amat tercela dan ia adalah perbuatan yahudi mimpi seseorang yang bakhil bermakna mereka adalah orang yang tercela.

2. BERSIKAP TEGAS
  • Mimpi bersikap tegas bermakna kekuatan, kedudukan, kekuasaan, mendapat pertolongan  dan teguh dalam pendirian.

3. PANGKAT YANG TINGGI
  • Mimpi mempunyai kedudukan yang tinggi bermakna akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

4. CINTA
  • Mimpi mencintai kedua orang tua dan seluruh keluarga bermakna akan melakukan perbuatan yang baik.
  • Mimpi mencintai wanita bermakna akan melakukan perbuatan yang jelik.

5. HASAD
  • Mimpi melihat seseorang yang berlaku hasad bermakna orang tersebut jahat dan menyesatkan.  Sedangkan orang yang dihasut akan mendapat nikmat.  Oleh itu sekiranya mimpi orang yang bersikap hasad makan cepat-cepatlah berlindung kepada allah dari kejahatan orabng yang berlaku hasad.

6. MAJLIS PENGANTIN
  • Mimpi majlis yang penuh dengan aktiviti maksiat bermakna akan terjadi keburukan.
  • Mimpi mengikuti majis pengantin yang sesuai dengan dasar-dasar islam maka ia bermakna kebaikan

7. MUKA MASAM
  • Mimpi melihat orang yang bermuka masa  bermakna kesesatan dan tipu daya serta orang tersebut adalah orang yang fasik.

8. SEJUK
  • Mimpi rasa sejuk yang turun dari langit bermakna rahmat turun.
  • Berjalan dengan rasa sejuk bermakna kefakiran kerana kesejukan dari langit menyucikan bumi dari dosa-dosa hamba.

9. SOMBONG
  • Mimpi seseorang yang bersifat sombong bermakna penyakit dan kehinaan.
  • Siapa yang bersifat sombong maka allah akan menghinanya.

 10. SABAR
  • Mimpi bersikap sabar bermakna akan mendapat husnul katimah setelah berumur panjang atau penuh dengan kebaikan dan amal soleh.

11. RENDAH DIRI
  • Mimpi rendah diri bermakna akan dicintai allah.
  • Mimpi rendah diri juga bermakna akan diangkat darjatnya dan mengalahkan orang yang sombong dan jahat.

MIMPI BENDA-BENDA DI ATAS BUMI

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer

1. AIR
  • Air bermakna ilmu, kesucian dan kebersihan
  • Mimpi mandi bermakna akan disucikan dosanya akan disembuhkan sakitnya
  • Mimpi melihat air melimpah bermakna akan berubah kehidupannya
  • Mimpi melihat air masuk tempat yang bukan tempat semestinya bermakna akan terjadi kemaksiatan
  • Mimpi air masuk dalam bilik yang ada orang sakit dan tidak sempat meminumnya bermakna akan terjadi kematian

2.  SALJI
  • Mimpi air salji disaat diperlukan bermakna kebaikan, disucikan dosanya dan kotorannya
  • Mimpi salji turun pada musim sejuk bermakna akan terkena penyakit atau terkena ujian
  • Mimpi bermain salji bermakna harta kekayaannya disimpan didalamnya

3. AIR ZAM-ZAM
  • Mimpi minum air zam-zam bermakna akan sembuh dari penyakit atau apabila ada niat haji, maka akan segera naik haji
  • Mimpi air zam-zam juga bermakna akan mendapat kebaikan dan kebahagiaan

4. BATU
  • Mimpi terkena batu bermakna akan mendapat seksaan dan mimpi dapat mengelak dari lemparan batu bermakna akan mednapat keselamatan
  • Mimpi melihat batu Hajar Aswad bermakna akan taubat

5. HUTAN
  • Mimpi hutan bermakna akan mengalami ketakutan atau akan menjadi orang yang berjiwa penakut atau pengecut

6. SUNGAI IFRAT
  •  Mimpi melihat sungai ifrat (furat) bermakna akan mendapat kebaikan, mendapat pangkat, keluhuran dan diberkati hartanya serta anaknya

7. SUMBER AIR (MATA AIR)
  •  Mimpi melihat mata air bermakna akan mendapat rahmat dan rezekI

8. GEMPA
  •  Mimpi gempa bermakna peringatan agar berhati-hati dan selalu ingat kepada Allah

9. GELOMBANG
  •  Mimpi gelombang bermakna akan mendapat fitnah
  •  Mimpi terselamat dari gelombang bermakna akan mendapat kebaikan

10. GUNUNG
  • Mimpi mendaki gunung bermakna kebaikan, tetapi mimpi turun gunung bermakna keburukan
  • Gunung berjalan bermakna kaum yg tinggal di sekitar gunung tersebut akan menerima musibah
  • Gunung menghijau bermakna kegembiraan

11. GUA
  •  Mimpi gua bermakna akan mendapat keselamatan, rahmat dan pertolongan Allah

12. JALAN
  • Mimpi berjalan di jalan lurus dan terang bermakna akan berjalan di jalan yang benar dan tergolong makhluk yang diredhai Allah serta kehidupan akan penuh dengan kebaikan dan keimanan
  • Berjalan di jalan berliku-liku bermakna peringatan agar segera bertaubat
  • Berjalan di jalan yang tidak diketahui bermakna dalam kehidupan anda tersesat

13. JAMBATAN
  • Mimpi jambatan yang lurus, cantik dan kuat bermakna akan beruntung di dunia dan akhirat
  • Jambatan yang kotor, berliku-liku atau rosak, maka banyaklah membaca istighfar serta selalu mengharap rahmat Allah

14. JURANG
  • Turun ke dalam jurang yang penuh dengan buah-buahan, air dan kebun bermakna akan mendapat rezeki yang banyak
  • Turun ke dalam jurang tandus dan tidak ada pokok berbuah bermakna akan datang ke Mekah
  • Turun ke dalam jurang penuh duri bermakna peringatan agar segera bertaubat

15.  KEBUN YANG DIPAGAR
  • Melihat kebun dipagar bermakna akan mendapat kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan
  • Duduk di dalam kebun berpagar bermakna menjadi orang soleh
  • Kebun rosak bermakna akan terjadi kerosakan dan kerugian

16. LADANG
  • Mimpi ladang yang siap dipagar bermakna akan melahirkan anak.
  • Mimpi memajukan dan mengusahakan ladang tetapi tidak berhasil bermakna akan membujang.
  • Mimpi tanaman ladang menghijau bermakna akan beramal soleh.
  • Mimpi ladang dalam keadaaan baik dan luas bermakna akan mendapat kesihatan, kedudukan dan umur yang panjang.
  • Mimpi ladang terbakar bermakna tidak baik.

17. PASAR
  • Mimpi anda di dalam pasar sedang mendapat keuntungan bermakna mendapat keuntungan dalam hidup tetapi jika dalam pasar anda mendapat kerugian , maka bermakna anda akan rugi.

18. PASIR (Debu Pasir)
  • Mimpi melihat pasir yabng lembut suci bermakna memperolehi kebaikan dalam segala hal.

19. PASIR (Batu Kecil)
  • Mimpi mengumpulkan batu-batu kecil bermakna anda akan mengumpulkan rezeki.
  • Mimpi membaling batu kecil bermakna akan naik haji.
  •  Mimpi wanita membaling batu bermakna wanita tersebut tukang memfitnah.
  • Mimpi dibaling batu kecil dari masjid bermakna anda akan mendapat ilmu atau memperolehi pangkat.
  • Mimpi berjalan atas batu kecil bermakna akan terjadi fitnah atau kemudaratan.
  • Mimpi bertasbih dengan batu kecil akan mati syahid.

20. TANAH
  • Mimpi tanah yang menghijau dan banyak buah bermakna isteri anda yang solehah dan ramai anak.
  • Mimpi tanah yang gersang bermakna isteri anda isteri yang jelik.  Oleh itu anda wajib membetulkannya sehingga menjadi baik.

21. TANAH TINGGI
  • Mimpi melihat atau berdiam di atas tanah tinggi bermakna akan mendapat kebaikan, kemasyhuran, kemuliaan dari allah.

22. TANAH LIAT
  • Mimpi tanah liat yang belum diubahsuai bermakna akan mendapat keturunan yang baik

23. TANAH LUMPUR
  • Mimpi terkena tanah lumpur kemudian mandi bermakna akan bertaubat.
  • Mimpi ditangan anda ada tanah lumpur kering bermakna akan berkahwin dengan isteri yang solehah.
  • Mimpi wajahnya atau kakinya penuh dengan tanah lumpur bermakna kesesatan atau kemaksiatan.
  • Mimpi terlepas dari kolam tanah lumpur bermakna anda akan terselamat dan memperolehi rahmat dari allah.

24.  TELUK
  • Mimpi teluk bermakna akan berpergian.
  • Mimpi teluk yang dikelilingi laut bermakna akan mendapat ilmu.
  • Mimpi tenggelam dalam teluk bermakna akan difitnah.

25. TEBING
  • Mimpi berada di tebing bermakna akan merasa aman dan akan tercapai cita-citanya.
  • Mimpi berada di tebing yang teramat sejuk bermakna akan menghadapi ujian.

26. TEMPAT BERTEDUH
  • Mimpi melihat tempat berteduh bermakna akan dipimpin pemimpin yang adil.
  • Mimpi tempat berteduh juga bermakna kegembiraan atau akan turun rahmat.

27. TELAGA
  • Mimpi telaga bermakna akan mendapat kenikmatan dan keredhaan allah.
  • Mimpi telaga juga bermakna akan ditolong allah dari gangguan musuh.




Thursday, July 3, 2014

MIMPI TUMBUH-TUMBUHAN, BUAH-BUAHAN DAN BIJI-BIJIAN

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1. EPAL
  • Mimpi memeras buah epal bermakna anda akan mendapat kekuatan dan kesenangan hidup
  • Mimpi pokok epal bermakna anda akan menjadi lelaki soleh yang gagah dan mempunyai pangkat
  • Mimpi mempunyai buah epal bermakna akan mendapat pangkat
  • Mimpi melihat pokok epal berbuah setahun lagi bermakna akan mendapat rezeki setahun yang akan datang

2. ANGGUR
  • Mimpi menanam pokok anggur bermakna usaha tentang kebaikan
  • Mimpi buah anggur bermakna akan mendapat kebaikan
  • Mimpi memetik buah anggur bermakna akan mendapat keselamatan dan kebaikan

3. ANGGUR KERING
  •  Mimpi mempunyai anggur kering (kismis) bermakna mempunyai rezeki yang tersimpan
  • Mimpi kismis dengan berbagai jenisnya bermakna kesihatan badan, keberkatan rezeki dan anak

4. AKAR
  • Mimpi melihat akar pokok dalam keadaan baik bermakna iman anda kukuh dan akan selalu beramal soleh
  •  Mimpi memotong akar atau membakar bermakna akar bermakna kerugian

5. BAWANG PUTIH
  • Mimpi bawang putih menandakan peringatan agar anda jangan sekali-kali makan barang yang haram

 6. BERAS
  • Mimpi beras atau makan nasi bermakna akan mendapat rezeki, akan sembuh dan mendapat kesenangan
  • Mimpi makan padi bermakna bencana

7. BENIH
  • Mimpi benih dalam keadaan baik bermakna akan mendapat anak lelaki yang soleh

8. BUAH-BUAHAN
  • Mimpi melihat atau makan buah-buahan yang segar bermakna akan mendapat rezeki dan keredhaan Allah\
  • Mimpi makan buah-buahan yang busuk atau belum masak menunjukkan perbuatan manusia itu tidak mendapat pahala

9. BUNGA
  •  Mimpi bunga yang masih segar bermakna kegembiraan, tetapi mimpi bunga yang layu bermakna kesedihan

10. BUNGA MAWAR (ROS)
  • Mimpi memetik bunga ros yang cantik bermakna akan kahwin wanita yang cantik
  • Mimpi melihat seseorang mencabut bunga ros bermakna orang tersebut mempunyai niat jahat
  • Melihat bunga ros berwarna kuning bermakna akan musnah dunianya, akan sakit isterinya
  • Melihat daun bunga ros terpotong-potong atau jatuh berguguran bermakna akan mengalami kesedihan atau kerugian

11. DAUN BAWANG
  • Mimpi daun bawang yang menghijau bermakna pekerjaan anda akan menghasilkan penyesalan
  • Mimpi makan daun bawang yang direbus bermakna akan berpegang teguh kepada sunnah Nabi
  • Mimpi melihat seseorang makan daun bawang tanpa direbus bermakna orang tersebut selalu merendahkan ulamak, hakim.
  • Mimpi mendapat hadiah daun bawang bermakna anda akan hutang sepanjang masa

 12. DELIMA
  • Mimpi buah delima yang baik bermakna wanita anda akan hamil
  • Mimpi makan buah delima belum masak bermakna akan gelisah hidupnya
  • Mimpi berteduh dibawah pokok delima bermakna akan mendapat kehidupan yang senang
  • Mimpi menjual buah delima bermakna kerugian

 13. GANDUM
  •  Mimpi gandum bermakna akan mendapat harta kekayaan tetapi kekayaan tersebut tidak banyak memberi faedah

14. KELAPA
  • Mimpi makan buah kelapa bermakna akan belajar ilmu falak
  • Mimpi minum air kelapa bermakna akan sembuh dari ragu-ragu serta mendapat ilmu yang bermanfaat

15. KEBUN
  • Mimpi mayat dalam syurga bermakna akan masuk syurga
  • Mimpi berdiam diri di tengah-tengah kebun bermakna akan mendapat rezeki
  • Mimpi dirinya dan saudaranya ada di tengah-tengah kebun bermakna mereka semua adalah golongan yang benar dan selamat
  • Orang bujang mimpi dalam kebun bermakna akan segera mendapat jodoh yang memberikan kebahagiaan

16. LADANG
  • Mimpi membersihkan ladang bermakna akan membujang
  • Mimpi tanaman ladang menghijau bermakna akan beramal soleh
  • Mimpi ladang dalam keadaan baik bermakna akan berada dalam keadaan sihat dan panjang umur
  • Mimpi ladang terbakar bermakna keburukan

 17. LIMAU
  • Mimpi limau berwarna hijau bermakna kebaikan
  • Mimpi limau berwarna kuning bermakna sakit
  • Mimpi memeras limau bermakna akan mendapat rezeki tetapi dengan jalan susah
  • Mimpi menjual buah limau bermakna usaha anda akan memberi kesenangan kepada orang lain

18. PELEPAH
  • Mimpi pelepah kurma atau kelapa bermakna kebaikan dan akan mendapat rezeki

19. POKOK
  • Mimpi melihat pokok dalam keadaan baik bermakna rezeki, ilmu dan kalimat tayyibah

20. PISANG
  • Mimpi buah pisang bermakna kebaikan

21. TAMAR
  • Mimpi tamar bermakna kebaikan, rahmat dan keberkatan
  • Wanita hamil mimpi tamar akan mendapat anak yang soleh
  • Mimpi mengambil tamar dari pintu raja bermakna mendapat kejayaanyang melimpah ruah

22. TANGKAI
  • Mimpi memetik tangkai tua bermakna akan sejahtera dan banyak menerima kebaikan
  • Mimpi tangkai hijau bermakna kebaikan
  • Mimpi tangkai kering mati bermakna kekafiran dan bencana ermakna akan memperolehi rezeki

23. TEMBIKAI
  • Bagi orang yang bertakwa mimpi tembikai bermakna akan mendapat pujian dan anugerah dari Allah
  • Mimpi menjatuhkan tembikai dengan sengaja bermakna akan rugi atau bercerai

24. TERUNG
  • Mimpi terung bermakna akan mendapat rezeki tetapi tidak berkekalan
  • Mimpi makan terung bermakna akan tenat dan gelisah

25. TEBU
  • Mimpi tebu bermakna manisnya kehidupan dan akan mendapat rezeki yang banyak

26. ZAITUN
  • Mimpi makan buah zaitun bermakna anda akan naik haji
  • Mimpi zaitun pahit bermakna kehidupan yang susah   
  •  
27. LOBAK
  •  Mimpi mendapat lobak bermakna akan memperolehi rezeki
  • Mimpi makan lobak bermakna akan menyesal hidupnya


Friday, November 1, 2013

MIMPI BENDA-BENDA LANGIT

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1. ANGKASA
  • Mimpi dalam angkasa bermakna akan meninggal dunia dengan segera
  • Mimpi turun dari angkasa bermakna akan selamat dari kematian dengan cara luar biasa

2. ANGIN
  • Angin kadangkala membawa rahmat, kadangkala membawa bencana.
  • Mimpi terkena angin bersama-sama orang yang soleh bermakna akan memperolehi rahmat
  • Mimpi terkena angin bersama-sama orang yang fasiq dan ingkar bermakna akan mendapat seksa

3.  ANGIN PUTING BELIUNG
  • Mimpi melihat atau terkena angin puting beliung bermakna akan mendapat fitnah atau bencana terhadap mereka yang telah melakukan kezaliman

4. ANGIN BENCANA (TAUFAN)
  • Mimpi angin taufan menimpa kepada suatu kaum atau negeri, bermakna kaum tersebut atau negeri tersebut akan terkena bencana,
  • Mimpi dapat menyelamatkan dari bahaya angin taufan bermakna anda akan terhindar dari bencana

5.AWAN TEBAL (MENDUNG)
  • Mimpi melihat awan tebal (mendung yang akan menurunkan hujan), bermakna akan mendapat rahmat dan rezeki
  • Mimpi melihat awan tebal yang bergumpal-gumpal dan berwarna hitam bermakna akan merasa ragu, tidak selamat jiwanya atau akan mendapat bencana
  • Mimpi melihat mendung tebal yang memayung kepala seseorang bermakna orang tersebut akan mendapat hikmah, kekuasaan serta akan menjadi orang soleh

6. AWAN TIPIS
  • Mimpi awan tipis di atas orang-orang Islam bermakna khabar gembira dan akan diselamatkan dari kejahatan orang kafir
  • Mimpi awan tipis di atas orang sakit bermakna akan mati

7. BULAN
  • Mimpi bulan di waktu malam bermakna akan memperolehi kesenangan berupa anak yang soleh dan kebaikan
  • Mimpi bulan tanpa sinar bermakna pemimpin akan mati
  • Mimpi bulan di rumah anda bermakna anda akan didatangi pemimpin atau akan memperolehi rezeki
  • Mimpi bulan jatuh dari langit bermakna anak yang soleh akan mati

8. BULAN SABIT
  • Mimpi bulan sabit yang normal bermakna akan mendapat kesenangan, keamanan dan akan dapat naik haji
  • Mimpi bulan sabit yang berkurang (separuh)  bermakna akan mengalami kesulitan hidup
  • Mimpi bulan sabit gugur bermakna penguasa (raja,presiden) akan mati

9. BINTANG
  • Mimpi melihat bintang bersinar bermakna kehidupan dunia akan baik

10. CAHAYA
  • Mimpi melihat cahaya yang terang bermakna akan mendapat petunjuk, kekuatan, kesempurnaan dan segala kebaikan

11. HUJAN
  • Orang-orang yang soleh apabila mimpi hujan bermakna akan memperolehi rahmat
  • Tapi orang-orang yang zalim mimpi hujan bermakna akan mengalami kehancuran

12. FATAMORGANA (BIASAN WAKTU PANAS TERIK)
  •  Mimpi melihat fatamorgana bermakna perjalanan anda tiada halangan tetapi tiada kemajuan

13. FAJAR
  • Melihat fajar bermakna cita-cita anda akan tercapai atau anda akan melakukan perbuatan yang memberi kesenangan dan kebaikan kepada diri

14. PETIR
  • Barangsiapa mimpi petir bermakna peringatan dari Allah, oleh itu segeralah bertaubat

15. MATAHARI
  • Matahari tenggelam bermakna tanda kurang baik dan harus berhati-hati
  • Matahari terbit dan terang bermakna akan mendapat petunjuk
  • Matahari tidak kelihatan tetapi siang hari dan terang bermakna anda akan mendapat balasan yang baik

16. MALAM HARI
  • Mimpi melihat malam hari, ia suatu tanda peringatan agar cepat-cepat bertaubat dan kembali kepada Allah


Sunday, November 4, 2012

MIMPI UMUM - (PART II)

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1. PUKULAN
  •  Mimpi kena pukul bermakna keburukan
  •  Memukul kompang bermakna tersebar kebenaran
  •  Mereka yang terkena musibah kemudian mimpi memukul kompang bermakna akan mendapat rahmat

2. MEMBALUT
  • Mimpi orang membalut luka bermakna orang tersebut akan mendapat kebaikan
  • Mimpi membalut juga bermakna akan mendapat keadilan setelah bersusah payah berjuang

3. HAIWAN BUAS YANG KOTOR
  •  Melihat haiwan buas yang kotor dan suka makan benda kotor bermakna musuh akan datang dan terus melakukan tipu muslihat
  • Mimpi melihat haiwan kotor sedangkan anda sedang bergaduh atau bermusuhan dengan wanita bermakna wanita itu akan melakukan sihir kepada anda

4. BERDIAM DIRI
  •  Melihat seseorang yang diam tidak bercakap bermakna mereka adalah orang yang soleh dan takwa

5. TANAH TANDUS 
  • Bermakna akan mendapat kefakiran , akan menerima kehinaan serta akan dijajah oleh manusia

6. LADA
  • Mimpi melihat lada sedikit bermakna kebaikan
  • Melihat lada yang banyak bermakna kurang baik

7. AUDITORIUM
  • Bermakna kebaikan, keselamnatn dan keselesaan

8. MELOMPAT-LOMPAT
  • Mimpi melompat-lompat ketika bersukan bermakna akan sihat, bahagia dan segar
  • Jika melompat-lompat tidak berkaitan dengan sukan, ia bermakna akan menghadapi ujian Allah

9. KEHORMATAN
  •  Mendapat kehormatan bermakna akan mendapat kegembiraan dan rezeki
  • Apabila ingin berkahwin, bermakna akan mendapat isteri yang cantik dan solehah
  • Juga bermakna akan panjang umur

10. ALAT BEKAM
  • Mereka yang sakit bermimpi alat bekam bermakna akan segera sihat
  • Melihat alat bekam bermakna keselesaa, kesihatan dan kegembiraan
  • Mereka yang bujang akan mendapat jodoh
  •  Juga bermakna akan mendapat rezeki yang baik

11. MEMINTAL
  • Memintal benang dengan sabar dan ikhlas sehingga lancar bermakna akan mendapat kejayaan atau petunjuk
  • Memintal benang dengan tergesa-gesa dan tidak sabar sehingga benang rosak bermakna akan berpaling dari kebenaran 

12.  LANGIT KEMERAHAN
  • Melihat langit kemerahan bermakna akan terjadi perkara menakutkan. Akan terjadi perpisahan dengan mereka yang dicintai meskipun ia akan kembali

13. TEMPAT LILIN
  • Mereka yang bujang kemudian bermimpi memasang lilin bermakna akan mendapat isteri


14. DATARAN
  • Melihat dataran bermakna kebaikan
  • Melihat dataran yang hijau dan indah bermakna akan mendapat taufiq serta terkabul segala tujuan 
  • Tinggal di dataran yang indah dan bersih bermakna akan tenang hidupnya serta mendapat pertolongan

15. LAYAR PERAHU
  •  Melihat layar perahu bermakna mendapat pertolongan, keselamatan dan kekuatan
  • Juga bermakna orang asing yang dicintai akan datang
  • Mimpi kenderaan yang menggunakan layar, bermakna mendapat kemuliaan dan tempat yang baik

16. PENYAPU
  • Bermakna akan hilang keraguan
  • Menyapu dalam rumah sedangkan dalan rumah itu ada orang sakit bermakna akan mati
  • Menyapu di jalanan bermakna mendapat kedudukan dan harta
  • Menyapu ladang bermakna akan terjadi kelaparan

17. PANGGILAN
  • Menerima panggilan solat bermakna kebaikan dan terkabul cita-citanya
  • Dipanggil namanya bermakna akan menjadi kawan
  • Dipanggil dengan panggilan yang batil bermakna akan mendapat fitnah
  • Panggilan dengan haq adalah rahmat dan akan terkabul doanya

18. MENGGOSOK BAJU
  •  Melihat seseorang menggosok pakaian bermakna orang tersebut mengamalkan perkara diharamkan

19. BUAH BADAM
  •  Makan buah badam bermakna kesembuhan, kebahagiaan dan rezeki
  • Juga bermaksud tersebar kebenaran

20. KERBAU
  • Mimpi kerbau adalah peringatan agar berhati-hati terhadap musuh