SINOPSIS
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA................
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.
Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan.
Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis di Raja malaysia, survival adalah mainan hidupnya. siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House!
Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu....
Saturday, October 24, 2015
BIARKAN SAJA
SINOPSIS
Penulis: Annur Puteri
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2009
Jumlah Halaman: 608
Harga : RM28.90
Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya.
Penulis: Annur Puteri
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2009
Jumlah Halaman: 608
Harga : RM28.90
Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya.
Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam. Siapa menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.
Thursday, July 16, 2015
Menu Berbuka Puasa
Hai semua ^.^ nak share sikit menu berbuka puasa kat sini. Ini lah dia antara menu berbuka puasa yg sempat di snap. Yang lain2 lupa nak snap
Rendang ayam + Ikan goreng + sayur + asam rebus
Tomyam + sayur taugeh + telur dadar + ikan goreng + daging goreng + air bandung
Kari daging + pajeri nenas + ikan goreng + sayur campur + murtabak + putih telur + 2 ketul hotdog
Nasi lemak-> sambal sotong + ayam masak merah + telur rebus + ikan bilis + ikan goreng + telur rebus
Tomyam + sambal udang + ayam goreng
Asam rebus ikan + sambal belacan + sayur kacang panjang + ikan goreng + daging masak merah
Sambal udang petai + telur dadar + sayur taugeh + ayam masak nasi ayam + ikan goreng + ikan stim
Patin masak tempoyak + sambal tempe + tomyam + ayam goreng + ikan goreng + sayur taugeh + buah-buahan
Asam rebus ikan + sambal teloq + ayam goreng + sambal belacan kelmarin kikiki + buah tembikan, nenas + beger mcdonald nyum2
Kari ikan + ayam goreng + ikan goreng + telur masin + sambal belacan baru + sayur kacang buncis + buah tembikai
ok itu ajer yg sempat di snap..kihkihMonday, September 15, 2014
MIMPI SUASANA, SIFAT ATAU SIKAP
# Jangan Percaya Bulat-bulat yer
1. BAKHIL
2. BERSIKAP TEGAS
3. PANGKAT YANG TINGGI
4. CINTA
5. HASAD
6. MAJLIS PENGANTIN
7. MUKA MASAM
8. SEJUK
9. SOMBONG
10. SABAR
11. RENDAH DIRI
1. BAKHIL
- Bakhil (kedekut) ialah sifat yang amat tercela dan ia adalah perbuatan yahudi mimpi seseorang yang bakhil bermakna mereka adalah orang yang tercela.
2. BERSIKAP TEGAS
- Mimpi bersikap tegas bermakna kekuatan, kedudukan, kekuasaan, mendapat pertolongan dan teguh dalam pendirian.
3. PANGKAT YANG TINGGI
- Mimpi mempunyai kedudukan yang tinggi bermakna akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
4. CINTA
- Mimpi mencintai kedua orang tua dan seluruh keluarga bermakna akan melakukan perbuatan yang baik.
- Mimpi mencintai wanita bermakna akan melakukan perbuatan yang jelik.
5. HASAD
- Mimpi melihat seseorang yang berlaku hasad bermakna orang tersebut jahat dan menyesatkan. Sedangkan orang yang dihasut akan mendapat nikmat. Oleh itu sekiranya mimpi orang yang bersikap hasad makan cepat-cepatlah berlindung kepada allah dari kejahatan orabng yang berlaku hasad.
6. MAJLIS PENGANTIN
- Mimpi majlis yang penuh dengan aktiviti maksiat bermakna akan terjadi keburukan.
- Mimpi mengikuti majis pengantin yang sesuai dengan dasar-dasar islam maka ia bermakna kebaikan
7. MUKA MASAM
- Mimpi melihat orang yang bermuka masa bermakna kesesatan dan tipu daya serta orang tersebut adalah orang yang fasik.
8. SEJUK
- Mimpi rasa sejuk yang turun dari langit bermakna rahmat turun.
- Berjalan dengan rasa sejuk bermakna kefakiran kerana kesejukan dari langit menyucikan bumi dari dosa-dosa hamba.
9. SOMBONG
- Mimpi seseorang yang bersifat sombong bermakna penyakit dan kehinaan.
- Siapa yang bersifat sombong maka allah akan menghinanya.
10. SABAR
- Mimpi bersikap sabar bermakna akan mendapat husnul katimah setelah berumur panjang atau penuh dengan kebaikan dan amal soleh.
11. RENDAH DIRI
- Mimpi rendah diri bermakna akan dicintai allah.
- Mimpi rendah diri juga bermakna akan diangkat darjatnya dan mengalahkan orang yang sombong dan jahat.
MIMPI BENDA-BENDA DI ATAS BUMI
# Jangan Percaya Bulat-bulat yer
1. AIR
2. SALJI
3. AIR ZAM-ZAM
4. BATU
5. HUTAN
6. SUNGAI IFRAT
7. SUMBER AIR (MATA AIR)
8. GEMPA
9. GELOMBANG
10. GUNUNG
11. GUA
12. JALAN
13. JAMBATAN
14. JURANG
15. KEBUN YANG DIPAGAR
16. LADANG
17. PASAR
18. PASIR (Debu Pasir)
19. PASIR (Batu Kecil)
20. TANAH
21. TANAH TINGGI
22. TANAH LIAT
23. TANAH LUMPUR
24. TELUK
25. TEBING
26. TEMPAT BERTEDUH
27. TELAGA
1. AIR
- Air bermakna ilmu, kesucian dan kebersihan
- Mimpi mandi bermakna akan disucikan dosanya akan disembuhkan sakitnya
- Mimpi melihat air melimpah bermakna akan berubah kehidupannya
- Mimpi melihat air masuk tempat yang bukan tempat semestinya bermakna akan terjadi kemaksiatan
- Mimpi air masuk dalam bilik yang ada orang sakit dan tidak sempat meminumnya bermakna akan terjadi kematian
2. SALJI
- Mimpi air salji disaat diperlukan bermakna kebaikan, disucikan dosanya dan kotorannya
- Mimpi salji turun pada musim sejuk bermakna akan terkena penyakit atau terkena ujian
- Mimpi bermain salji bermakna harta kekayaannya disimpan didalamnya
3. AIR ZAM-ZAM
- Mimpi minum air zam-zam bermakna akan sembuh dari penyakit atau apabila ada niat haji, maka akan segera naik haji
- Mimpi air zam-zam juga bermakna akan mendapat kebaikan dan kebahagiaan
4. BATU
- Mimpi terkena batu bermakna akan mendapat seksaan dan mimpi dapat mengelak dari lemparan batu bermakna akan mednapat keselamatan
- Mimpi melihat batu Hajar Aswad bermakna akan taubat
5. HUTAN
- Mimpi hutan bermakna akan mengalami ketakutan atau akan menjadi orang yang berjiwa penakut atau pengecut
6. SUNGAI IFRAT
- Mimpi melihat sungai ifrat (furat) bermakna akan mendapat kebaikan, mendapat pangkat, keluhuran dan diberkati hartanya serta anaknya
7. SUMBER AIR (MATA AIR)
- Mimpi melihat mata air bermakna akan mendapat rahmat dan rezekI
8. GEMPA
- Mimpi gempa bermakna peringatan agar berhati-hati dan selalu ingat kepada Allah
9. GELOMBANG
- Mimpi gelombang bermakna akan mendapat fitnah
- Mimpi terselamat dari gelombang bermakna akan mendapat kebaikan
10. GUNUNG
- Mimpi mendaki gunung bermakna kebaikan, tetapi mimpi turun gunung bermakna keburukan
- Gunung berjalan bermakna kaum yg tinggal di sekitar gunung tersebut akan menerima musibah
- Gunung menghijau bermakna kegembiraan
11. GUA
- Mimpi gua bermakna akan mendapat keselamatan, rahmat dan pertolongan Allah
12. JALAN
- Mimpi berjalan di jalan lurus dan terang bermakna akan berjalan di jalan yang benar dan tergolong makhluk yang diredhai Allah serta kehidupan akan penuh dengan kebaikan dan keimanan
- Berjalan di jalan berliku-liku bermakna peringatan agar segera bertaubat
- Berjalan di jalan yang tidak diketahui bermakna dalam kehidupan anda tersesat
13. JAMBATAN
- Mimpi jambatan yang lurus, cantik dan kuat bermakna akan beruntung di dunia dan akhirat
- Jambatan yang kotor, berliku-liku atau rosak, maka banyaklah membaca istighfar serta selalu mengharap rahmat Allah
14. JURANG
- Turun ke dalam jurang yang penuh dengan buah-buahan, air dan kebun bermakna akan mendapat rezeki yang banyak
- Turun ke dalam jurang tandus dan tidak ada pokok berbuah bermakna akan datang ke Mekah
- Turun ke dalam jurang penuh duri bermakna peringatan agar segera bertaubat
15. KEBUN YANG DIPAGAR
- Melihat kebun dipagar bermakna akan mendapat kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan
- Duduk di dalam kebun berpagar bermakna menjadi orang soleh
- Kebun rosak bermakna akan terjadi kerosakan dan kerugian
16. LADANG
- Mimpi ladang yang siap dipagar bermakna akan melahirkan anak.
- Mimpi memajukan dan mengusahakan ladang tetapi tidak berhasil bermakna akan membujang.
- Mimpi tanaman ladang menghijau bermakna akan beramal soleh.
- Mimpi ladang dalam keadaaan baik dan luas bermakna akan mendapat kesihatan, kedudukan dan umur yang panjang.
- Mimpi ladang terbakar bermakna tidak baik.
17. PASAR
- Mimpi anda di dalam pasar sedang mendapat keuntungan bermakna mendapat keuntungan dalam hidup tetapi jika dalam pasar anda mendapat kerugian , maka bermakna anda akan rugi.
18. PASIR (Debu Pasir)
- Mimpi melihat pasir yabng lembut suci bermakna memperolehi kebaikan dalam segala hal.
19. PASIR (Batu Kecil)
- Mimpi mengumpulkan batu-batu kecil bermakna anda akan mengumpulkan rezeki.
- Mimpi membaling batu kecil bermakna akan naik haji.
- Mimpi wanita membaling batu bermakna wanita tersebut tukang memfitnah.
- Mimpi dibaling batu kecil dari masjid bermakna anda akan mendapat ilmu atau memperolehi pangkat.
- Mimpi berjalan atas batu kecil bermakna akan terjadi fitnah atau kemudaratan.
- Mimpi bertasbih dengan batu kecil akan mati syahid.
20. TANAH
- Mimpi tanah yang menghijau dan banyak buah bermakna isteri anda yang solehah dan ramai anak.
- Mimpi tanah yang gersang bermakna isteri anda isteri yang jelik. Oleh itu anda wajib membetulkannya sehingga menjadi baik.
21. TANAH TINGGI
- Mimpi melihat atau berdiam di atas tanah tinggi bermakna akan mendapat kebaikan, kemasyhuran, kemuliaan dari allah.
22. TANAH LIAT
- Mimpi tanah liat yang belum diubahsuai bermakna akan mendapat keturunan yang baik
23. TANAH LUMPUR
- Mimpi terkena tanah lumpur kemudian mandi bermakna akan bertaubat.
- Mimpi ditangan anda ada tanah lumpur kering bermakna akan berkahwin dengan isteri yang solehah.
- Mimpi wajahnya atau kakinya penuh dengan tanah lumpur bermakna kesesatan atau kemaksiatan.
- Mimpi terlepas dari kolam tanah lumpur bermakna anda akan terselamat dan memperolehi rahmat dari allah.
24. TELUK
- Mimpi teluk bermakna akan berpergian.
- Mimpi teluk yang dikelilingi laut bermakna akan mendapat ilmu.
- Mimpi tenggelam dalam teluk bermakna akan difitnah.
25. TEBING
- Mimpi berada di tebing bermakna akan merasa aman dan akan tercapai cita-citanya.
- Mimpi berada di tebing yang teramat sejuk bermakna akan menghadapi ujian.
26. TEMPAT BERTEDUH
- Mimpi melihat tempat berteduh bermakna akan dipimpin pemimpin yang adil.
- Mimpi tempat berteduh juga bermakna kegembiraan atau akan turun rahmat.
27. TELAGA
- Mimpi telaga bermakna akan mendapat kenikmatan dan keredhaan allah.
- Mimpi telaga juga bermakna akan ditolong allah dari gangguan musuh.
Thursday, July 3, 2014
MIMPI TUMBUH-TUMBUHAN, BUAH-BUAHAN DAN BIJI-BIJIAN
# Jangan Percaya Bulat-bulat yer
1. EPAL
2. ANGGUR
3. ANGGUR KERING
4. AKAR
5. BAWANG PUTIH
6. BERAS
7. BENIH
8. BUAH-BUAHAN
9. BUNGA
10. BUNGA MAWAR (ROS)
11. DAUN BAWANG
12. DELIMA
13. GANDUM
14. KELAPA
15. KEBUN
16. LADANG
17. LIMAU
18. PELEPAH
19. POKOK
20. PISANG
21. TAMAR
22. TANGKAI
23. TEMBIKAI
24. TERUNG
25. TEBU
26. ZAITUN
1. EPAL
- Mimpi memeras buah epal bermakna anda akan mendapat kekuatan dan kesenangan hidup
- Mimpi pokok epal bermakna anda akan menjadi lelaki soleh yang gagah dan mempunyai pangkat
- Mimpi mempunyai buah epal bermakna akan mendapat pangkat
- Mimpi melihat pokok epal berbuah setahun lagi bermakna akan mendapat rezeki setahun yang akan datang
2. ANGGUR
- Mimpi menanam pokok anggur bermakna usaha tentang kebaikan
- Mimpi buah anggur bermakna akan mendapat kebaikan
- Mimpi memetik buah anggur bermakna akan mendapat keselamatan dan kebaikan
3. ANGGUR KERING
- Mimpi mempunyai anggur kering (kismis) bermakna mempunyai rezeki yang tersimpan
- Mimpi kismis dengan berbagai jenisnya bermakna kesihatan badan, keberkatan rezeki dan anak
4. AKAR
- Mimpi melihat akar pokok dalam keadaan baik bermakna iman anda kukuh dan akan selalu beramal soleh
- Mimpi memotong akar atau membakar bermakna akar bermakna kerugian
5. BAWANG PUTIH
- Mimpi bawang putih menandakan peringatan agar anda jangan sekali-kali makan barang yang haram
6. BERAS
- Mimpi beras atau makan nasi bermakna akan mendapat rezeki, akan sembuh dan mendapat kesenangan
- Mimpi makan padi bermakna bencana
7. BENIH
- Mimpi benih dalam keadaan baik bermakna akan mendapat anak lelaki yang soleh
8. BUAH-BUAHAN
- Mimpi melihat atau makan buah-buahan yang segar bermakna akan mendapat rezeki dan keredhaan Allah\
- Mimpi makan buah-buahan yang busuk atau belum masak menunjukkan perbuatan manusia itu tidak mendapat pahala
9. BUNGA
- Mimpi bunga yang masih segar bermakna kegembiraan, tetapi mimpi bunga yang layu bermakna kesedihan
10. BUNGA MAWAR (ROS)
- Mimpi memetik bunga ros yang cantik bermakna akan kahwin wanita yang cantik
- Mimpi melihat seseorang mencabut bunga ros bermakna orang tersebut mempunyai niat jahat
- Melihat bunga ros berwarna kuning bermakna akan musnah dunianya, akan sakit isterinya
- Melihat daun bunga ros terpotong-potong atau jatuh berguguran bermakna akan mengalami kesedihan atau kerugian
11. DAUN BAWANG
- Mimpi daun bawang yang menghijau bermakna pekerjaan anda akan menghasilkan penyesalan
- Mimpi makan daun bawang yang direbus bermakna akan berpegang teguh kepada sunnah Nabi
- Mimpi melihat seseorang makan daun bawang tanpa direbus bermakna orang tersebut selalu merendahkan ulamak, hakim.
- Mimpi mendapat hadiah daun bawang bermakna anda akan hutang sepanjang masa
12. DELIMA
- Mimpi buah delima yang baik bermakna wanita anda akan hamil
- Mimpi makan buah delima belum masak bermakna akan gelisah hidupnya
- Mimpi berteduh dibawah pokok delima bermakna akan mendapat kehidupan yang senang
- Mimpi menjual buah delima bermakna kerugian
13. GANDUM
- Mimpi gandum bermakna akan mendapat harta kekayaan tetapi kekayaan tersebut tidak banyak memberi faedah
14. KELAPA
- Mimpi makan buah kelapa bermakna akan belajar ilmu falak
- Mimpi minum air kelapa bermakna akan sembuh dari ragu-ragu serta mendapat ilmu yang bermanfaat
15. KEBUN
- Mimpi mayat dalam syurga bermakna akan masuk syurga
- Mimpi berdiam diri di tengah-tengah kebun bermakna akan mendapat rezeki
- Mimpi dirinya dan saudaranya ada di tengah-tengah kebun bermakna mereka semua adalah golongan yang benar dan selamat
- Orang bujang mimpi dalam kebun bermakna akan segera mendapat jodoh yang memberikan kebahagiaan
16. LADANG
- Mimpi membersihkan ladang bermakna akan membujang
- Mimpi tanaman ladang menghijau bermakna akan beramal soleh
- Mimpi ladang dalam keadaan baik bermakna akan berada dalam keadaan sihat dan panjang umur
- Mimpi ladang terbakar bermakna keburukan
17. LIMAU
- Mimpi limau berwarna hijau bermakna kebaikan
- Mimpi limau berwarna kuning bermakna sakit
- Mimpi memeras limau bermakna akan mendapat rezeki tetapi dengan jalan susah
- Mimpi menjual buah limau bermakna usaha anda akan memberi kesenangan kepada orang lain
18. PELEPAH
- Mimpi pelepah kurma atau kelapa bermakna kebaikan dan akan mendapat rezeki
19. POKOK
- Mimpi melihat pokok dalam keadaan baik bermakna rezeki, ilmu dan kalimat tayyibah
20. PISANG
- Mimpi buah pisang bermakna kebaikan
21. TAMAR
- Mimpi tamar bermakna kebaikan, rahmat dan keberkatan
- Wanita hamil mimpi tamar akan mendapat anak yang soleh
- Mimpi mengambil tamar dari pintu raja bermakna mendapat kejayaanyang melimpah ruah
22. TANGKAI
- Mimpi memetik tangkai tua bermakna akan sejahtera dan banyak menerima kebaikan
- Mimpi tangkai hijau bermakna kebaikan
- Mimpi tangkai kering mati bermakna kekafiran dan bencana ermakna akan memperolehi rezeki
23. TEMBIKAI
- Bagi orang yang bertakwa mimpi tembikai bermakna akan mendapat pujian dan anugerah dari Allah
- Mimpi menjatuhkan tembikai dengan sengaja bermakna akan rugi atau bercerai
24. TERUNG
- Mimpi terung bermakna akan mendapat rezeki tetapi tidak berkekalan
- Mimpi makan terung bermakna akan tenat dan gelisah
25. TEBU
- Mimpi tebu bermakna manisnya kehidupan dan akan mendapat rezeki yang banyak
26. ZAITUN
- Mimpi makan buah zaitun bermakna anda akan naik haji
- Mimpi zaitun pahit bermakna kehidupan yang susah
- Mimpi mendapat lobak bermakna akan memperolehi rezeki
- Mimpi makan lobak bermakna akan menyesal hidupnya
Friday, November 1, 2013
MIMPI BENDA-BENDA LANGIT
# Jangan Percaya Bulat-bulat yer
1. ANGKASA
2. ANGIN
3. ANGIN PUTING BELIUNG
4. ANGIN BENCANA (TAUFAN)
5.AWAN TEBAL (MENDUNG)
6. AWAN TIPIS
7. BULAN
8. BULAN SABIT
9. BINTANG
10. CAHAYA
11. HUJAN
12. FATAMORGANA (BIASAN WAKTU PANAS TERIK)
13. FAJAR
14. PETIR
15. MATAHARI
16. MALAM HARI
1. ANGKASA
- Mimpi dalam angkasa bermakna akan meninggal dunia dengan segera
- Mimpi turun dari angkasa bermakna akan selamat dari kematian dengan cara luar biasa
2. ANGIN
- Angin kadangkala membawa rahmat, kadangkala membawa bencana.
- Mimpi terkena angin bersama-sama orang yang soleh bermakna akan memperolehi rahmat
- Mimpi terkena angin bersama-sama orang yang fasiq dan ingkar bermakna akan mendapat seksa
3. ANGIN PUTING BELIUNG
- Mimpi melihat atau terkena angin puting beliung bermakna akan mendapat fitnah atau bencana terhadap mereka yang telah melakukan kezaliman
4. ANGIN BENCANA (TAUFAN)
- Mimpi angin taufan menimpa kepada suatu kaum atau negeri, bermakna kaum tersebut atau negeri tersebut akan terkena bencana,
- Mimpi dapat menyelamatkan dari bahaya angin taufan bermakna anda akan terhindar dari bencana
5.AWAN TEBAL (MENDUNG)
- Mimpi melihat awan tebal (mendung yang akan menurunkan hujan), bermakna akan mendapat rahmat dan rezeki
- Mimpi melihat awan tebal yang bergumpal-gumpal dan berwarna hitam bermakna akan merasa ragu, tidak selamat jiwanya atau akan mendapat bencana
- Mimpi melihat mendung tebal yang memayung kepala seseorang bermakna orang tersebut akan mendapat hikmah, kekuasaan serta akan menjadi orang soleh
6. AWAN TIPIS
- Mimpi awan tipis di atas orang-orang Islam bermakna khabar gembira dan akan diselamatkan dari kejahatan orang kafir
- Mimpi awan tipis di atas orang sakit bermakna akan mati
7. BULAN
- Mimpi bulan di waktu malam bermakna akan memperolehi kesenangan berupa anak yang soleh dan kebaikan
- Mimpi bulan tanpa sinar bermakna pemimpin akan mati
- Mimpi bulan di rumah anda bermakna anda akan didatangi pemimpin atau akan memperolehi rezeki
- Mimpi bulan jatuh dari langit bermakna anak yang soleh akan mati
8. BULAN SABIT
- Mimpi bulan sabit yang normal bermakna akan mendapat kesenangan, keamanan dan akan dapat naik haji
- Mimpi bulan sabit yang berkurang (separuh) bermakna akan mengalami kesulitan hidup
- Mimpi bulan sabit gugur bermakna penguasa (raja,presiden) akan mati
9. BINTANG
- Mimpi melihat bintang bersinar bermakna kehidupan dunia akan baik
10. CAHAYA
- Mimpi melihat cahaya yang terang bermakna akan mendapat petunjuk, kekuatan, kesempurnaan dan segala kebaikan
11. HUJAN
- Orang-orang yang soleh apabila mimpi hujan bermakna akan memperolehi rahmat
- Tapi orang-orang yang zalim mimpi hujan bermakna akan mengalami kehancuran
12. FATAMORGANA (BIASAN WAKTU PANAS TERIK)
- Mimpi melihat fatamorgana bermakna perjalanan anda tiada halangan tetapi tiada kemajuan
13. FAJAR
- Melihat fajar bermakna cita-cita anda akan tercapai atau anda akan melakukan perbuatan yang memberi kesenangan dan kebaikan kepada diri
14. PETIR
- Barangsiapa mimpi petir bermakna peringatan dari Allah, oleh itu segeralah bertaubat
15. MATAHARI
- Matahari tenggelam bermakna tanda kurang baik dan harus berhati-hati
- Matahari terbit dan terang bermakna akan mendapat petunjuk
- Matahari tidak kelihatan tetapi siang hari dan terang bermakna anda akan mendapat balasan yang baik
16. MALAM HARI
- Mimpi melihat malam hari, ia suatu tanda peringatan agar cepat-cepat bertaubat dan kembali kepada Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)