Tuesday, October 27, 2015

DEMI KASIH.........DEMI SAYANG

SINOPSIS


Penulis: Liza Mior Rashdi
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama: 2004

Jumlah Halaman: 411
Harga : RM20.90


Aku tidak ingin menangis kesal, meratap kesilapan yang bukan aku sengajakan.  Perempuan yang menjadi jalang ini juga tidak rela menjadi sundal jantan-jantan mata keranjang.  Aku juga tidak ingin bercerita mengapa begini kesudahannya.... Kesudahan yang ingin aku tamatkan dengan sebuah kematian.  Kerana kepercayaan dan harapan telah hilang bersama dendam yang terbakar hangus.  Lalu apa lagi yang tinggal? lantaran abunya juga telah aku hanyutkan ...lalu terapung-apung di laut nestapa.

DIARI BONDA

SINOPSIS


Penulis: Rohani Din
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama:1999

Jumlah Halaman:554
Harga : RM24.90


Dosa Apakah................ sehingga begini berat dugaan yang kau berikan padaku?

Tuhan ...... sesungguhnya aku tidak bersendirian berdepan  dengan kemelut ini.  Aku ingin menjadi ibu dan isteri yang tabah namun ada waktunya ketabahan ku berada dipenghujungnya.  Kemampuanku terbatas.  Ti.............merenungmu hati ibu tersentuh pilu.  Doa ibu tidak putus Ti....... keinginan melihat mu ceria seperti dahulu jua tidak pernah lumpuh.

DEKAT DI HATI

SINOPSIS

Penulis: Eyman Hykal
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2005

Jumlah Halaman:433
Harga : RM17.00


Tujuh belas tahun yang lalu hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara maranya.  Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar.  Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah.  Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan.  Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.  

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti.  Malangnya harapan tidak semudah yang dilafazkan.  Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab,

'Susah hidupnya dirantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak.  Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri.  Manakala Izatti sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah mati.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas.  Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga.  Dan dia mahu Noraini kembali kepangkuan untuk membina semula penghidupan mereka.

Sunday, October 25, 2015

DENDAM SEMALAM

SINOPSIS






Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2005

Jumlah Halaman:348
Harga : RM15.00


Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri.  Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri.  Ternyata keraana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya.  Namun, siapa menyangka.... roh Hartina mula menggangu.  Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman.  Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.

Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman.  Meski diusir, namun dia tetap 'hadir' dalam kehidupan Fakar seperti sediakala.  Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan.  Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian  hangat membahang diri.

Namun, terubatkah kecewa Hartina... terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar?  dan siapakah Hartina sebenarnya?  DENDAM SEMALAM... penuh saspens dan mendebarkan!

CINCIN PERMATA BIRU

SINOPSIS

Penulis: Mior Shariman Hassan
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 1994
 
Cetakan Kedua: 1995
Jumlah Halaman: 492
Harga : RM19.90


Apakah benar cincin itu membawa tuah? Atau ia membentung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi.  Atau sekadar.... cincin permata biru penghias jari...............

CINTA DAN DENDAM

SINOPSIS



Penulis: Ardy Amin
Penerbit: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 1996

Jumlah Halaman: 252

Dia meninggalkan tanah air dengan berbekalkan sebuah cinta yang sarat.  jauh dari tanah kelahiran, ramai lelaki yang memburunya.  Ternyata hampa, tidak semudah itu impian yang diharap akan mencapai puncak.

Akhirnya dia kembali..... mengharap sebuah cinta yang tak pasti.  Kenapa? dia melihat bagaimana Datin memeluk dan mencium lelaki itu... bunyi senapang bergema memecah kesunyian malam.... dia  melihat darah merah, dia nampak kereta mewah...... semuanya merah dan terus merah.

CINDERELLA

SINOPSIS

Penulis:Siti Rohayah Attan
Penerbit: Kuasatek Pictures Sdn. Bhd.
Tahun Pertama Terbit: 1998
Jumlah Halaman: 306



Dia tidak menginginkan kemewahan.  Tidak juga mencintai kemewahan tetapi itu yang dilimpahkan kepadanya.  Dia sekadar ingin menjadi Cinderella yang kaya dengan cinta dan kasih sayang.  namun, cinta dan kasih sayang itu tidak selalunya mudah.  Kerana itu, dia mengejarnya dengan lelehan airmata, kesayuan dan akhirnya dia menemui titik henti yang melelehkan tetapi membahagiakan.  Nurulhuda adalah cahaya petunjuk, Cinderella Melayu yang berwarna putih...............