Saturday, July 28, 2012

MIMPI BANGUNAN, RUMAH DAN SEGALA KELENGKAPANNYA

1. Anak Tangga
  • Anak tangga adalah alat untuk mencapai tempat yang tinggi dan tempat yang rendah.
  • Mimpi anak tangga dalam keadaan baik, kuat dan bersih, ia bermakna  anda akan mendapat kemuliaan dan terus berbuat baik.
  • Bagi mereka yang  sakit mimpi naik tangga, ia bermakna akan mati.
  • Mimpi turun tangga, ia bermakna keburukan.
  • Mimpi memindah tangga, ia bermakna akan berpergian atau akan kembali dari tempatnya.
  • Mimpi seseorang membawa tangga. ia bermakna orang tersebut adalah orang yang bermasalah atau takbur.
2. Buaian
  • Mimpi bekerja membuat buaian, ia bermakna akan melakukan kesesatan dan akan menjadi orang munafik.
  • Mimpi melihat buaian dalam keadaan tenang, ia bermakna kebaikan.
3. Bangunan
  • Mimpi bangunan, ia bermakna kebaikan, kecuali orang yang jahat, maka ia bermakna keburukan.
  • Bagi mereka seorang muslim yang baik, mimpi bangunan, maka ia bermakna akan mendapat darjat kedudukan yuang tinggi.
4. Benteng
  • Mimpi benteng, ia bermakna kebaikan.
  • Jika yang mimpi itu bujang, ia akan memperoehi jodoh, apabila miskin akan kaya.
  • Jika yang mimpi itu orang yang sakit, maka akan segera sembuh.
5. Besi
  • Mimpi potongan-potongan besi, ia bermakna akan diberi kedudukan.
  • Mimpi potongan-potongan besi juga bermakna akan mendapat kekuatan, tetapi mereka berputus asa dengan kekuatannya.
6. Bilik
  • Mimpi menempati bilik yang luas, bersih dan bagus ia bermakna hidup akan merasa senang dan bahagia.
  • Bagi mereka yang selalu beramal soleh mimpi bilik yang bagus, ia bermakna kelak akan masuk syurga.
7. Dapur Roti
  • Mimpi dapur roti, ia bermakna ilmu, kekuatan dan kecerdasan.
  • Mimpi melihat api dalam dapur roti, ia bermakna kemuliaan adn pemberian.
  • Jika mimpi dapur roti itu orang bujang, ia bermakna akan kahwin.
  • Mimpi bahan api untuk dapur roti, ia bermakna calon isterinya adalah wanita cantik bertakwa dan kaya.
  • Mimpi melihat tukang membuat roti, ia bermakna akan tercapai cita-citanya.
8. Gedung Tinggi
  • Mimpi melihat gedung tinggi yang bersinar bermakna akan memperoleh kekuatan.
9. Stor
  • Mimpi stor, ia bermakna akan bersifat qanaah (menerima).
  • Mimpi stor yang isinya permata atau kekayaan, bermakna akan mendapat ilmu yang lebih baik dan lebih berharga.
  • Suami mimpi stor bermakna isterinya akan hamil.
  • Mimpi stor berisi emas, ia bermakna akan mempunyai anak lelaki.
  • Mimpi stor berisi perak, ia bermakna akan melahirkan anak perempuan.
  • Mimpi menyimpan emas dan perak dalam stor, ia bermakna akan menjadi orang bakhil.
  • Mimpi merosak stor, bermakna akan terjadi kerosakan.
10. Lampu
  • Mimpi lampu dalam keadaaan normal dan baik bermakna akan mendapat hidayah, ilmu dan isteri yang solehah.
  • Mimpi melihat lampu bersinar terang, ia bermakna akan banyak mendapat ilmu.
  • Mimpi menghidupkan lampu, bermakna akan melahirkan anak lelaki.
  • Mimpi melihat seseorang mematikan sinar lampu, ia bermakna orang tersebut tergolong orang yang zalim.

11. Lampu Gantung
  • Mimpi melihat lampu gantung yang bersinar terang, ia bermakna anda akan mendapat hidayah.
  • Mimpi melihat lampu gantung mati, ia bermakna peringatan agar anda segera bertaubat dan meningkatkan keimanan atau juga bermakna putus rahmat.
12. Lampu Aladin
  • Mimpi lampu aladin yang bersinar, ia bermakna kebaikan, keluhuran dan akan tercapai cita-cita anda serta akan dapat merasakan kemikmatan hidup.
  • Mimpi lampu aladin jatuh, ia bermakna akan mendapat kerugian yang bersifat kebendaan.
  • Mimpi menggantungkan lampu aladin yang baru bermakna akan memperoleh rezeki dan akan bertambah berkah.
13. Khemah
  • Mimpi berdiam dalam khemah yang kuat dan bagus, ia bermakna akan merasa aman dan tenteram.
  • Mimpi khemah koyak, terbakar atau ditiup angin, ia bermakna tidak baik.
14.  Kaca
  • Mimpi kaca dalam keadaan baik dan terselamat ia bermakna isteri anda akan dalam keadaan baik an selamat.
  • Mimpi kaca pecah, ia bermakna akan merasa cemas.
  • Mimpi menggantungkan kaca, ia bermakna akan merasa aman, mendapat harta dan kewibawaan. Kecuali kaca itu ada gambar, maka ia bermakna fitnah.
15. Kotak
  • Mimpi dari kotak keluar anak, ia bermakna isteri anda akan melahirkan.
  • Mimpi kotak peniaga pecah, ia bermakna peniaga itu akan beruntung atau juga bermakna akan datang pencuri.
16. Kerusi
  • Kerusi bermakna pangkat atau kedudukan atau kekuasaan.
  • Mimpi duduk di atas kerusi yang kuat, cantik dan bersih bermakna kekuasaan anda keadaan baik.
  • Mimpi kerusi yang rosak, buruk dan kotor, ia bermakna kekuasaan anda dalam bahaya atau bermasalah.
17. Pagar
  • Mimpi pagar, ia bermakna kebaikan.
  • Mimpi pagar roboh, ia bermakna akan datang firnah kepada anda.
  • Mimpi pagar yang kuat dan mampu menghalang kejahatan, ia bermakna pengaruh dan kekuasaan anda akan semakin kuatdan besar.
18. Penjara
  • Mimpi masuk penjara, bermakna tidak baik atau akan terpedaya oleh wanita.
  • Mimpi keluar dari penjara, ia bermakna akan mendapat rahmat dan keselamatan.
19. Tikar
  • Mimpi tikar dalam keadaan baik, cantik dan bersih ia bermakna hidup anda penuh dengan kenikmatan dan tanpa ada fitnah.
  • Mimpi tikar dalam keadaan kotor, buruk, koyak dan sempit, ia bermakna kehidupan anda akan banyak menghadapi masalah, anda akan sering kebingungan dan ragu-ragu. Oleh itu perbanyaklah berdoa memohon kebaikan kepada Allah.
  • Mimpi membentang tikar, bermakna anda akan berpergian.
20. Tiang
  • Tiang adalah lambang agama, harta, ilmu seta keluarga.
  • Mimpi tiang rumah anda dalam keadaan baik dan kuat, ia bermakna agama, anak, keluarga dan ilmu anda dalam keadaan baik.
  • Mimpi tiang dalam keadaan buruk dan ingin roboh, ia bermakna keluarga, harta dan agama anda bermasalah.
21. Tingkap
  • Mimpi tingkap keadaannya lebar, kuat dan indah ia bermakna anda akan memperolehi kemudahan, kesejahteraan dan kebahagian hidup.
  • Mimpi tingkap keadaannya sempit, buruk dan kotor, ia bermakna hidup anda snpit dan selalu menderita.
22. Rumah
  • Rumah adalah lambang keselesaan dan wanita.
  • Mimpi mendiami rumah yang bagus, besar penuh permaidani dan seperti istana, ia bermakna anda akan dibahagiakan oleh isteri yang cantik dan solehah.
  • Mimpi mendiami rumah yang kotor, gelap dan rosak, ia bermakna anda akan menerima bencana disebabkan oleh isteri.
  • Mimpi dapat keluar rumah yang sempit, ia bermakna Allah akan memberi kegembiraan dan akan dimurahklan rezeki.
  • Mimpi rumah terkunci, tetapi tidak ambil berat dengan rumah tersebut, maka ia bermakna lelaki takwa yang takut kepada Allah.

7 comments:

han said...

kalau mimpi masuk rumah lihat ruang tamu yang sangat cantik, kain langsir yang warnanya tak pernah dilihat warnanya sgt cantik menawan, apa maksudnya?

2. Mimpi masuk ke masjid ramai oranng di dalmnya. Kami lihat mereka semua mendapay pakaian baju solat/ baju baru se sorang. Pergi ke tempat belajar lain, lihat juga dapat pakaian solat baru... apa maksudnya?/

refly sani said...

bermimpi melihat rumah tengah di buat yang cukup besar,seperti istana megah.....
saya tengeh resah gelisah sekarang...
sapa yang boleh taksirkan ??????? terima kasih...

kawan saya pun bermipi hampir sama rumah besar, cuma di dalam nya ada ular yang banyak tapi kecil2..........

Intan Aziz said...

Saya bermimpi turun dari kereta saya yg dipandu suami dan 2 anak perempuan saya dan tetiba kereta itu terlajak masuk ke laut. Saya melihat kereta itu diatas permukaan air dan kemudian tenggelam kesemuanya. Saya berlari meminta tlg dan alhmdulillah suami dan anak2 dapat diselamstkan. Apskah maksud mimpi saya

comel said...

Saya bermimpi melihat rumah jiran kanan kiri kosong & kelihatan lama n usang..n penuh dgn pokok2 melilit ..hanya rumah sy saje ok..mcm mane tu

Nur Hayati said...

saya mimpi bkin rumh ckup sederhana dn rasa y senng bgt......
ap arti y.....trmh kzi?

hukumkarma said...

Hmm...bole caya ke?

hukumkarma said...

Saya ada mimpi masuk rumah besar.tp dalamnya tak ada kelengkapan spt perabot dll.mcm rumah kosong

Post a Comment