Sunday, November 4, 2012

MIMPI UMUM

# Jangan Percaya Bulat-bulat yer


1. TASYAHUD
  • Mimpi tasyahud dalam sembahyang ia bermakna kebaikan atau kejayaan
  • Bagi para pelajar apabila mimpi tasyahud maka ia bermakna akan  berjaya dalam peperiksaan
  • Wanita gadis mimpi tasyahud maka ia bermakna akan mendapat jodoh lelaki yang soleh
  • Para Ulamak yang bermimpi tasyahud maka ia bermakna akan menyebarkan ilmunya dan ilmunya bermanfaat bagi manusia.
  • Mimpi tasyahud lengkap dengan membaca doanya maka ia bermakna akan menerima kebenaran
  • Selain itu mimpi tasyahud juga bermakna akan mendapat kejayaan dalam segala urusan dan Allah akan melindunginya

2. BANYAK BERBICARA
  • Mimpi seseorang yang banyak berbicara ia bermakna mereka adalah orang yang banyak keburukannya,
  • Tetapi berpaling dari banyak berbicara yang sia-sia maka ia bermakna tanda orang mukmin yang sejati

3. SAYURAN HIJAU
  • Mimpi makan sayur-sayuran hijau bermakna kebaikan
  • Mimpi  melihat sayur-sayuran hijau yang tidak ada duri, ia bermakna kekuatan dan kesembuhan

4. MENANGIS TERSEDU-SEDU
  • Jika menangis tersedu-sedu dengan berdoa maka ia bermakna akan mendapat kebaikan dan pertolongan setelah tertimpa bencana
  • Adapun dia bersedu-sedu dihadapan lelaki atau atau makhluk, ia bermakna melakukan khurafat

 5. DULANG
  • Mimpi dulang pecah ia bermakna anda mesti berhati-hati kerana akan terjadi sesuatu yang kurang menyenangkan
  • Wanita mimpi dulang pecah bermakna akan dicerai
  • Mimpi dulang dalam keadaan cantik dan bersih bermakna akan mendapat kebahagiaan berterusan

6. GENDANG
  • Mimpi gendang bermakna kurang baik iaitu akan tersebar keburukan
  • Mimpi memukul dan mendengar gendang bermakna akan melakukan perkara kurang baik

7. TAMAK
  • Mimpi melihat orang tamak bermakna anda harus berhati-hati terhadap mereka yang berperangai buruk
  • Mimpi kawan anda bersifat tamak maka hakikatnya ia adalah musuh

8. TERBANG
  • Mimpi terbang bermakna akan mendapat pertolongan dan kemuliaan Allah
  • Mimpi terbang juga bermakna berkuasa
  • Mimpi terbang melayang-layang tanpa ada tujuan bermakna sedang berangan-angan terhadap perkara yang tidak mungkin terjadi

9. RINDU
  • Mimpi rindu kerana nafsu bermakna akan terjadi fitnah dan mesti berhati-hati
  • Rindu tentang kebaikan bermakna akan mendapat kebaikan

 10. PENJUAL MINYAK ATAR
  • Mimpi orabg menjual minyak atar bermakna kebaikan
  • Bagi mereka yang sakit menjual minyak atar bermakna akan sembuh

11. PELANCONG
  • Mimpi melihat pelancong muslim untuk mencari ilmu, rezeki atau taubat dan lain-lain kebaikan bermakna akan mendapat kebaikan
  • Mimpi pelancong kafir bermakna keburukan

12. MENGUAP
  • Mimpi menguap bermakna akan berlaku kemalasan, dungu terhadap sesuatu, ia juga bermakna akan sakit dan juga lambat dalam melakukan kerja
  • Mimpi menahan menguap bermakna ia akan menolak dari perbuatan syaitan

13. TERLALU KENYANG
  • Mimpi perut membesar penuh dengan makanan bermakna orang tersebut sering makan barang haram atau mereka termasuk dalam golongan pemboros
  • Ia juga bermakna akan sakit sebab perut itu sarang penyakit, akan mendapat bencana

14. MUSIM BUNGA
  • Mimpi melihat musim bunga bermakna tidak akan lama melihat keindahan atau akan terjadi perkara yang merubah keadaan
  • Mimpi melihat musim bunga ketika bersedih bermaknaakan mendapat kegembiraan
  • Keika gembira kemudian mimpi musim bunga maka ia akan berganti kepada susah

15.  MIMPI DITANGKAP OLEH PASUKAN RAJA
  • Wanita yang belum bersuami mimpi ditangkap pasukan raja bermakna akan mendapat suami

16. RAMBUT BERGELUNG
  • Wanita bergelung rambutnya bermakna kebaikan, kegembiraan dan kesihatan
  • Mimpi memotong rambut bergelung bermakna wanita itu akan ditimpa bencana
  • Mimpi melepas gelung rambut bermakna akan bersungguh-sungguh dalam kebaikan
  • Mimpi melihat wanita membuka gelung rambut dihadapan orang lelaki bermakna wanita tersebut adalah wanita fasik

 17. ANJING MASUK MASJID 
  • Ia bermakna peringatan agar berhati-hati terhadap mereka yang berlagak seperti orang alim, sebab mereka dari zahirnya seperti orang alim tetapi batinnya seperti anjing

18. PERALATAN KONSERT
  • Peralatan konsert adalah lambang syaitan
  • Mimpi melihat peralatan konsert bermakna akan terjadi fitnah
  • Mimpi mematikan  suis peralatan konsert bermakna mereka adalah lelaki soleh yang tidak redha dengan kemaksiatan
  • Mimpi membakar peralatan konsert bermakna anda akan termasuk dalam orang-orang beriman
  • Mimpi ikut mendengar alat-alat konsert bermakna akan melakukan dosa dan kesesatan

19. SUSUAN
  • Mimpi wanita menyusui bermakna kebaikan iaitu akan tetap mendapat nafkah dan dipenuhi hak-hak wanita
  • Mimpi lelaki menyusui bermakna lelaki itu mempunyai perkara hina

 20. MELAHIRKAN
  • Mimpi melahirkan bermakna mendapat kebaikan, rezeki dan mendapat darjat tinggi, akan tercapai segala yang dimaksudkan dan akan mendapat pertolongan Allah

21. NERAKA WAIL
  • Mimpi melihat neraka wail bermakna harus berhati-hati dan waspada terhadap segala perbuatan mungkar dan maksiat

 22. LUTUT
  • Mimpi lutut berwarna hitam bermakna kebaikan kerana menunjukan banyak beribadah
  • Lututnya pecah atau luka bermakna akan mendapat kerugian
  • Putus lututnya bermakna hilang kemuliannya

23. TIMAH HITAM
  • Mimpi timah hitam khusus untuk peluru, bermakna perlu berhati-hati terhadap fitnah
  • Mimpi melihat timah hitam  yang seperti diambil dari lombong bermakna seksa neraka

 24. SAHABAT NABI
  •  Mimpi bertemu salah seorang sahabat Nabi bermakna kebaikan, kesenangan dan kedamaian dalam hal dunia dan akhirat

25. HURU-HARA
  • Mimpi terjadi huru-hara bermakna akan terjadi perkara kurang baik
  • Terperangkap di dalam huru-hara bermakna akan menghadapi masalah
  • Dapat melepaskan diri dari huru-hara bermakna akan berjaya menghadapi cabaran

 26. HADIAH BUNGA
  • Mimpi mendapat bingkisan bunga dari musuh bermakna akan terjadi pendamaian
  • Mimpi mendapat bingkisan bunga sedangkan dia sakit bermakna akan sembuh dari penyakit
  • Mimpi mendapat bingkisan bunga dari orang ramai bermakna akan dicintai

 27. PENJARA
  • Mimpi penjara bermakna kurang baik
  • Dilepaskan dari penjara bermakna akan mendapat rahmat, akan berjaya jika berniaga, akan berjaya jika belajar
  • Masuk penjara bermakna akan sakit
  • Juga bermakna akan tergoda dengan wanita

28. SARIPATI AIR HALIA
  •  Minum saripati air halia bermakna akan mendapat keamanan dan keuntungan
  • Membeli air saripati halia bermakna dirinya telah berusaha mencari keredhaan Allah
  • Memberi minum orang ramai air saripati halia bermakna pemimpin yang mengambil berat persoalan orang lain

29. TUKANG GUNTING
  • Mimpi tukang gunting bermakna kebaikan
  • Melihat seseorang mencukur janggut bermakna orang tersebut adalah orang munafik dan berhati-hatilah dengan mereka

 30. BERGADUH
  • Bermakna akan terjadi fitnah dan pertengkaran mulut


0 comments:

Post a Comment