Tuesday, March 29, 2011

ERTI MIMPI (Mimpi Haiwan)

Mimpi ni mainan tidor jangan taksub sangat apa yang kita mimpikan.

1. Arnab
  • Mimpi menangkap arnab anda akan mendapat jodoh.
  • mimpi menyembelih arnab bermakna akan menceraikan isteri atau isteri akan mati.
  • Mimpi melihat arnab yang banyak sekali, ia bermakna akan mendapat rezeki, akan dapat menjelaskan hutang atau akan mendapat keselesaan.
2. Anjing
  • Mimpi Anjing menggonggong ia bermakna anda akan bertemu orang yang jahat.
  • Anda mimpi seseorang bajunya dikoyak-koyak anjing, ia bermakna orang tersebut akan mendapat kehinaan.
  • Mimpi digigit anjing akan mendapat fitnah.
  • Mimpi berkawan dengan anjing akan mendapat teman yang setia.
3. Ayam Jantan
  • Mimpi mendengar suara ayam jantan yang merdu ia bermakna kebaikan akan datang malaikat dan akan merasa lega selepas merasa sedih.
  • Mimpi mempunyai banyak ayam jantan bermakna kelak anak yang lelaki akan menjadi anak yang soleh.
  • Mimpi menyembelih atau diterkam ayam jantan. ia bermakna kejelikan.  Oleh itu jika mimpi demikian harus memperbanyak doa memohon perlindungan kepada Allah agar perkara tersebut tidak terjejas.
4. Ayam Betina
  • Mimpi melihat ayam betina, bermakna akan mendapat rezeki dimasa akan datang.
  • Mimpi menyembelih ayam betina, bermakna akan berkahwin dengan gadis.
  • Mimpi makan daging ayam betina, bermakna akan mendapat hadiah.
  • Mimpi ayam betina bersuara, bermakna fitnah dan kemarahan.
5. Babi
  • Mimpi bertemu babi, ia bermakna anda harus berhati-hati terutama terhadap orang-orang bukan Islam. Sebab babi diibaratkan musuh yang ingkar dan jahat seperti orang Yahudi.
6. Beruang
  • Mimpi bertemu beruang ia bermakma anda harus hati-hati khususnya terhadap kawan-kawan anda yang diragui kesetiannya.
  • Mimpi membunuh beruang, ia bermakna anda akan mendapat keselamatan dan akan mendapat rahmat.
7. Burung
  • Seseorang yang sedang sakit kemudian mimpi burung terbang dari tempatnya (rumah atau biliknya), ia bermakna akan mati.
  • Mimpi burung terbang antara langit dan bumi, ia bermakna anda dalam keraguan dan mengkhayal, atau anda tidak ambil berat terhadap pekerjaan.
8. Burung Merak
  • Anda mimpi burung merak dalam keadaan cantik dan baik, ia bermakna anda akan mendapat kesenangan, atau isteri anda akan memberi kesenangan kepada anda.
9. Burung Gagak
  • Mimpi burung gagak, ia bermakna peringatan agar harus berhati-hati terhadap kawan yang tidak ikhlas (dekat ketika senang, tetapi akan menjauh ketika susah).
  • Mimpi menyembelih burung gagak, ia bermakna akan merasa sedih. Oleh itu perbanyakkan membaca selawat.
10. Burung Kelicap
  • Mimpi berjumpa burung emprit, ia bermakna  akan mendapat khabar gembira dalam rumah.
  • Mimpi burung emprit mati atau jatuh, ia bermakna akan terjadi bencana di negara tersebut.
11. Burung Bangau
  • Mimpi burung bangau, ia bermakna akan mendapat kebaikan dan rezeki, kerana burung dilambangkan sebagai haiwan yang selalu berzikir.
12. Burung Rajawali (helang)
  • Mimpi memelihara burung rajawali, ia bermakna  akan mendapat kesesatan dan bid'ah.
  • Mimpi  bertemu burung  helang juga bermakna  akan bertemu pemimpin yang jahat.
13. Burung Jalak
  • Mimpi burung jalak, ia bermakna anda harus berhati-hati terhadap kawan yang hanya memikirkan hal-hal keduniaan dan kemaksiatan sahaja.  Oleh itu perbanyakkan zikir  kepada Allah, agar tidak terjurumus  ke dalam maksiat.
14. Buraq
  • Mimpi melihat atau menaiki Buraq, ia bermakna anda akan mendapat kebaikan yang sangat luar biasa.
15. Belalang
  • Mimpi makan belalang bermakna rezeki dan kesembuhan.
  • Mimpi belalang mati, bermakna orang-orang jahat akan menerima balasan.
  • Mimpi membunuh belalang ia bermakna anda akan melakukan perbuatan keji.
16. Binatang Darat
  • Mimpi berburu binatang darat, ia bermakna kebaikan.
  • Mimpi berkawan binatang darat, ia bermakna kejahatan.
  • Mimpi menyembelih binatang darat akan mendapat pertolongan.
  • Mimpi makan dagingnya akan mendapat kekayaan.
  • Mimpi minum air susunya, bermakna akan mendapat kekuatan.
  • Mimpi duduk di atas punggungnya, ia bermakna anda akan melakukan maksiat.
17. Binatang Melata
  • Mimpi membunuh binatang  melata, ia bermakna akan terselamat dari musuh.
  • Mimpi binatang melata ada dalam rumah bermakna rumah tersebut penuh dengan syaitan.
18. Buaya
  • Mimpi bertemu buaya, ia bermakna anda akan bertemu polis yang jahat, pembantu yang ingkar dan pencuri.
  • Mimpi ditelan buaya, ia bermakna anda dalam keadaan bahaya da harus berhati-hati.
19. Gajah
  • Mimpi gajah, ia bermakna tipu muslihat yang besar.
  • Mimpi menaiki gajah, ia bermakna akan murtad.
20.Ikan Besar
  • Mimpi bertemu ikan besar, ia bermakna akan mendapat pertolongan Allah dan juga akan banyak mendapat rezeki.
  • Mimpi menjerit ditengah laut bersama dengan ikan besar, ia bermakna kemurkaan dan seksaan Allah.
21. Ikan Paus
  • Mimpi memperolehi ikan paus, ia bermakna akan mendapat rezeki dan keadaan selesa.
22. Ikan
  • Mimpi menangkap ikan yang agak besar, ia bermakna akan mendapat rezeki, sebaliknya mimpi menangkap ikan yang kecil (ikan bilis) ia bermakna musuh atau akan mendapat kerugian.
  • Ikan adalah melambangkan Tayyibah, kekayaan, kenikmatan dan isteri solehah yang banyak memberi manfaat.
23. Kuda
  • Mimpi mempunyai banyak kuda, ia bermakna akan mendapat kekuatan, kekayaan dan perhiasan dan akan sering berpergian.
  • Mimpi melihat seseorang kehilangan kuda, ia bermakna orang tersebut adalah orang yang sedang mengkhianati isteri.
  • Mimpi menaiki kuda, ia bermakna akan berumur panjang, selagi kuda itu masih kuat.
24. Kelawar
  • Mimpi kelawar, ia bermakna akan terkena sihir atau terancam oleh sihir.
  • Mimpi kelawar terbang di waktu siang atau di tempat yang bercahaya, ia bermakna anda akan mendapat kemuliaan dan kebaikan.
25. Bulu Kambing
  • Mimpi bulu kambing, ia bermakna anda akan mendapat kekayaan, kehidupan bahagia serta keadaan yang selesa.
26. Anak Kambing
  • Mimpui membeli anak kambing, ia bermakna anda akan mendapat anak lelaki.
  • Mimpi menyembelih anak kambing, ia bermakna salah satu anak anda akan mati.
  • Mimpi memukul anak kambing, akan mendapat ejekan, sedangkan mimpi menaiki anak kambing ia bermakna kekejian.
27. Kambing Kibas
  • Mimpi kambing kibas, ia bermakna akan mendapat rezeki, berupa anak soleh dan harta yang berterusan.
  • Mimpi memotong kambing kibat, ia bermakna akan mendapat dugaan atau akan bercerai dengan isteri.
  • Mimpi mempunyai banyak kambing kibas, ia bermakna akan dibebani banyak masalah.
  • Mereka yang masih bujang mimpi kambing kibas, ia akan mendapat jodoh. Bagi mereka yang sakit akan sembuh.
  • Mimpi makan daging kibas, ia bermakna akan mendapat harta pusaka dari wanita.
  • Mimpi ditendang kambing kibas, ia bermakna akan ditipu wanita.
28. Kambing Betina
  • Mimpi Kambing Betina, ia bermakna kurang baik, kecuali kalau mimpi memotong bulu kambing betina, ia bermakna harta dan rezeki.
29. Kerbau
  • Mimpi kerbau bermakna kebaikan, tetapi apabila mimpi ditendang kerbau, ia bermakna anda telah melakukan kesalahan.
  • Mimpi melihat kerbau mati tanpa disengaja atau kerana penat, maka ia bermakna anda akan mati syahid.
30 Kutu
  • Mimpi kutu ia bermakna akan mendapat ujian dan mimpi membunuh kutu bermakna keselamatan.
  • Mimpi baju anda ada kutu, ia bermakna anda masih ragu-ragu dalam beragama.
  • Mimpi kutu turun dari langit, ia bermakna akan turun bencana atau seksaan bagi mereka yang zalim.
31. Naga
  • Mimpi bertemu naga, ia bermakna peringatan bagi anda agar berhati-hati terhadap lawan atau kawan sebab mereka akan berlaku khianat.
  • Mimpi membunuh naga, ia bermakna anda akan mendapat keselamatan.
32. Nyamuk
  • Mimpi menghina nyamuk, ia bermakna akan mendapat bala yang besar. Oleh itu banyaklah berzikir dan tingkatkan ketakwaan.
33. Musang
  • Mimpi musang, ia bermakna anda harus waspada terhadap mereka yang hasad  dan dengki. Tetapi jika anda mimpi dapat menguasai musang  atau mempermainkannya, ia bermakna anda akan mendapat kekuatan dan kemuliaan.
34. Monyet
  • Mimpi makan dan minum bersama-sama monyet (kera), ia bermakna anda akanberkawan orang-orang yang jahat dan licik, dan kawan tersebut akan berusaha mencari kesempatan menjatuhkan maruah anda atau akan mengambil harta dengan sangat licik.
  • Mimpi makan dagind kera, ia bermakna perbuatan anda akan banyak melanggar syarak. Oleh itu apabila mimpi monyet hendaklahberhati-hati dan waspada.
35. Serangga
  • Mimpi digigit serangga, ia bermakna akan sakit atau akan dikunjungi musuh.
  • Mimpi membunuh serangga, ia bermakna akan selamat dan bagi yang sakit akan segera sembuh.
36. Serigala
  • Mimpi serigala, ia bermakna anda harus berhati-hati dari kejahatan musuh anda yang jahat, sebab bila-bila masa musuh anda akan melakukan kejahatan terhadap anda.
37. Singa Betina
  • Mimpi melihat singa betina, ia bermakna anda akan bersama wanita yang dilaknat.
  • Mimpi membunuh singa betina, ia bermakna anda akan mendapat kebaikan dan pertolongan.
38. Tikus
  • Mimpi tikus, ia bermakna  akan terjadi kerosakan, pencurian dan pengkhianatan, serta akan tersebar penyakit.
  • Kecuali mimpi tikus yang merata-rata tempat, ia bermakna akan mendapat kenikmatan.
39. Zirafah
  • Mimpi memberi makan zirafah, bermakna anda akan mendapat isteri cantik yang mempunyai kedudukan tinggi dan kaya raya.
  • Mimpi menhadang zirafah berjalan, ia bermakna anda akan mendapat bencana.

9 comments:

Unknown said...

malam kmaren aku mimpi naik buraq kk..
dlam mimpi aku tu ada orang yg ngajarin aku naik buraq kk..
klo aku tebak mungkin nabi muhammad kali ya..?

Unknown said...

syirik nih.. mimpi syaitoooooonnnn..

Unknown said...

Malam itu saya bermimpi megendung kambing,tapi tibe2 kambing itu bertukar menjadi sekor arnad.apa erti nya.tksih.

haeby said...

sy bermimpi binatang tenggiling itu masok rumah... kaka sy pegang dan ngendong binatang itu..sy tak paeti sy ada pegang atau tiada binatang .. apa ka ertinya

Unknown said...

Hamster tu tergolong dalam tikus tak makna mimpi tu?

Unknown said...

Mimpi muka zirafah waktu jam 2. Ap makna mimpi tu.

Unknown said...

Aku tak mimpi . Apakah maknanya? hahahaha

Unknown said...

Malam tadi sy mimpi mengukir kayu sebnyak 3 kali

MALA90 said...

kan? sya ada mimpi...tapi hamster

Post a Comment