Sunday, May 1, 2011

Mengapakah Keretapi "Peluru" Bermuncung Bulat?

Muncung itu bulat supaya angin berlalu dengan licin.  Ini melajukan keretapi.  Di dalam muncung ada satu penyambung.  Keretapi yang rosak boleh disangkutkan kepada keretapi yang lain menggunakan penyambung ini dan ditarik ke bengkel untuk diperbaiki.

Gerabak keretapi peluru diangkut di atas gerabak rata biasa dari kilang ke landasan khas keretapi peluru.  Landasan ini lebih lebar daripada landasan yang biasa.  Landasan yang lebar membolehkan keretapi peluru berjalan lebih laju daripada keretapi biasa.

Semua keretapi ada penyambungnya, tetapi keretapi yang biasa tidak bermuncung kerana rintangan angin tidak begitu penting.  Keretapi peluru yang berjalan selaju 210 km. sejam itu pula akan menghadapi heretan angin yang kuat.  Keretapi dilambatkan dan membazir tenaganya.  Muncung bulatnya dapat melicinkan kepala keretapi dan mengurangkan heretan.  Muncung inilah yang memberi keretapi peluru namanya yang terkenal itu.  Penyambung bertindak seperti dua tangan yang berkait.

0 comments:

Post a Comment