Friday, April 22, 2011

MIMPI BARANG-BARANG PERHIASAN

1.  Anting-Anting
  • Mimpi melihat wanita memakai anting-anting yang biasa dipakai, ia bermakna kebaikan dan menunjukkan wanita tersebut tidak melanggar syarak.
  • Mimpi melihat lelaki memakai anting-anting, ia bermakna keburukan dan keingkaran.
2.  Batu Akik
  • Mimpi batu akik, bermakna kebaikan, iaitu akan mendapat kesenangan setelah menghadapi kesedihan, akan dimudahkan setelah menghadapi kesulitan dan akan menjadi kaya setelah menderita kemiskinan.
3.  Dirham
  • Mimpi mempunyai satu dirham, bermakna mempunyai anak lelaki.
  • Mimpi mengambil dirham, bermakna pemberian.
  • Mimpi orang memberi dirham, bermakna akan mendapat perkara yang sia-sia.
  • Mimpi menebar dirham, bermakna anda akan berkata bagus.
  • Mimpi menjaga dirham di almari, bermakna akan menjaga rahsia.
4.  Cincin
  • Mimpi melihat seorang lelaki memakai cincin perak, bermakna keluruhan dan akan mendapat pangkat.
  • Mimpi llaki memakai cincin besi atau emas, bermana akan mendapat perkara yang buruk.
  • Mimpi cincin yang terus melekat di jari anda, bermakna akan semakin kukuh kedudukan anda dan juga isteri akan menjadi isteri yang solehah.
  • Mimpi melepas cincin, ia bermakna akan terlepas kedudukan atau akan menceraikan isteri anda.
5.  Emas
  • Mimpi melihat lelaki memakai perhiasan emas, bermakna lelaki tersebut akan selalu gelisah hidupnya.
  • Mimpi emas di tangan wanita, ia bermakna akan mendapat keselesaan dan kegembiraan.
  • Mimpi mencairkan emas, ia bermakna ujian dan kehinaan akan menimpanya.
6.  Gambar
  • Mimpi melihat gambar, ia bermakna makan harta dengan cara yang tidak halal.
  • Mimpi gambar yang terdiri dari emas, bermakna akan terjadi fitnah dan pengkhianatan.
  • Mimpi menggambarkan dengan alat gambar (kamera), ia bermakna akan melakukan bid'ah.
7.  Gelang
  • Mimpi lelaki memakai gelang emas, ia bermakna lelaki tersebut selakukan dosa.
  • Mimpi lelaki memakai gelang pera, ia bermakna lelaki tersebut adalah orang soleh yang teguh pendiriannya, berilmu dan juga berharta.
  • Mimpi lelaki memakai gelang dari besi, ia bermakna lelaki tersebut akan selalu dalam keadaan sempit hidupnya.
  • Bagi perempuan mimpi memakai gelang emas, ia akan mendapat anak lelaki, tetapi jika memakai geang perak, ia akan mendapat anak perempuan.
8. Rantai
  • Mimpi melihat lelaki memakai rantai (selain emas) di lehernya, bermakna lelaki tersebut berpegang teguh kepada kumpulan jemaah Islam dengan ikhlas, jujur dan penuh dengan keyakinan.
  • Mimpi wanita memakai rantai, bermakna wanita tersebut hidupnya aan sejahtera di dunia dan akhirat.
9.  Mahkota
  • Mimpi mahkota jatuh dari kepala raja, bermakna aan lepas kekuasaan itu dari tangan raja.
  • Mimpi mahkota tetap berada di kepala raja, bermakna raja tersebut akan kekal berkuasa.
  • Jika orang bujang mimpi memakai mahkota, ia bermakna akan kahwin.
10. Mutiara
  • Mimpi mempunyai mutiara, ia bermakna akan bertamba kebaikannya dan juga akanbertambah harta kekayaannya.
11. Panji-Panji
  • Mimpi panji-panji yang bertuliskan "Ia ilaha Illallah" ia bermakna kebaikan dan kemuliaan akan diperolehi.
  • Tetapi mimpi panji-panji bertuliskan selain tersebut, ia bermakna kejahatan.
  • Mimpi panji-panji berwarna putih, bermakna akan terjadi kemesraan dan perdamaian antara mereka yang bergaduh.
  • Mimpi panji-panji berwarna hitam, bermakna peringatan agar berhati-hati.
12. Perhiasan
  • Mimpi melihat kaum yang mendekati perhiasan, bermakna kaum tersebut adalah kaum yang kufur dan banyak dosa, kecuali mendekati perhiasan tersebut untuk kebaikan.
  • Mimpi diberi perhiasan, bermakna akan diberi harta dan anak.
13. Perak
  • Mimpi memegang perak, bermana akan dapat hata dengan cara tiba-tiba dan akan mendapat isteri yang putih.
  • Mimpi maan minum dari cawan perak, bermakna akan mendapat kegembiraan dan akan mati husnul khatimah serta akan mendapat pertolongan dan kebahagiaan.
14. Permata
  • Mimpi permata, bermakna akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan juga kemuliaan.
  • Mimpi menjual permata, bermakna akan menyeb arkan ilmu syarak.
  • Mimpi mendapat permata yang banyak, ia bermakna keluhuran, kemuliaan dan bahagia dunia akhirat.
  • Mimpi memberi permata kepada isteri yag hamil bermakna akan melahirkan anak lelaki.

2 comments:

luffi said...

adik perempuan saya tanya, apa maksud kalau kite mimpi kite tengah mandi di pantai tertiba jew rantai dari leher kite terputos?

atikah zaini said...

Saya mimpi saya lari dalam keadaan cemas keluar dari semak samun, sehingga trjumpa seorang makcik dan anak perempuannya, dan saya terus peluk mkcik itu,krana saya rasa mkcik itu bersifat ibu saya, lalu saya cuba menceritakan ketakutan saya, tapi gagal menyampaikan cerita kerana saya sendiri tidak tahu apa yang membelengu diri saya, kemudian mkcik itu memberikan seutas rantai emas dan menyuruh saya meghafal BISMILLAHIRAHMANIRAHIM HAWLA WALA QUATAILLA BILLAH HIL ALIYIL AZIM. mkcik tu ckap, bacalah untuk perjalan seterusnya. Apakah mkna mimpi saya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...