Wednesday, April 6, 2011

2 juruterbang maut jet pejuang terhempas di California

WASHINGTON: Dua juruterbang pesawat pejuang F/A-18 tentera Amerika terbunuh apabila pesawat terbabit terhempas berhampiran pangkalan udara di California, lapor akhbar The Los Angeles Times hari ini.

Nahas berlaku jam 12 tengah hari di pangkalan Tentera Laut Lemoore, di pinggir bandar California, kata seorang pegawai Tentera Laut.

Setakat ini, belum ada maklumat terkini mengenai identiti mangsa yang terkorban terbabit manakala tiada kecederaan dilaporkan di kawasan nahas.

Pangkalan berkenaan menjadi markas sayap serangan Tentera Laut Amerika untuk bahagian Pasifik dengan lebih 170 pesawat F/A-18 Hornet ditempatkan di situ. - AFP

sumber: BH

0 comments:

Post a Comment