Tuesday, November 17, 2009

Saham Maxis

Pagi ini rasa berdebar-debar ketika nak check online MIH.  Huhu bukak je website tu terus terjah....and syukur alhamdullilah akhirnya berjaya gak dapat se lot. Sebelum itu i pakai  maybank online and check memang application tu cleared dah..tapi manalah tau kot saat-saat akhir lain plak jadinya. Ni dah kira confirm and stress pun dah ilang...hehe

Friday, October 30, 2009

Mengapakah Orang India Makan Kari Berempah?

Di India orang banyak makan kari.  Rempah menjadikan makanan mereka sangat pedas.  Orang di India suka makan kari.  Rempah yang dimasukkan dalam makanan mereka itu sangat berguna kepada mereka dalam pelbagai cara.

Rempah-ratus
Rempah adalah biji daun tumbuhan tertentu.  Pernahkah kamu merasa rempah-rempah tersebut:-
1.  Pelaga
2.  Ketumbar
3.  Daun Salam
4.  Buah pala
5.  Lada hitam
6.  Kayu manis
7.  Bawang putih
8.  Kunyit
9.  Kuma-kuma
10.Lada putih
11.Halia

* India ialah sebuah negara yang sangat besar dengan pelbagai jenis iklim dan penduduk serta cara hidup.  Namun ada satu faktor yang sama dikalangan mereka.  Seluruh penduduk India makan kari.  Rasa karinya bermacam-macam mengikut tempat dan cara hidup mereka, dan ditentukan juga oleh campuran rempahnya.  Rempah dalam kari menimbulkan  kesan besar pada orang yang memakannya iaitu:
1.  Membuka selera
2.  Meningkatkan proses pencernaan
3.  Membunuh kuman
4.  Menyebabkan berpeluh dan ini mengawal suhu badan
Nilainnya dari segi kesihatan ini menjelaskan mengapa kari menjadi bahan utama dalam makanan orang-orang di India.

Thursday, October 29, 2009

Adakah Semua Orang Merayakan Tahun Baru?

Orang di hampir setiap negara di dunia menyambut ketibaan Tahun Baru dengan pelbagai perayaan.  Ini termasuklah ucapan dan doa untuk kebahgiaan dan kejayaan pada tahun yang akan datang itu.  Di China orang membakar mercun pada Tahun Baru.  Mereka juga berjamu makanan istimewa sebagai sebahagian daripada sambutan hari itu. Di Cameroun  dan Nigeria orang menari dalam lingkungan mengikut gendang pada Tahun Baru.  Di sesetengah negara Eropah, orang suka berpakaian cantik dan m,erayakan Tahun Baru di restoren besar.  Di Australia, Tahun Baru jatuh pada musim panas, jadi orang pergi bersuka ke pantai.  Di Amerika Syarikat, orang mengadakan jamuan untuk menyambut Tahun Baru.  Mereka berkumpul di rumah atau di tempat lain pada waktu malam 31 Disember.  Ketika tepat dua belas malam, merekapun menyanyi danm ,mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.  Di Jepun, orang bermain permainan tradisional dan bersembahyang ke tempat suci atau kuil.
*1 Januari menandakan permulaan tahun baru di negara-negara Barat dan banyak negara lain di dunia.  Di Jepun perayaan tahun baru pada 1hb. Januari ialah hari cuti yang terpenting.  Tahun Baru Cina dalam kalendar lunar biasanya bermula pad bulan Februari.

Saturday, October 24, 2009

Why Do We Get Wrinkles In Our Skin?

The skin is the body's largest organ, a complex combination of two layers made up of a variety of cells. It encloses and protects the rest of the body, and helps to keep it at an even temperature.

The outer layer, the epidermis, varies in thickness and is composed mainly of keratin, a protein made by some of its sells.  Keratin is the major component of hair and nails, which are really extensions of the skin.

Beneath that outer layer is the dermis, which content connective tissues and such structure as hair follicles, cebaceous glands, blood and lymph and nerves.  The main constituent of the dermis is colagen, a substance making up about a third of the bodies protein. 

Reader's Digest

Friday, October 23, 2009

Why Do Some People Sweat So Much?

We all sweat at times to cool ourselves down - during vigorous exercises, for example - and to cleanse the pores of the skin. Occasionally, in an emotional upset of some kind, we may break out into what is often called 'a cold swear'.  Perspiration of that kind is quite normal.  Only when it becomes excessive and without apparent reason is there likely to be an underlying problem needing specialist attention.

People who perspire excessively suffer from what is known as hyperhidrosis.  It may occur only in certain places, such as the armpits, the face of the palms, or it may be in all areas supplied by sweat glands.  Any one of several factors may explain the condition - anxiety an infection, clothing made from synthetic materials.  Usually, it lasts during puberty and vanishes in early adulthood.  Sufferers should be careful about their personal hygiene, and try using antiperspirants.  If the condition is particularly troublesome, they should consult a doctor, who may prescribe helpful drug.

Reader,s Digest

Saturday, October 17, 2009

Kapal Singapura dirampas lanun

NAIROBI 16 Okt. - Lanun Somalia telah merampas kapal kontena Singapura semalam di Lautan Hindi, ketika perubahan angin bermusim berhampiran Kepulauan Seychelles membolehkan mereka kembali ke laut lepas."Kapal Kota Wajar yang menggunakan bendera Singapura telah dirampas kira-kira 300 batu nautika dari utara Seychelles," kata Ketua Program Bantuan Pelaut Afrika Timur Bahagian Kenya, Andrew Mwangura.

Jelasnya, ketika kejadia kapal dengan 21 orang krew itu sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Mombasa di Kenya. Sumber maritim di kawasan berdekatan berkata, serangan berlaku pagi semalam, 24 batu nautika dari kawasan sebuah bot tangkapan tuna Perancis diserang baru-baru ini.
Pusat keselamatan maritim Kesatuan Eropah (EU), yang mempunyai pasukan tentera laut antilanun meronda perairan tersebut, turut mengesahkan rampasan kapal berkenaan.

"Sebuah pesawat peronda EU NAVFOR telah ditugaskan menyiasat situasi itu," katanya tanpa memberi maklumat lanjut.
Di Singapura, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan menyatakan ia sedang bekerjasama dengan 'pemilik kapal dan agensi berkaitan' selepas kapal tersebut dinaiki 'sekumpulan lelaki tidak dikenali'. - AFP

(sumber : utusan malaysia)

Wednesday, October 14, 2009

Warga emas gagal curi peti besi diberkas

MUAR 14 Okt. - Seorang lelaki lanjut usia bukan sahaja gagal melarikan sebuah peti besi malah diberkas pemiliknya ketika dia memecah masuk rumah dua tingkat di Taman Tanjung Baru, Jalan Joned, di sini Sabtu lalu. Kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika suspek yang berusia 59 tahun memasuki rumah tersebut melalui bumbung.Bagaimanapun semasa hendak melarikan sebuah peti besi melalui tingkap yang dipecahkan, suspek diberkas oleh pemilik rumah itu bersama anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, pemiliknya menyedari rumahnya dipecah masuk melalui sistem penggera yang dipasang di kediamannya.Mangsa yang ketika itu berada di kedainya di Jalan Abdullah di sini, memberitahu, sistem tersebut terus menyalurkan maklumat ke telefon bimbitnya.

"Mangsa kemudian bersama anak lelakinya bergegas ke rumah lalu menangkap suspek dan menyerahkan kepada polis," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Jelas Mohammad Nasir, siasatan yang dilakukan mendapati suspek telah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu selepas memecahkan bumbung.

"'Suspek kemudiannya memecahkan tingkap dan mencampakkan keluar peti besi itu dengan harapan dapat melarikannya."Perkara yang dia tidak tahu adalah walaupun peti besi itu berat tetapi tiada wang atau barang berharga di dalamnya," katanya. Menurutnya, siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek berasal dari Kulim, Kedah, dan mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes pergaduhan.

Dalam kes berasingan, Mohammad Nasir memberitahu, polis memberkas seorang peragut di Jalan Hashim di sini, kelmarin, tidak sampai 12 jam selepas suspek melakukan jenayah. "Lakaran suspek berusia 30-an ini diperoleh daripada seorang mangsa ragut. Dalam kejadian itu, mangsa diragut di Jalan Abdullah pada pukul 7.45 pagi," katanya.Katanya, polis turut menemui beberapa barang disyaki dicuri iaitu tiga buah telefon bimbit, dua kad sim dan wang tunai RM153.Tambahnya, selain itu, sebatang pemutar skru, satu peket lut sinar disyaki dadah jenis heroin dan tiga peket lutsinar disyaki syabu. "Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes-kes ragut yang lain di sekitar daerah Muar," ujar beliau.