Thursday, October 29, 2009

Adakah Semua Orang Merayakan Tahun Baru?

Orang di hampir setiap negara di dunia menyambut ketibaan Tahun Baru dengan pelbagai perayaan.  Ini termasuklah ucapan dan doa untuk kebahgiaan dan kejayaan pada tahun yang akan datang itu.  Di China orang membakar mercun pada Tahun Baru.  Mereka juga berjamu makanan istimewa sebagai sebahagian daripada sambutan hari itu. Di Cameroun  dan Nigeria orang menari dalam lingkungan mengikut gendang pada Tahun Baru.  Di sesetengah negara Eropah, orang suka berpakaian cantik dan m,erayakan Tahun Baru di restoren besar.  Di Australia, Tahun Baru jatuh pada musim panas, jadi orang pergi bersuka ke pantai.  Di Amerika Syarikat, orang mengadakan jamuan untuk menyambut Tahun Baru.  Mereka berkumpul di rumah atau di tempat lain pada waktu malam 31 Disember.  Ketika tepat dua belas malam, merekapun menyanyi danm ,mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.  Di Jepun, orang bermain permainan tradisional dan bersembahyang ke tempat suci atau kuil.
*1 Januari menandakan permulaan tahun baru di negara-negara Barat dan banyak negara lain di dunia.  Di Jepun perayaan tahun baru pada 1hb. Januari ialah hari cuti yang terpenting.  Tahun Baru Cina dalam kalendar lunar biasanya bermula pad bulan Februari.

0 comments:

Post a Comment