Thursday, October 8, 2009

BNM diramal mungkin naikkan OPR lebih awal

KUALA LUMPUR 8 Okt. - MIDF Research meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mulai tahun depan, selari dengan aliran sejagat.Malah, firma penyelidikan itu tidak menolak OPR akan dinaikkan sebanyak 2.5 peratus pada akhir tahun depan, atau kemungkinan lebih awal jika ekonomi pulih lebih pantas berbanding jangkaan sebelum ini.

Selasa lalu. Bank Negara Australia (RBA) telah meningkatkan penanda aras kadar faedah kepada 3.25 peratus selepas bank pusat negara itu mendapati risiko paling serius dalam kejatuhan ekonomi telah berlalu.
MIDF Research berkata, pembukaan jalan yang dilakukan oleh RBA itu untuk mengembalikan paras kadar faedah ke pada tahap 'normal' tanpa menganggu momentum aktiviti ekonomi.
Pemulihan ekonomi kini telah mula dirasai oleh sebahagian besar dunia tetapi masih rapuh.

Pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih lagi rendah iaitu 0.6 peratus tahun ke tahun pada suku kedua manakala KDNK Malaysia dijangka kembali positif pada suku keempat.
Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan kadar faedah akan memberi kelebihan kepada bank-bank untuk menyeimbangkan kadar berbanding kadar tetap pembiayaan sebelum kadar deposit diberi kadar baru sebagaimana dijangkakan terdapat jurang antara apabila pembiayaan dan deposit diberi kadar baru.
Katanya, margin bank dengan kadar pembiayaan apungan dijangka pulih berbanding bank-bank yang mengenakan peratusan tinggi dalam pembiayaan kadar faedah bagi pinjaman sewa beli seperti AMMB dan Eon Capital.

Bank-bank seperti Maybank, Public Bank, Cimb Bank dan Hong Leong Bank sekurang-kurannya mempunyai 65 hingga 76 peratus daripada jumlah pembiayaan kasar dalam pelbagai pinjaman berkadar dan bakal menyaksikan margin faedah yang lebih baik.
Margin bank-bank juga bergantung kepada struktur terma deposit daripada pelanggan. Sekiranya bank-bank mempunyai liabiliti jangka banjang berbanding deposit jangka pendek, kesan harga semula kadar faedah akan menjadi perlahan



0 comments:

Post a Comment