Saturday, October 17, 2009

Kapal Singapura dirampas lanun

NAIROBI 16 Okt. - Lanun Somalia telah merampas kapal kontena Singapura semalam di Lautan Hindi, ketika perubahan angin bermusim berhampiran Kepulauan Seychelles membolehkan mereka kembali ke laut lepas."Kapal Kota Wajar yang menggunakan bendera Singapura telah dirampas kira-kira 300 batu nautika dari utara Seychelles," kata Ketua Program Bantuan Pelaut Afrika Timur Bahagian Kenya, Andrew Mwangura.

Jelasnya, ketika kejadia kapal dengan 21 orang krew itu sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Mombasa di Kenya. Sumber maritim di kawasan berdekatan berkata, serangan berlaku pagi semalam, 24 batu nautika dari kawasan sebuah bot tangkapan tuna Perancis diserang baru-baru ini.
Pusat keselamatan maritim Kesatuan Eropah (EU), yang mempunyai pasukan tentera laut antilanun meronda perairan tersebut, turut mengesahkan rampasan kapal berkenaan.

"Sebuah pesawat peronda EU NAVFOR telah ditugaskan menyiasat situasi itu," katanya tanpa memberi maklumat lanjut.
Di Singapura, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan menyatakan ia sedang bekerjasama dengan 'pemilik kapal dan agensi berkaitan' selepas kapal tersebut dinaiki 'sekumpulan lelaki tidak dikenali'. - AFP

(sumber : utusan malaysia)

0 comments:

Post a Comment