Tuesday, October 6, 2009

Jutawan Britain tembak mati isteri


MADRID - Seorang jutawan Britain, David Rouse, 70, menembak mati isterinya, Heather sebelum membunuh diri di rumah mewah mereka di Sepanyol pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Rouse dipercayai menembak isterinya dengan selaras senapang patah di rumah pasangan itu yang bernilai £815,000 (RM4.45 juta) di San Fulgencio, 361 kilometer dari tenggara Madrid. Mendiang membunuh isterinya yang sedang tidur selepas meninggalkan bekalan air dan makanan kepada anjing serta kucing peliharaan serta membiarkan pintu rumah terbuka.

Beberapa detektif memberitahu, polis menemui beberapa dokumen di rumah yang dihuni pasangan tersebut sejak lapan tahun lalu yang mendedahkan maklumat penyakit barah Rouse. Seorang jiran menghubungi polis pada pukul 11.30 malam pada Ahad lalu setelah mendengar bunyi bising sebelum pasukan pertahanan awam Alicante bergegas ke rumah tersebut. Mereka menemui mayat Heather yang berusia 50-an di bilik tidur utama dan Rouse di sebuah bilik lain. Pasangan itu berkahwin pada 1979 selepas Rouse meninggalkan isterinya, Jean. Jurucakap polis berkata: "Rouse dipercayai sudah merancang pembunuhan itu secara teliti dengan meninggalkan kad dirinya walaupun tiada nota bunuh diri yang ditemui. "Datuk Bandar San Fulgencio, Trinidad Martinez terkejut dengan kes tersebut dan menyatakan pasangan itu cukup popular di kalangan jiran. - Agensi



0 comments:

Post a Comment