Thursday, October 8, 2009

Bursa catat rekod baru tahun ini

KUALA LUMPUR 8 Okt - Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia(FBM KLCI) ditutup hari ini pada paras tertinggi baru bagi tahun ini, dirangsang daripada belian lewat dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi, kata para peniaga.

Dalam dagangan bercampur-campur, indeks petunjuk pasaran itu berada pada 1,230.09, naik 11.48 mata atau 0.942 peratus, selepas dibuka 0.25 mata lebih rendah pada 1,218.36 pagi ini. FBM KLCI bergerak antara 1,218.08 dengan 1,230.09, melepasi paras tertinggi sebelum ini iaitu 1,221.20 mata yang dicatatkan pada 18 Sept, 2009.

Indeks FBM Emas naik 66.43 mata kepada 8,256.93, FBM Top 100 meningkat 68.21 mata kepada 8,047.60 manakala FBM 70 menokok 41.05 mata kepada 8,077.93. Bagaimanapun, Indeks FBM ACE turun 1.05 mata kepada 4,105.07.Indeks Kewangan melonjak 162.13 mata kepada 10,275.15, Indeks Perladangan meningkat 29.77 mata kepada 5,949.84 dan Indeks Perusahaan menambah 19.70 mata kepada 2,654.83.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 369 berbanding 246 dengan 271 kaunter tidak berubah dan 405 tidak diniagakan.Jumlah dagangan berkurangan kepada 812.326 juta saham bernilai RM1.338 bilion daripada 879.045 juta saham bernilai RM1.312 bilion semalam. Di kalangan saham cergas, KNM Group tidak berubah pada 80 sen, Hubline naik dua sen kepada 32 sen, Time Engineering turun 3.5 sen kepada 32.5 sen, Green Packet-Warrants menambah 10 sen kepada 35.5 sen manakala SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 21 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 740.341 juta saham bernilai RM1.320 bilion daripada 809.876 juta saham bernilai RM1.297 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 36.540 juta unit bernilai RM8.451 juta daripada 41.862 juta unit bernilai RM7.916 juta sebelumnya. Bagaimanapun, Waran meningkat kepada 32.508 juta saham bernilai RM7.803 juta daripada 23.534 juta saham bernilai RM5.342 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 30.976 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 169.517 juta, pembinaan 59.141 juta, perdagangan dan perkhidmatan 240.594 juta, teknologi 64.546 juta, prasarana 22.423 juta, kewangan 70.101 juta, hotel 2.025 juta, harta 64.731 juta, perladangan 14.810 juta, perlombongan 11,000, REITs 1.431 juta dan dana tertutup 29,000.

- Bernama




0 comments:

Post a Comment