Thursday, October 8, 2009

Menghitung detik kehadiran Beyonce


SEJAK kehadirannya bersama bekas kumpulannya, Destiny's Child pada tahun 1997 nama Beyonce Knowles sudah mula mencuri perhatian ramai. Dia bukan sahaja berbakat tetapi juga memiliki paras rupa yang cukup eksotik lantas menjadikannya antara wanita berkulit hitam yang cukup jelita. Bersama dengan kumpulannya itu, Destiny's Child telah berupaya mencipta satu fenomena yang cukup luar biasa sekali gus menjadikan mereka penyanyi berkumpulan wanita yang paling berjaya selepas The Supremes.

Sepanjang bersama kumpulannya itu, mereka telah merakamkan empat buah album studio iaitu Destiny's Child (1998), The Writings On The Wall (1999), Survivor (2001) dan Destiny Fulfilled (2004). Menerusi album-album itu, sebanyak 19 buah single telah dihasilkan dan ada yang mencapai status nombor satu dalam carta lagu-lagu popular di Amerika Syarikat dan seantero dunia. Antara lagu-lagu popular dendangan mereka ialah Bills, Bills, Bills, Say My Name, Jumpin', Jumpin', Independent Woman Part 1, Survivor, Bootylicious, Emotion, Lose My Breath, Girl dan Cater 2 U.

Selain itu, mereka juga sempat merakamkan sebuah album Krismas berjudul 8 Days of Christmas, album remix (This Is The Remix) dan sebuah album kompilasi, (#1's). Kesemua penjualan album-album mereka itu berjaya mencecah lebih daripada 50 juta salinan di seluruh dunia dan Destiny's Child juga meraih 154 anugerah baik di negara mereka sendiri mahupun dunia. Namun, jodoh Beyonce dengan Destiny's Child tidak kekal lama apabila pada tahun 2006, mereka memutuskan mahu membawa haluan dalam mengembangkan lagi kerjaya serta muzik masing-masing.

Ada juga khabar angin yang bertiup kencang mengatakan semuanya adalah kerana populariti Beyonce yang melangkaui segala-galanya sehingga menenggelamkan dua anggota lain iaitu Michelle Williams dan Kelly Rowland. Namun, mereka menafikan perasaan cemburu mula menguliti diri mereka apabila Beyonce yang lebih menonjol dan mendapat perhatian lebih berbanding mereka. Begitu juga dengan Beyonce. Bukanlah dia tidak menyayangi kumpulannya itu tetapi tegasnya, dia mahu mengorak langkah sebagai penyanyi solo selain mencuba pelbagai cabang seni lain.

Buktinya, pada tahun 2003, album solo pertamanya Dangerously In Love telah mencipta kejayaan yang luar biasa apabila mencatatkan penjualan sebanyak 317,000 salinan pada minggu pertama sahaja. Memuatkan lagu-lagu popular seperti Crazy In Love, Baby Boy dan Dangerously In Love, album itu menyaksikan kecemerlangan Beyonce apabila memenangi lima anugerah Grammy pada tahun berikutnya. Hasilnya, album Dangerously In Love telah berjaya terjual sebanyak 4.2 juta salinan di Amerika Syarikat sahaja. Beyonce tidak hanya menyekat kreativitinya sebagai seorang penghibur dan pengkarya tetapi juga menyerlah sebagai seorang pelakon.

Filem-filemnya seperti Austin Powers in Goldmember, The Fighting Temptations, The Pink Panther, Dreamgirls, Cadillac Records dan Obsessed semuanya mendapat sambutan yang cukup hebat. Meneruskan perjuangannya sebagai seorang penyanyi, Beyonce atau nama sebenarnya, Beyonce Giselle Knowles muncul dengan dua album solo selepas Dangerously In Love. Dua album tersebut, B'Day dan I Am...Sasha Fierce membuktikan pengaruh Beyonce cukup kuat dan dianggap paling berjaya dalam generasinya. Biarpun dia sudah mendirikan rumah tangga dengan rapper terkenal, Jay-Z tetapi itu bukan satu halangan untuk Beyonce terus diminati dan disanjung tinggi. Tidak hanya mampu beraksi hebat di atas pentas, tetapi wanita berusia 28 tahun ini cukup bijak merencana kehidupannya.

Dia bersama ibunya, Tina memulakan perniagaan dengan menubuhkan label fesyen mereka sendiri, House of Dereon pada tahun 2005 yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di kalangan peminat Beyonce. Profilnya sebagai anak seni dan juga ahli perniagaan telah menjadikan Beyonce sebagai salah seorang artis terkaya di Hollywood dengan pendapatan hampir RM350 juta sepanjang Jun 2008 hingga Jun 2009! Begitu juga dengan penangan konsert jelajah dunianya, I Am...World Tour yang dikatakan mampu menjana keuntungan berlipat ganda untuk Beyonce. Menyedari aura dan karisma yang dimiliki Beyonce di atas pentas, maka tidak mustahil apabila konsert sulungnya di negara ini, I Am...World Tour Live In Malaysia 2009 mampu memberikan impak yang luar biasa kelak.

Masakan tidak, pertama kali beraksi di Malaysia, pastinya peluang itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh peminat setia Beyonce yang menantikan peluang ini sejak sekian lama. Bakal diadakan pada 25 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ramai pihak yang beranggapan konsert Beyonce ini akan setaraf dengan konsert Michael Jackson pada tahun 1996. Khabarnya, tiket-tiket berharga RM93, RM183, RM283, RM383 dan RM583 kini cukup laris bagaikan pisang goreng panas. Potongan 10 peratus turut diberikan kepada pelanggan Hotlink dan Maxis bagi mereka yang membeli tiket berharga RM93, RM183 dan RM283.

Dengan melayari www.beyoncekltour.com.my, anda berpeluang memenangi 50 keping tiket bagi menyaksikan konsert yang ditunggu-tunggu itu menerusi pertandingan yang akan diadakan kelak. Sebarang pembelian dan tempahan tiket, boleh hubungi talian 03-7711 5000 atau layari laman web, www.axcess.com.my.



BNM diramal mungkin naikkan OPR lebih awal

KUALA LUMPUR 8 Okt. - MIDF Research meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mulai tahun depan, selari dengan aliran sejagat.Malah, firma penyelidikan itu tidak menolak OPR akan dinaikkan sebanyak 2.5 peratus pada akhir tahun depan, atau kemungkinan lebih awal jika ekonomi pulih lebih pantas berbanding jangkaan sebelum ini.

Selasa lalu. Bank Negara Australia (RBA) telah meningkatkan penanda aras kadar faedah kepada 3.25 peratus selepas bank pusat negara itu mendapati risiko paling serius dalam kejatuhan ekonomi telah berlalu.
MIDF Research berkata, pembukaan jalan yang dilakukan oleh RBA itu untuk mengembalikan paras kadar faedah ke pada tahap 'normal' tanpa menganggu momentum aktiviti ekonomi.
Pemulihan ekonomi kini telah mula dirasai oleh sebahagian besar dunia tetapi masih rapuh.

Pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih lagi rendah iaitu 0.6 peratus tahun ke tahun pada suku kedua manakala KDNK Malaysia dijangka kembali positif pada suku keempat.
Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan kadar faedah akan memberi kelebihan kepada bank-bank untuk menyeimbangkan kadar berbanding kadar tetap pembiayaan sebelum kadar deposit diberi kadar baru sebagaimana dijangkakan terdapat jurang antara apabila pembiayaan dan deposit diberi kadar baru.
Katanya, margin bank dengan kadar pembiayaan apungan dijangka pulih berbanding bank-bank yang mengenakan peratusan tinggi dalam pembiayaan kadar faedah bagi pinjaman sewa beli seperti AMMB dan Eon Capital.

Bank-bank seperti Maybank, Public Bank, Cimb Bank dan Hong Leong Bank sekurang-kurannya mempunyai 65 hingga 76 peratus daripada jumlah pembiayaan kasar dalam pelbagai pinjaman berkadar dan bakal menyaksikan margin faedah yang lebih baik.
Margin bank-bank juga bergantung kepada struktur terma deposit daripada pelanggan. Sekiranya bank-bank mempunyai liabiliti jangka banjang berbanding deposit jangka pendek, kesan harga semula kadar faedah akan menjadi perlahan



Bursa catat rekod baru tahun ini

KUALA LUMPUR 8 Okt - Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia(FBM KLCI) ditutup hari ini pada paras tertinggi baru bagi tahun ini, dirangsang daripada belian lewat dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi, kata para peniaga.

Dalam dagangan bercampur-campur, indeks petunjuk pasaran itu berada pada 1,230.09, naik 11.48 mata atau 0.942 peratus, selepas dibuka 0.25 mata lebih rendah pada 1,218.36 pagi ini. FBM KLCI bergerak antara 1,218.08 dengan 1,230.09, melepasi paras tertinggi sebelum ini iaitu 1,221.20 mata yang dicatatkan pada 18 Sept, 2009.

Indeks FBM Emas naik 66.43 mata kepada 8,256.93, FBM Top 100 meningkat 68.21 mata kepada 8,047.60 manakala FBM 70 menokok 41.05 mata kepada 8,077.93. Bagaimanapun, Indeks FBM ACE turun 1.05 mata kepada 4,105.07.Indeks Kewangan melonjak 162.13 mata kepada 10,275.15, Indeks Perladangan meningkat 29.77 mata kepada 5,949.84 dan Indeks Perusahaan menambah 19.70 mata kepada 2,654.83.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 369 berbanding 246 dengan 271 kaunter tidak berubah dan 405 tidak diniagakan.Jumlah dagangan berkurangan kepada 812.326 juta saham bernilai RM1.338 bilion daripada 879.045 juta saham bernilai RM1.312 bilion semalam. Di kalangan saham cergas, KNM Group tidak berubah pada 80 sen, Hubline naik dua sen kepada 32 sen, Time Engineering turun 3.5 sen kepada 32.5 sen, Green Packet-Warrants menambah 10 sen kepada 35.5 sen manakala SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 21 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 740.341 juta saham bernilai RM1.320 bilion daripada 809.876 juta saham bernilai RM1.297 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 36.540 juta unit bernilai RM8.451 juta daripada 41.862 juta unit bernilai RM7.916 juta sebelumnya. Bagaimanapun, Waran meningkat kepada 32.508 juta saham bernilai RM7.803 juta daripada 23.534 juta saham bernilai RM5.342 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 30.976 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 169.517 juta, pembinaan 59.141 juta, perdagangan dan perkhidmatan 240.594 juta, teknologi 64.546 juta, prasarana 22.423 juta, kewangan 70.101 juta, hotel 2.025 juta, harta 64.731 juta, perladangan 14.810 juta, perlombongan 11,000, REITs 1.431 juta dan dana tertutup 29,000.

- Bernama




Tuesday, October 6, 2009

Harga minyak diunjur meningkat tahun depan


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Harga minyak mentah bakal mengalami peningkatan pada tahun depan seiring dengan tinjauan ekonomi yang lebih baik, sekali gus merancakkan lagi pemberian projek-projek baru minyak dan gas, kata OSK Research. Syarikat penyelidikan itu mengunjurkan harga minyak mentah akan berada pada paras AS$60 hingga AS$70 setong tahun ini dan AS$70 hingga AS$80 setong untuk tahun depan. "Malah, kami percaya projek-projek prospektif dijangka diberikan pada bila-bila masa sekarang memandangkan syarikat utama minyak telah lama menangguh perbelanjaan mereka sejak satu tahun lepas ekoran situasi tidak menentu dalam ekonomi global," kata OSK Research.

Harga minyak mentah telah pulih sejak suku pertama 2009, mencapai purata AS$68 setong pada suku ketiga, katanya dalam nota penyelidikannya hari ini. OSK Research kekal meyakini sektor minyak dan gas dengan jangkaan harga minyak mentah lambat laun akan meningkat kerana ia merupakan sumber yang sukar didapati. Katanya, permintaan untuk minyak dan gas juga bertambah baik dengan aktiviti ekonomi dalam pasaran global terus mendapat momentum dan ekonomi global pula secara perlahan-lahan melepaskan diri dari kemelesetan yang sekali gus merangsangkan permintaan untuk tenaga.

"Industri minyak dan gas agak lengang sejak setahun lalu dan kami rasa pemberian kontrak baru akan masuk tidak lama lagi memandangkan tidak terdapatnya petunjuk terhadap mana-mana pengurangan perbelanjaan modal besar oleh syarikat minyak utama," kata OSK Research. "Sebaik kontrak mengalir masuk, pendapatan masa depan syarikat sokongan minyak dan gas tempatan akan dinaik taraf dan ini diikuti dengan penarafan semula secara menaik ke atas sektor berkenaan,'' katanya.



Gempa: 200,000 rumah rosak


PADANG 6 Okt. - Antara 170,000 hingga 200,000 buah rumah rosak akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada Rabu lalu, kira-kira separuh daripadanya dianggap musnah sama sekali. Berdasarkan anggaran lima orang bagi setiap isi rumah, kehidupan sehingga sejuta penduduk terjejas secara langsung disebabkan kerosakan kepada rumah mereka, menurut seorang pegawai Palang Merah hari ini.

"Kami menganggarkan kira-kira 170,000-200,000 buah rumah rosak, 90,000 daripadanya rosak begitu teruk sehingga tidak boleh didiami lagi," kata ketua Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Indonesia, Bob McKerrow. Mengenai angka kematian, beliau menjangka jumlah korban meningkat kepada lebih 3,000 orang. Laman web Agensi Pengurusan Bencana Indonesia hari ini menunjukkan angka kematian terbaru ialah 704 orang manakala 295 lagi masih hilang. Menurut laman web itu, sebanyak 101,653 rumah musnah, 48,967 rumah mengalami kerosakan sederhana dan 49,026 rumah lagi mengalami kerosakan ringan. McKerrow berkata, mengikut pengalamannya, banyak kerajaan memberikan anggaran angka kematian yang lebih rendah daripada bilangan sebenar kerana khuatir imej mereka akan terjejas.

"Sama ada Pakistan atau Gujarat (di India), kita melihat kerajaan keberatan untuk menyatakan angka korban. Mereka tidak suka mendedahkan kematian penduduk," katanya. Sementara itu di WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat dan kapal tentera lautnya ke Indonesia dalam satu operasi bernilai berjuta-juta dolar bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sana.Jurucakap jabatan Negara AS, Ian Kelly semalam berkata, kira-kira 45 tan metrik bantuan berupa barang keperluan daripada stok simpanan Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dijangka tiba melalui pesawat komersial di Padang kira-kira pada pukul 0300 GMT (11 malam waktu Malaysia) hari ini. "Ini termasuk cadar plastik, kit kebersihan serta alat penjana kuasa dan semua ini akan diagihkan melalui Palang Merah," kata Kelly kepada pemberita.

Pusat Pemerintah Tentera AS di Pasifik (PACOM), telah menerbangkan dua buah pesawat pengangkutan tentera C-17 ke Padang, kawasan paling teruk terjejas dengan membawa bahan-bahan untuk keperluan hospital bagi merawat 400 pesakit setiap hari, katanya. Menurut laman web PACOM, pihaknya menghantar satu pasukan pembedahan seramai tujuh orang merangkumi pakar-pakar pembedahan umum, pembedahan ortopedik, anesthesiology dan perubatan kecemasan.Tambahnya, empat buah hospital di Padang telah musnah dengan dua buah daripadanya musnah teruk. Kelly berkata, USS Denver, sebuah kapal bantuan dan helikopter yang akan terbang ke kawasan luar bandar yang paling teruk terjejas dijangka tiba di Padang Khamis ini. - AFP




Jutawan Britain tembak mati isteri


MADRID - Seorang jutawan Britain, David Rouse, 70, menembak mati isterinya, Heather sebelum membunuh diri di rumah mewah mereka di Sepanyol pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Rouse dipercayai menembak isterinya dengan selaras senapang patah di rumah pasangan itu yang bernilai £815,000 (RM4.45 juta) di San Fulgencio, 361 kilometer dari tenggara Madrid. Mendiang membunuh isterinya yang sedang tidur selepas meninggalkan bekalan air dan makanan kepada anjing serta kucing peliharaan serta membiarkan pintu rumah terbuka.

Beberapa detektif memberitahu, polis menemui beberapa dokumen di rumah yang dihuni pasangan tersebut sejak lapan tahun lalu yang mendedahkan maklumat penyakit barah Rouse. Seorang jiran menghubungi polis pada pukul 11.30 malam pada Ahad lalu setelah mendengar bunyi bising sebelum pasukan pertahanan awam Alicante bergegas ke rumah tersebut. Mereka menemui mayat Heather yang berusia 50-an di bilik tidur utama dan Rouse di sebuah bilik lain. Pasangan itu berkahwin pada 1979 selepas Rouse meninggalkan isterinya, Jean. Jurucakap polis berkata: "Rouse dipercayai sudah merancang pembunuhan itu secara teliti dengan meninggalkan kad dirinya walaupun tiada nota bunuh diri yang ditemui. "Datuk Bandar San Fulgencio, Trinidad Martinez terkejut dengan kes tersebut dan menyatakan pasangan itu cukup popular di kalangan jiran. - Agensi



Perjalanan ke Bandung, Indonesia




Pada hari Khamis yg lalu, aku sekeluarga pergi bercuti ke Bandung Indonesia. Aku bertolak dari rumah jam 12.30 tengahari, dan sampai di KLIA pada jam 4.50 petang. Setelah sampai aku bergegas masuk ke KLIA untuk mendaftar terus kerana tiket ke bandung ialah jam 6.55 petang. Pening juga dalam KLIA tu berpusing2, lepas tu kena naik tingkat atas pulak. Beg2 kena scan semua, dan masa aku kena scan berbunyik la pulok, rupanya disebabkan gelang emas di tanganku ini huhu. Dah selesai semua tu, aku pun lepak sekejap di ruang menunggu flight.


Jam 7.00 malam, dah ada annoucment suruh penumpang nak ke Bandung bersiap sedia.. beratur2, lepas tu pergi menuju ke kapal terbang. Nak masuk kapal terbang, sesak pulak disebabkan 2-3 orang yg tersangkut di tengah2 laluan tempat duduk.. Silap gak, sebab aku naik ikut pintu depan, sedangkan tempat duduk aku kat belakang2 nun hoho. Kat tempat aku letak beg tu, penuh lak dgn beg orang lain.. emm macam2 hal la, sabar je lah. Dah selesai tu, duduk2 lak..pakai seat belt semua, dan tak lama lepas tu kapal terbang pon gerak. Takut gak mula2, dah lama2 tu ok je. Lepas tu order makanan nasi lemak dan nasi ayam serta air oren.


Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya sampai ke airport Bandung.. masa nak mendarat tu bunyi agak kuat ..takut juga masa tu, mujur la takde apa2. Sampai jam 9 malam, Bandung hujan lak malam tu.. kena berpayung untuk pergi ke airport. Selesai semua urusan di airport Bandung, aku dan keluarga naik teksi ke hotel. Sampai di hotel, rehat2 jap dan keluar untuk mencari makan. Aku tak tau nak cari makan di mana , last2 gi ke pizza hut.. balik hotel teros tido zzz


Jumaat, 2/10/2009

Bangun pagi jam 8, kemudian breakfast bersama keluarga di hotel, makan nasi goreng aje.. lepas tu naik teksi pergi ke Pasar Baru. Sampai di Pasar Baru, supir teksi tu caj 50,000 rupiah.. wah wah mahalnyer.. bukan jauh sangat pon, Nak taknak kena gak la bayar.. malas nak cari gadoh.
Sampai di Pasar Baru tu, aku pon pusing2 la tengok apa barang yg murah2, kat sana banyak jual pakaian, kain batik. Aku puas cari songkok tinggi, tapi takde..dorang kata paling tinggi 10cm, kalo kat medan ada 12cm. emm biarlah.. Aku pon shopping tshirt bandung (dapat murah je ni), kain batik, dan baju.


Dah puas shopping, aku sekeluarga makan minum di foodcourt tingkat atas, masa sampai je foodcourt, peniaga2 makanan tu teros menjerit panggil aku makan kat tempat dia.. aduii pening takleh nak berfikir jap, bising sangat. hehe. last2 kita makan mee baso (mee sup). Lepas tu aku pergi ke Rumah Mode, kat situ banyak jual pakaian..tapi tak beli pon.. beli selipar je. Keadaan jalan kat Bandung lain sikit, agak huru hara dan penuh dgn pemuzik jalanan, jual paper tepi jalan, jual bulu ayam, macam2 lagi la, dan banyak beca kat bandarnya. Selesai semua, balik semula ke hotel. Rehat2, jam 6 petang keluar cari makanan. Makan di KFC, kemudian beli barang sikit di pasaraya belakang KFC, lupa nama tempat tu. Sampai hotel, order makan nasi lauk ayam dan sayur. kemudian tidor.


Sabtu, 03/10/2009




Bangun jam 8 pagi, breakfast semua kemudian naik kereta sewa, bayar supir ni sebanyak 500,000 rupiah.. Hari ni nak pergi ke Tangkuban Perahu iaitu tempat gunung berapi. Perjalanan ke sana dalam 2 jam juga lamanya, sejuk je rasanya duduk dalam kereta. Nak masuk ke Tangkuban Perahu tu kena bayar jugak, 50,000 sorang. Lepas tu, aku pon sampai la ke kawasan gunung berapi tu. Tengok2 pemandangan, ambil gambar, tapi tak selesa sebab ramai sangat la penjual2 kat sana. Datang nak jual strawberry la, keychain la, itu ini.. degil betol dorang tu, sabar je la.


Berjalan2 sampai ke gerai bawah, beli patung itik dan baju. Lepas tu balik, dah duduk dalam kereta pon penjual tu masih datang , siap ketuk2 tingkap lagi.. aishh. Dalam perjalanan balik, singgah makan di Restoran Padang, sedap la juga.. lepas tu ke Toko Tiga beli baju dan topi. Singgah tempat barangan kulit, tak beli apa2 pon, dan singgah di kedai kasut, di tingkat atas ada jual beg2, aku beli 1 beg tangan warna hitam :) . Kemudian aku singgah di pusat komputer, punyalah ramai manusia, tak tahan aku pon keluar dan pergi ke sebuah mall, dah lupa nama mall tu. Penat berjalan aku pon balik ke hotel dan berehat. Kemas2 beg dan pakaian semua, sebab jam 4.30 kena siap2 untuk ke airport, tiket balik m'sia jam 5.30 pagi.



Ahad, 04/10/2009
Bangun jam 4.30 pagi, siap2 dan turun ke lobi.. naik teksi dan pergi ke airport. Kemudian naik kapal terbang, kali ni lega sikit, tak serabut macam time pergi mula2 aritu. Tak order apa2 pon dalam flight, syok tidor.. Jam 9 pagi sampai m'sia, semuanya berjalan lancar.. Pergi parking dan balik ke rumah semula..