Di India orang banyak makan kari. Rempah menjadikan makanan mereka sangat pedas. Orang di India suka makan kari. Rempah yang dimasukkan dalam makanan mereka itu sangat berguna kepada mereka dalam pelbagai cara.
Rempah-ratus
Rempah adalah biji daun tumbuhan tertentu. Pernahkah kamu merasa rempah-rempah tersebut:-
1. Pelaga
2. Ketumbar
3. Daun Salam
4. Buah pala
5. Lada hitam
6. Kayu manis
7. Bawang putih
8. Kunyit
9. Kuma-kuma
10.Lada putih
11.Halia
* India ialah sebuah negara yang sangat besar dengan pelbagai jenis iklim dan penduduk serta cara hidup. Namun ada satu faktor yang sama dikalangan mereka. Seluruh penduduk India makan kari. Rasa karinya bermacam-macam mengikut tempat dan cara hidup mereka, dan ditentukan juga oleh campuran rempahnya. Rempah dalam kari menimbulkan kesan besar pada orang yang memakannya iaitu:
1. Membuka selera
2. Meningkatkan proses pencernaan
3. Membunuh kuman
4. Menyebabkan berpeluh dan ini mengawal suhu badan
Nilainnya dari segi kesihatan ini menjelaskan mengapa kari menjadi bahan utama dalam makanan orang-orang di India.
0 comments:
Post a Comment