Pada hari Khamis yg lalu, aku sekeluarga pergi bercuti ke Bandung Indonesia. Aku bertolak dari rumah jam 12.30 tengahari, dan sampai di KLIA pada jam 4.50 petang. Setelah sampai aku bergegas masuk ke KLIA untuk mendaftar terus kerana tiket ke bandung ialah jam 6.55 petang. Pening juga dalam KLIA tu berpusing2, lepas tu kena naik tingkat atas pulak. Beg2 kena scan semua, dan masa aku kena scan berbunyik la pulok, rupanya disebabkan gelang emas di tanganku ini huhu. Dah selesai semua tu, aku pun lepak sekejap di ruang menunggu flight.
Jam 7.00 malam, dah ada annoucment suruh penumpang nak ke Bandung bersiap sedia.. beratur2, lepas tu pergi menuju ke kapal terbang. Nak masuk kapal terbang, sesak pulak disebabkan 2-3 orang yg tersangkut di tengah2 laluan tempat duduk.. Silap gak, sebab aku naik ikut pintu depan, sedangkan tempat duduk aku kat belakang2 nun hoho. Kat tempat aku letak beg tu, penuh lak dgn beg orang lain.. emm macam2 hal la, sabar je lah. Dah selesai tu, duduk2 lak..pakai seat belt semua, dan tak lama lepas tu kapal terbang pon gerak. Takut gak mula2, dah lama2 tu ok je. Lepas tu order makanan nasi lemak dan nasi ayam serta air oren.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya sampai ke airport Bandung.. masa nak mendarat tu bunyi agak kuat ..takut juga masa tu, mujur la takde apa2. Sampai jam 9 malam, Bandung hujan lak malam tu.. kena berpayung untuk pergi ke airport. Selesai semua urusan di airport Bandung, aku dan keluarga naik teksi ke hotel. Sampai di hotel, rehat2 jap dan keluar untuk mencari makan. Aku tak tau nak cari makan di mana , last2 gi ke pizza hut.. balik hotel teros tido zzz
Jumaat, 2/10/2009
Bangun pagi jam 8, kemudian breakfast bersama keluarga di hotel, makan nasi goreng aje.. lepas tu naik teksi pergi ke Pasar Baru. Sampai di Pasar Baru, supir teksi tu caj 50,000 rupiah.. wah wah mahalnyer.. bukan jauh sangat pon, Nak taknak kena gak la bayar.. malas nak cari gadoh.
Sampai di Pasar Baru tu, aku pon pusing2 la tengok apa barang yg murah2, kat sana banyak jual pakaian, kain batik. Aku puas cari songkok tinggi, tapi takde..dorang kata paling tinggi 10cm, kalo kat medan ada 12cm. emm biarlah.. Aku pon shopping tshirt bandung (dapat murah je ni), kain batik, dan baju.
Dah puas shopping, aku sekeluarga makan minum di foodcourt tingkat atas, masa sampai je foodcourt, peniaga2 makanan tu teros menjerit panggil aku makan kat tempat dia.. aduii pening takleh nak berfikir jap, bising sangat. hehe. last2 kita makan mee baso (mee sup). Lepas tu aku pergi ke Rumah Mode, kat situ banyak jual pakaian..tapi tak beli pon.. beli selipar je. Keadaan jalan kat Bandung lain sikit, agak huru hara dan penuh dgn pemuzik jalanan, jual paper tepi jalan, jual bulu ayam, macam2 lagi la, dan banyak beca kat bandarnya. Selesai semua, balik semula ke hotel. Rehat2, jam 6 petang keluar cari makanan. Makan di KFC, kemudian beli barang sikit di pasaraya belakang KFC, lupa nama tempat tu. Sampai hotel, order makan nasi lauk ayam dan sayur. kemudian tidor.
Sabtu, 03/10/2009
Bangun jam 8 pagi, breakfast semua kemudian naik kereta sewa, bayar supir ni sebanyak 500,000 rupiah.. Hari ni nak pergi ke Tangkuban Perahu iaitu tempat gunung berapi. Perjalanan ke sana dalam 2 jam juga lamanya, sejuk je rasanya duduk dalam kereta. Nak masuk ke Tangkuban Perahu tu kena bayar jugak, 50,000 sorang. Lepas tu, aku pon sampai la ke kawasan gunung berapi tu. Tengok2 pemandangan, ambil gambar, tapi tak selesa sebab ramai sangat la penjual2 kat sana. Datang nak jual strawberry la, keychain la, itu ini.. degil betol dorang tu, sabar je la.
Berjalan2 sampai ke gerai bawah, beli patung itik dan baju. Lepas tu balik, dah duduk dalam kereta pon penjual tu masih datang , siap ketuk2 tingkap lagi.. aishh. Dalam perjalanan balik, singgah makan di Restoran Padang, sedap la juga.. lepas tu ke Toko Tiga beli baju dan topi. Singgah tempat barangan kulit, tak beli apa2 pon, dan singgah di kedai kasut, di tingkat atas ada jual beg2, aku beli 1 beg tangan warna hitam :) . Kemudian aku singgah di pusat komputer, punyalah ramai manusia, tak tahan aku pon keluar dan pergi ke sebuah mall, dah lupa nama mall tu. Penat berjalan aku pon balik ke hotel dan berehat. Kemas2 beg dan pakaian semua, sebab jam 4.30 kena siap2 untuk ke airport, tiket balik m'sia jam 5.30 pagi.
Ahad, 04/10/2009
Bangun jam 4.30 pagi, siap2 dan turun ke lobi.. naik teksi dan pergi ke airport. Kemudian naik kapal terbang, kali ni lega sikit, tak serabut macam time pergi mula2 aritu. Tak order apa2 pon dalam flight, syok tidor.. Jam 9 pagi sampai m'sia, semuanya berjalan lancar.. Pergi parking dan balik ke rumah semula..
1 comments:
mmg syok kat bandung kan..
Post a Comment